Isnin, 25 Mei 2009

GERAKAN PEMUTIHAN ADUN PILAH

Beberapa orang rakan Kontraktor telah melaporkan kepada kita ADUN Pilah YB Adnan Abu Hasan telah melakukan operasi pembersihan dari kalangan kontraktor yang dilihat menyokong Pembangkang. Mereka yang disenaraihitamkan itu perlu melalui proses pemutihan dan membuat AKUAN taat setia kepada UMNO/BN dihadapan YB tersebut, selepas itu pula wajib mengikuti sebarang program yang dianjurkan oleh YB berkenaan tanpa tercicir dan akan dipantau. Selepas melalui proses tersebut mereka akan layak memohon kerja-kerja yang dikeluarkan. Demikian yang diadukan kepada kita oleh rakan-rakan yang ramai dikalangan para kontraktor tersebut, sungguhpun mereka dipaksa untuk taat setia dengan YB itu namun sebilangan besar diantara mereka amat memahami keadaan itu, dan katanya YB tersebut dalam keadaan terdesak untuk membina pengaruh yang semakin terhakis.

13 ulasan:

  1. Buktikan kebenaran tuduhan ini. Cukup-cukup la menabur fitnah.

    BalasPadam
  2. Mano bukti eh. Roma buek pitenah. Bilo org mintak bukti, toruih sonyap.

    BalasPadam
  3. konductor pilah.8 Jun 2009 3:56 PG

    kepada yang tak bernama, tuduhan itu mmg benar, ramai kontraktor telah digugurkan dari senarai pej.daerah dan majlis . Ini adalah benar. klau nak bukti, p tanyo kat diorang tu. byk yb yb yang jago periuk nasi orang2 eh , jln eh buek cara mcm ni, maka kurang persaingan. cuba kita tgok yg selalu dapat kojo kt kwasan pilah? wahal eh, kontraktor berdaftar ramai. ado sorang kontraktor, baru jadi ketua cawangan, dah dapek 4 projek sekali gus, ni blum jadi ketua bahagian laie. dah tu bergasak cari modal, sok AH LONG yo yang untung. dan satu lagi nasihat se pada kontraktor pilah ni, jgan kuek bona berjudi, ni ado yg se tengok bini sampai mengadu kat se yg laki eh manjang mesyuarat kt kolumpo yo. setahu se laki eh bangang pasal nuleh. jadi kito fikir kan lah bersamo.

    BalasPadam
  4. Sahabatku dalam UMNO, jika ingin bukti sila bersama kami hanya untuk seketika sahaja, jangan lama, saudara sendiri akan merasakan buktinya tanpa perlu saya tunjukkan. Salam. Semoga sdr beroleh kejayaan dan rahmat.

    BalasPadam
  5. Bercakap ni biar la ado bukti. Bilo maso pulak kono buek akujanji dopan yb. Adat meniago sapo pandai byk la dapek, btl tak? Kok stkt duduk kodai kupi lopeh tu membising x dapek kojo nak buek apo.Cubo tgk kek selangor, kojo kek MPSJ dah klr surat tawaran kek 200 kntrktor pembersihan, dibatal eh Hasan Ali sobab kroni dio xdo dapek.

    BalasPadam
  6. Menurut sumber tidak rasmi, sejak minggu lalu, Majlis Perbandaran Subang Jaya menarik balik lebih 200 surat tawaran kerja mengangkut sampah dan pembersihan berikutan arahan EXCO tertentu.

    Mykmu.net difahamkan penarikan balik surat tawaran tersebut kerana kerajaan negeri tidak berpuas hati setelah syarikat-syarikat yang mendapat tawaran tersebut merupakan syarikat yang ada kepentingan ahli UMNO.

    Menurut dakwaan ini lagi seorang pegawai telah diarahkan oleh seorang EXCO kanan Selangor agar menyaring semula syarikat bumiputera bagi memastikan tiada ahli UMNO menerima sebarang kerja daripada MPSJ. Menggunakan nombor kad pengenalan Pengarah Syarikat, pegawai terbabit menyaring menggunakan database keahlian UMNO secara online.


    Hasilnya sebanyak 79 surat tawaran kontrak mengangkut sampah dan 169 surat tawaran kontrak pembersihan dalam Majlis Perbandaran Subang Jaya ditarik balik.
    Menurut Pegawai MPSJ yang enggan didedahkan identiti, inilah kali pertama terdapat arahan sedemikian rupa agar sesuatu kerja kontrak yang hendak ditawarkan diperiksa latar belakang politik pemiliknya.

