Selasa, 29 September 2009

ISA SAMAD ???

Kami walaupun sebagai seteru UMNO dan BN dalam politik merasa amat hairan dan pelik bagaimana UMNO/BN mencalonkan Isa Samad sebagai Calun dalam PRK Bagan Pinang. Isa Samad yang terpalit dengan skandal Rasuah dalam UMNO dan telah dijatuhi hukuman oleh Lembaga Disiplin UMNO dilihat menimbulkan tekanan kepada pimpinan BN untuk mencalonkannya dan akhirnya mengeluarkan kenyataan berterima kasih kepada pimpinan UMNO dan BN kerana memberikan kepercayaan kepada beliau untuk bertanding di Kampongnya setelah namanya diumumkan sebagai calon BN dalam PRK Bagan Pinang semalam. Terdahulu Isa Samad mengatakan tiada masalah baginya untuk bertanding kerana pimpinan Pakatan Rakyatpun ramai yang keluar masuk penjara. Isa Samad nampaknya main pukul rata semua, kerana beliau menyangka atau sengaja membutakan mata menyatakan bahawa yang keluar masuk penjara adalah orang-orang yang terlibat dengan jenayah bunuh, rogol, merompak, rasuah dan seumpamanya selain perjuangan menegak kebenaran seperti Nelsol Mandela, Aung San Sun Syi, Pak Hamka. Imam Ahmad Hanbal dan ramai lagi. Nampaknya Isa Samad mengunakan semboyan Macchiavelisma Tujuan Menghalalkan Cara dalam karier politiknya dan megenepikan prinsip amanah yang sering menjadi sebutan pimpinan UMNO/BN itu. Kami hairan dan pelik kerana dikala UMNO/BN bercakap mengenai TRANSFORMASI, tetapi tindakannya berlawanan sama sekali. Ini petanda jelas bahawa UMNO/BN sudah hilang arah dan pimpinan Pusatnya tidak berupaya mengawal tingkah laku ahli-ahlinya kerana itu ugutan UMNO Bagan Pinang termasuk Pemudanya dahulu yang mahukan Isa Samad tidak upaya dikekang oleh sesiapapun. Mungkinkah akan ada sepanduk ucap terima kasih berbunyi "Terima kasih - Masihkah Kau Ingat? Najib-Ziana" di Bagan Pinang?.
TUN MAHATIR
Tun Mahatiur pula telah mengingatkan UMNO/BN supaya tidak meletakkan Isa Samad sebagai calon BN kerana terlibat dengan skandal Rasuah supaya UMNO/BN dapat diterima rakyat dan katanya lagi jika beliau sebagai Isa, beliau akan menolak tawaran itu. Bekas perdana menteri itu berkata imej Umno akan terjejas kerana dianggap tidak serius dalam memerangi politik wang sekiranya masih meletakkan mereka yang sudah didapati bersalah dalam rasuah politik sebagai calon. Demikian nasihat dan pandangan Bekas Presiden UMNO terhadap calon BN dalam PRK N31 Bagan Pinang, namun nasihat dan pandangan beliau telah dibakulsampahkan oleh ahli-ahli UMNO khususnya di Bagan Pinang hanya kerana kuasa wang telah menguasai segala-galanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan