Ahad, 26 Oktober 2008

JAHILIYAH UMNO

Orang-orang Melayu sering diingatkan oleh pemimpin UMNO, bahawa hanya UMNO sahajalah yang layak memimpin orang-orang Melayu dan memerintah Malaysia. Parti selain UMNO tidak layak dan hanya pembawa perpecahan dikalangan komuniti Melayu. Kata mereka lagi UMNO telah memimpin orang-orang Melayu semenjak 50 tahun lalu, dan banyak jasa telah diberikan dan tidak sepatutnya kacang lupakan kulit, kita harus bersyukur dengan nikmat itu, dan orang orang yang tidak bersyukur adalah durhaka. Oleh itu pilihan selain UMNO adalah salah dan tidak betul. Kata-kata seperti ini serupa seperti kata-kata ketua Yahudi Madinah zaman RasululLah, iaitu : Jangan kamu percaya, melainkan hanya kepada orang yang telah menuruti agama kamu sahaja. (Ali Imran: 75)

Sebab itu mereka langsung tidak berhajat untuk mengenali kita, malah menganggap sebagai musuh kepada bangsa Melayu dan Rakyat Malaysia. Kenapa tidak, antara yang bersama dengan kita dibatal atau tidak diberi langsung kontrak, yang berjawatan dalam persatuan atau badan kebajikan akan dipecat dan sebagainya. Kata-kata sedemikian sering kedengaran semenjak akhir-akhir ini, setelah Melayu mula berubah dalam dua pilihanraya yang lalu. Dengan memperalatkan pelbagai Persatuan dan NGO bagi mempersetujui hanya satu-satunya Parti yang mewakili Melayu harus kekal sampai bila-bila sebagai Pemerintah, maka pelbagai deklarasi dan resolusi diterbitkan.

Ini satu pandangan yang amat sempit lagi jumud, tidak boleh dipakai oleh fikiran yang waras, kerana manusia dicipta dengan pelbagai anika fahaman, maka jika fahaman dan fikiran itu diterima dan dipersetujui oleh masyarakat atau rakyat, ia wajib diiktiraf dan diakui. Bukan dengan meletakkan syarat dan paksaan, maka itu adalah cara Jahiliyah.

Kita adalah golongan yang inginkan perubahan, dan cara perubahan itu bukan dengan keganasan. Dan kita juga sering dimomok-momokkan dengan keganasan oleh alat propoganda UMNO, dan dengan kepintaran mereka sering bersumpah seperti "Mereka akan bersumpah dengan nama Allah, maksud kami tidak lain melainkan demi kebaikan dan perpaduan ummah" (An-Nisa' a: 62).

Lihat dan telitilah perangai pemimpin UMNO itu.

2 ulasan:

  1. Saya sendiri mempunyai seorang pakcik saudara yg begitu kuat+totok kepada Umno.

    Timbul isu, apabila sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia bbrp bulan lepas,saya telh menaikkan bendera Malaysia, Negeri Sembilan dan PKR di hadapan rumah.

    Tidak disangka,pakcik saudara saya itu menjdai sakit hati lalu menyampaikan kepada adik saya dengan menyatakan orang satu kampung ni semuanya Umno,kalau kau nak orang datang kenduri rumah lebih baik turunkan bendera PKR tu..
    Adik saya telah menyampaikan hal itu kepada saya. Sedikitpun tak terkesan pada saya,tapi lagi saya panjangkan buluh untuk meniggikan bendera parti.
    Pedoman dari hal ini,tak semua org kampung itu totok umno & akan taksub mendewakan bendera umno. saya sendiri tidak meletakkan soal pegangan politik untuk bermasyarakat dengan org2 kampung.

    Ada perbezaan yg nyata,kerana Islam kita bersatu, bermasyarakat dan berharmoni sesama kampung.Hanya totok umno saja yg tidak bersikap begitu.
    Saya sendiri sudah jemu lagi jelak mendengar perkataan "kalau kau tak join umno, kena pulau satu kampung"...ini adalah ungkapan sampah yg lebih jijik dari kekufuran. Harus diingat, matinya kita esok pun berseorangan.

    Saya menyokong org yg terlalu totok umno ini sudah dikira jahil lagi musyrik mungkin boleh jadi kufur kepada Allah swt..jika mereka2 ini tiada pertimbangan akal yg betul. jgn jadi seperti pakcik saya totok umno dr jelebu cuma tersesat bermastautin di Seremban.

    BalasPadam
  2. Terima kasih. Saya punya pandangan tugas reformis bukan semata memenangi pilihanraya, tetapi memberi pengetahuan kepada masyarakat atau rakyat tentang erti kebebasan, bukan taksub membuta tuli, atau bertaqlid buta.

    BalasPadam