    Persoalan yang lebih besar ialah mengapa syarikat bumiputera sahaja yang diadakan saringan semula itu.

    Kejadian ini juga menimbulkan persoalan di mana janji kerajaan Pakatan rakyat untuk mengadakan semua tender terbuka jika menang dalam pilihan raya umum lalu.

    Sekarang ini bukan sahaja tiada tender terbuka malah surat tawaran kerja juga boleh ditarik balik atas dasar kepentingan politik parti tertentu.

    Inikah kerajaan rakyat yang diuar-uarkan?

    BalasPadam
  7. Merujuk kepada sumber tidak resmi sdr tersebut, jika benar ada bukti jangan ragu buat pendedahan, dan harap ia adalah resmi. Tetapi dalam soal ini kaedah membalas suatu siksaan adalah dibolehkan, jika yang terdahulunya teraniaya. Jika boleh sila cari keterangan tersebut untuk renungan sdr.

    BalasPadam
  8. Tetapi dalam soal ini kaedah membalas suatu siksaan adalah dibolehkan, jika yang terdahulunya teraniaya.Mano punyo fatwa pulak ni. Bercakap soal keadilan utk rakyat konon, tapi mengamalkan politik balas dendam namanya ni.

    BalasPadam
  9. Exco kanan tu Hassan Ali. Agak eh kontraktor kek selangor tu tak sedokah seks kek dio, sobab tu dio batalkan tender. Kek MPPJ laie la pulak, Penguatkuasa seal rumah pelacuran, dtg Ronnie Liu potong kunci MPPJ tu. Mano pemimpin melayu dalam PR yang berani cakap bondo ni. Nak harapkan PKR xdo la. Ramai bukan melayu yg jadi pemimpin dlm PKR.

    BalasPadam
  10. PakarKelentongRakyat11 Jun 2009 6:16 PG

    SHAH ALAM: Pemuda Umno Selangor hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan pengagihan kontrak pengurusan sisa pepejal di Petaling Jaya, dekat sini dibuat mengikut kuota parti politik.


    Ketuanya Suhaimi Mohd Ghazali membuat laporan itu di Pejabat SPRM Selangor dekat sini pada pukul 2 petang.


    Suhaimi berkata, laporan itu dibuat ekoran kenyataan Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), A. Thiruvenggadam yang disiarkan dalam sebuah portal berita tempatan semalam bahawa wujud amalan sedemikian dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.


    Beliau berkata, berdasarkan kenyataan Thiruvenggadam kerajaan negeri telah membahagi-bahagikan kontrak itu mengikut kuota iaitu 40 peratus kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan 30 peratus masing-masing kepada DAP dan PAS.


    "Kita (Pemuda) mahu supaya SPRM menyiasat perkara ini. Pada pandangan kami, amalan seperti ini tidak telus dan mempunyai kepentingan tertentu," katanya ketika dihubungi Bernama.

    RUPO EH PR= PENYAMUN RAKYAT

    BalasPadam
  11. PP masih meraba-raba nampaknya, kerana soal fatwa, beliau meletakkan otaknya kepada orang lain untuk berfikir, saya masih mengharap PP mencari dalil dan keterangan lagi, kerana sumber carian masih luas, jangan letakkan otak saudara kepada orang lain untuk berfikir. Saya ucap syabas Pakar Kelentong Rakyat kerana menyalin semula laporan Pemuda UMNO Selangor kepada SPRM, dan jangan lupa perhatikan juga laporan PR terhadap pimpinan UMNO dan BN.

    BalasPadam
  12. Anda mengatakan UMNO itu korup. Dan dalam masa yang sama PR juga korup. Apa bezanya. Dah memang dasar sumo orang politik tu korup. Masing2 bercakap soal amanah la, keadilan la, tapi yang nyata semuanya sama KORUP.

    BalasPadam
  13. Mandraguna7. Parti Keadilan Rakyat sebuah Parti baru, dan keadilan adalah teras perjuangan. Sebab itu bila PakarKelentongRakyat menyalin semula lapuran Pemuda UMNO kepada SPRM disini, saya mengalu-alukannya. Malah aduan terhadap pimpinan UMNO begitu banyak, tetapi kemana perginya? Kita berusaha untuk membersihkan pemerintah dengan amalan rasuah dan korup, tetapi bila ada orang korup, kita beranggapan pula semua orang korup,atau bila ada orang mencuri, maka semua orang jadi pencuri, ini ternyata salah.

    BalasPadam