Isnin, 6 September 2010

TV3 PEROSAK AKIDAH UMAT ISLAM MALAYSIA

Iklan Hari Raya tahun ini yang diterbitkan oleh TV3 yang mencetuskan kontroversi dikalangan Umat Islam negara ini, yang cuba merosakkan akidah Umat Islam secara terancang dengan memaparkan unsur-unsur Kristian dan Budha dalam iklan tersebut telah ditarik balik dan pihak TV3 dilaporkan telah meminta maaf atas penyiaran tersebut. Dikalangan rakan Facebook menafsirkan iklan tersebut sebagai :-

Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingk...ap yang terbuka.
1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
2.Buku - Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis
6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM
7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).
1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus
4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism

Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.
1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian

Scene 4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.
(taken from Yusrizan Usop)

Kita sesungguhnya amat terkilan dan tersinggung dengan iklan itu, walaupun TV3 telah menarik siarannya dan memohon maaf, apakah dikalangan petugas di TV3 yang beragama Islam tidak peka dengan unsur-unsur dakyah tersebut? TV3 yang selama ini membela UMNO dalam pemberitaannya, seolah-olah sengaja hendak menguris hati Umat Islam negara ini. Atau apakah dengan slogan 1 Malaysia, Agamapun akan disatukan semuanya dibawah konsep pemikiran Perdana Menteri yang bercelaru itu?

1 ulasan:

  1. Osah hebat ea pemerhatian kau...tak tepikir kek den tu doh...tajam dan jelas hijab kau bilo membuat penerangan,,,bak kato orang alim pandangan tombuih. Orang pandangan tombuih ni bersifat kewalian dan wali ni pulak kete oarng dulu-dulu ada dua jenis...satu wali Allah dan satu lai wali...ontah...agak den tuan dalam kumpulan nilah...salah satu...

    BalasPadam