Selasa, 26 Mei 2009

MEMANG LEMBAB

Isu pembeli rumah Taman Selasih, Batu 46 berpanjangan lagi, dan kali ini seperti biasa YB ADUN Pilah Adnan Abu Hasan berjanji lagi dan lagi dan mendapat perhatian sewajar darinya. Isu ini telah saya ketengahkan bulan lalu. Beginilah keadaaannya, selagi sistem tidak berubah, pemaju/pemodal akan terus mendapat keuntungan dan bebas dari sebarang tindakan manakala pembeli akan menghadapi risiko. Akta yang ada sekarang dilihat menyebelahi dan menguntungkan Pemaju, manakala pembeli dibiarkan menanggung risiko jika projek itu terbengkalai. Saya ingin menasihatkan YB ADUN Pilah atau lainnya agar meneliti Akta Pembangunan Perumahan agar ia lebih mesra pembeli. Di Kuala Pilah masih ada lagi Projek Perumahan terbengkalai yang tidak dilaporkan, saya akan cuba mendapatkan berita mengenainya di Juasseh tidak lama lagi.

8 ulasan:

  1. Anwar Al Juburi9 Jun 2009 9:16 PTG

    Rumah tak siap slhkn YB. Jalan Belubang slhkn YB. Polis pau duit, salahkan kerajaan. Kastam mkn rasuah, slhkn krjaan. Eli Wong telanjang, slhkan BN, Nuar al Juburi meliwat, slhkan saipul. Sapo yg salah sebonar eh ni?

    BalasPadam
  2. Saudara ada fikiran dan tentu boleh berfikir dengan menggunakan otak saudara dalam menilai, bukan sebagai pengikut membuta tuli.

    BalasPadam
  3. Betul tu. Fikir dan nilaikan perkara berikut. ' Sejahat2 melayu yg beragama islam takkan berani nak menjunjung quran dan bersumpah dalam masjid kalau dia ada buat salah. Kalau DSAI benar2 tak meliwat apa takut nak bersumpah dalam Masjid? Buka hati dan fikirkan.....

    BalasPadam
  4. Anwar Al-Juburi15 Jun 2009 6:21 PG

    Biaso la Bro, Cubo ingat blk thn 98. Bilo kono tuduh meliwat yo, Nuar torush buek demo crito pasal KKN. Kes yg nia dulu, bilo sepol buek repot , nuar buek isu nk btanding Pmtg Pauh. Ado yo helah eh. Cubo kau ronung2 kan. Xkan berani dio nak besumpah do. Dio memang PELIWAT TEGAR punyo spesis. camano pun kito kono akui Nuar mmg hebat bab menipu ni. ANWAR IBRAHIM BAPA PERPECAHAN MELAYU.

    BalasPadam
  5. Saudara, fikiran saudara sebenarnya jumud dan beku, Qur'an bukan bahan sumpah seperti anggapan sdr dan rakan-rakan sekutu, ini pemikiran lapuk dan usang, kerana itu Melayu beku dan kaku dengan agamanya, agama Melayu hanya sekitar kenduri kendara, Qur'an dijadikan azimat dan bahan sesumpah dan jampi mentera, tidak lebih dari itu, sebab itu kebannyakkannya terutama yang mensebatikan diri dengan UMNO amat bebal otak menerima pembaharuan dan perubahan. Al-Qur'an adalah perlembagaan yang perlu dihidupkan dan melaziminya. Sempurnakan akhlak sdr dgn tdk menamakan seseorang dengan nama yang buruk.

    BalasPadam
  6. Dikorek 18 pun Nuar xkan berani bersumpah do. Sobab eh.....Tahu2 la sendiri.

    BalasPadam
  7. BERANI KERANA BENAR....TAKUT KERANA SALAH.

    BalasPadam
  8. Pemilihan AJK surau di seluruh Selangor baru-baru ini penuh dengan misteri hingga sampai ada laporan khas dan berita laporan polis oleh Kariah surau dalam Sinar Harian pada 10 Julai baru-baru ini.

    Mungkin strategi politik Pakatan Rakyat Selangor untuk menguasai Masjid dan Surau melalui AJK agar pensyarah-syarah dan guru-guru agama pro-mereka dapat menjalankan propaganda mereka. Kononnya Masjid dan Surau itu adalah pusat perang saraf dan pembentuk pendapat awam.


    Masjid Nurussa’adah, Cheras Baru, Masjid Nurul Ehasan, Taman medan, Masjid Jamek Batu Arang, dan beberapa Masjid dan Surau di Shah Alam mengalami proses tidak demokratik dalam pemilihan AJK Surau dan Masjid.

    Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah meletakkan orang lain dan orang luar menggantikan pilihan Mesyuarat. Lain yang dipilih Mesyuarat sebagai AJK, lain pula diletakkan sebagai AJK.

    Dr Hassan Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat-adat, Infrastrucktur dan Kemudahan Awam, tidak dapat menafikan peristiwa yang berleluasa ini. Katanya dalam Sinar Harian, “Kita memang tak boleh nak puaskan hati semua orang namun kita perlu pandang masa panjang dan tidak boleh bersandarkan pada seseorang sahaja.”


    Alasan mereka adalah hanya dua AJK terpilih yang betul-betul layak. Macam mana mereka boleh tahu siapa yang layak atau tidak diperingkat bawah itu? Dalam Islam, jemaah yang pilih Imam dan bukan hanya sekadar kelayakand an kebolehan memimpin sembahyang saja. Kalau dalam sembahyang pun Imam diplilih berdasarkan demokrasi, inikan untuk setakat mengurus Masjid dan Surau?

    Kalaulah betul dirasakan yang terpilih tidak cukup kebolehan, bukankah MAIS dan JAIS ada program untuk melatih AJK dalam hal ehwal pengurusan Masjid dan Surau? Apakah alasan tersirat?

    Satu peristiwa di Kampung Medan, Petaling Jaya memberi gambaran sebenar disebalik tindak tanduk JAIS. Kampung Medan punya dua tempat ibadah orang Islam. Dalam persefahaman antara orang PAS dan PKR, mereka bersetuju bagi dua dengan PAS kuasai satu dan PKR kuasai satu. ADUN Kampung Medan adalah dari PKR tetapi parti Pakatan Rakyat yang ada pengikut di situ adalah PAS.


    Apabila pemilihan dibuat, orang-orang PAS menang di Surau/Masjid yang telah dipersetujui. Orang PAS memang ramai antara kariah jemaaah di situ. Manakala, di Masjid Nurul Ehsan, orang PKR di situ kalah dan tidak dipilih. Jemaaah di situ adalah orang-orang lama yang memilih orang-orang yang betul kariah di situ. PKR parti untuk orang liberal dan pemimpin Islam liberal macam Anwar dan Zaid Ibrahim. Mana rajin pergi masjid dan surau.


    Oleh kerana Kampung Medan dahulunya memang kawasan UMNO sebelum pilihanraya umum 2008, orang-orang lama memanglah pengundi-pengundi UMNO. Tak tahulah samada mereka ahli atau aktivis UMNO.

    Apabila PKR kalah, mereka sebagaimana biasa merusuh dan bertindak ganas terhadap kariah setempat. AJK yang terpilih tidak diluluskan sebagai AJK oleh JAIS. Akhirnya terjadilah seperi dalam berita Sinar Harian yang mana ada laporan polis oleh Jawatankuasa Bertindak Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan.

    Memang kelakar PKR ini. Memang tepat makna PKR itu Persembahan Komedi Rakyat.

    BalasPadam