Isnin, 27 Julai 2009

NOTIS MDKP UNTUK MENYEMAK SENARAI NILAIAN

Notis yang telah dikeluarkan oleh MDKP berkenaan menyemak Senarai Nilaian bagi Tahun 2010 bagi harta disemua Mukim dalam Daerah Kuala Pilah yang akan dikuatkuasakan pada 1 Januari 2010 menimbulkan kebimbangan dikalangan pemilik-pemilik harta berkenaan, terutama yang mendiami premis-premis perumahan dan bangunan persendirian dalam Bandar Kuala Pilah kerana ia dinilai semula dengan taksiran yang amat tinggi dan keterlaluan. Hari ini Team GB telah didatangi seramai 5 orang pengadu dan menunjukan Notis tersebut dan kami juga terperanjat dengan Nilaian Semula yang amat tinggi tersebut. Kami menasihatkan kepada semua pemilik premis yang menerima Notis tersebut membuat bantahan bertulis kepada Yang Di Pertua Majlis Daerah Kuala Pilah dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis dikeluarkan sebelum ia dikuatkuasakan.

2 ulasan:

  1. Man,
    Tolong aturkan pertemuan awam dengan penduduk yang terlibat untuk dibincangkan bersama. Satu tindakan secara kolektif hendaklah diambil supaya lebih berkesan.

    BalasPadam
  2. jawab ehh..PRU13 nanti..mmg lingkup la BN kek pilah ni..ayuhh kito bangkit menentang..takpun ajak MDKP berhujah...bawak timb menteri tu gn 5 org rakan2 eh..jom kito debat..gerenti tak berani timb menteri..org AMENO apo cito..??takkan nak sokong laie parti korang...

    BalasPadam