Sabtu, 18 Oktober 2008

SIAPA ???

Dalam pada membelek-belek keratan akhbar lama, terpandang berita tahun 1994 mengenai tokoh yang sangat saya kagumi. Kata beliau "saya tidak pernah menggunakan pistol yang saya miliki untuk menumpahkan darah sesiapapun". Tapi nak teruskan cerita jam dah pukul 3.00 pagi, dah tak larat, kerana 8.00 pagi nanti nak ke Kuala Lumpur kerana urusan keluarga. Keratan akhbar berusia 14 tahun tersebut hasil kumpulan ayahanda yang menjadi aspirasi kepada saya untuk melangkah bersama reformis. Bahkan masih banyak tersimpan berita yang saya anggap tinggi nilainya oleh ayahanda sewaktu mudanya. Sejarah awal penubuhan UMNO di Kuala Pilah dan daripada mana ia bermula masih tersusun rapi. Sebab itu lagak-lagak sombong Pimpinan UMNO Kuala Pilah tidak menghairankan. Apa gunanya sombong diwaktu mekar, tangkai dan dahan tempat berpijak itu suatu hari nanti akan patah, akhirnya tidak duduk juga di kerusi empuk itu, akan serupa juga seperti orang biasa yang tidak bertaring dan berkuku. Kita sudah banyak berjumpa sahabat yang dulunya memperlekehkan pendirian kita dengan angkuh, takbur menyatakan perjuangan kita tidak akan kemana dan sesia, tapi kini mula tunduk dan menyisihkan diri bila bersua kerana kehilangan kuasa, tetapi masih ada lagi yang berdegar dan berlagak, pada pemerhatian kita mereka itu sudah TIDAK BERMANFAAT lagi. Kesah PISTOL itu akan saya siarkan nanti.

2 ulasan:

  1. Secara peribadinya gua cukup kagum dgn prinsip dan kekuatan jati diri bro MAN. Mungkin darah pejuang ayahanda Hashim, pengkaji ilmu Sufi, ada mengalir di setiap tubuh badan abg MAN. Gua masih teringat 1998, bagaimana sukarnya kita cuba membina PKR KP dgn pelbagai tekanan. Waktu itu hanya 10 orang pengasas yg membentuk siasah dan struktur organisasi parti dan sering berpandangan, apakah PKR hanya parti untuk 10 orang. Penerimaan PKR semakin rancak dan AJK bahagian cukup hebat dengan AMK di calonkan bertanding di Dun Juasseh. Tahun-tahun berikutnya, ramai yg menghilang termasuk AJK yg berpengaruh. Abg MAN dan 5-6 orng lagi masih setia walau badai sering melanda. Itu lah pejuang yg di sisip dgn perinsip HAKIKAT jati diri. Syabas..Document2 pejuang2 sebelum ini atau apa jugak bahan berita sensasi, sememangnya menjadi penyelidikan abg MAN. Cadangan gua, abg MAN tubuhkan group untuk menyimpan,membukukan atau mencari bahan, agar dapat anak-anak generasi muda menilai semula peristiwa dan memahami erti Parti dan pejuangan. Waktu itu mungkin PKR KP ada geleri arkib seperti Prof Khoo Kay Kim atau mungkin sehebat Subky Latif. Biar lah kita di pandang merangkak, distinasi akan sampai juga. Salam Reformasi @@ IPIN @@

    BalasPadam
  2. Terima kasih En Ipin and the Gang di Jemapoh, gua respect lu, kerana bagi semangat kpd gua dan rakan-rakan yang lain. Tetapi gua kadang-kadang lambattt. Terima kasih.

    BalasPadam