Isnin, 8 Jun 2009

Program Perhubungan Negeri Turun Ke Bahagian







6hb Jun 2009 / Sabtu
Kawasan Perindustrian Dioh


PKR Negeri Sembilan telah mengorak langkah awal dengan penuh keyakinan untuk menawan Negeri Sembilan pada pilihanraya umum akan datang. Program Perhubungan Negeri Turun Ke Bahagian adalah antara usaha PKR Negeri Sembilan memperkemas dan memperkasa gerakan ke arah tujuan tersebut.

Menurut Pengerusi Perhubungan Negeri Sembilan, YB Dato' Kamarul Baharin Abbas, pihak Perhubungan Negeri Sembilan telah merangka strategi tertentu bagi mencapai matlamat tersebut. Namun menurut beliau lagi, yang amat penting ialah Parti tidak lari daripada pokok perjuangan iaitu membela rakyat.

Berdasarkan kepada perkembangan politik akhir-akhir ini, menurut YB Telok Kemang itu, PKR telah berjaya mempertahankan dan memperjuangkan isu-isu rakyat dengan amat berkesan. Sementara rakyat pula telah semakin meluat melihat tingkah dan karenah pemimpin-pemimpin Umno/BN yang sebenarnya masih di takuk lama walaupun cuba melaung-laungkan transformasi.

Transformasi bagi mereka hanya retorik. Tetapi bagi PKR dan Pakatan Rakyat tetap istiqamah di dalam memperjuangkan reformasi dan 'Keadilan Untuk Semua'.

Sementara Ketua Penerangan Negeri, saudara Ibrahim Yusof pula memberikan penerangan dan motivasi kepada ahli-ahli dan Jawatankuasa Bahagian Kuala Pilah mengenai pendekatan-pendekatan yang harus digunakan ke arah PRU ke 13. Beliau yang banyak mendedahkan isu-isu penting perjuangan PKR dan PR telah mengingatkan ahli-ahli akan prinsip-prinsip yang harus dijadikan budaya di dalam perjuangan PKR.

Mengupas mengenai perkembangan politik terkini beliau mengingatkan ahli-ahli yang PKR berada di landasan yang terbaik di persada politik negara.

Dalam program ini juga, Setiausaha Perhubungan Negeri-saudara Sabaruddin Mohd Yassim dan Ketua Bahagian Kuala Pilah, saudara Nordin Ismail turut berucap dan menekankan alkan peri pentingnya pentadbiran bahagian dimantapkan dengan memperkasakan keahlian.

Pada majlis tersebut, PKR Negeri Sembilan telah melancarkan kempen 'Ahli Seumur Hidup' dengan mensasarkan jumlah ahli seumur hidup seramai 5,000 ahli.

(Petikan terus dari PKR NS, kerana kesibukan tugasan lain. TK GK)

3 ulasan:

  1. PBT Selangor Belanja RM 8 Juta Untuk PKR, DAP dan Pas

    Majlis Bandaraya Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Ampang Jaya dan Selayang terpaksa menampung kos hampir RM 1juta ringgit setahun sejak tahun lalu berikutan keputusan Kerajaan Negeri memberi elaun pejabat, gaji kakitangan dan kos utiliti untuk setiap Ahli majlis MBSA selain elaun bulanan sedia ada.

    Menurut kiraan kasar Selangordaily, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sahaja terpaksa memperuntukan sebanyak RM 82, 884.50 sebulan untuk menampung kos overhead dan Elaun untuk 25 ahli Majlisnya.

    Sebelum ini PBT hanya membayar elaun bulanan sebanyak RM 500 sebulan kepada ahli majlisnya.

    MBSA memperuntukkan 2, 415.38 untuk pejabat setiap ahli majlis dan RM 500 elaun mereka serta minimum RM 150 sebulan (elaun setiap kali mesyuarat). Manakala MBPJ, MP Klang, MPAJ dan MP Selayang memperuntukkan RM 2, 500.00 untuk pejabat setiap ahli majlisnya sebulan.



    Hampir 95% ahli Majlis merupakan orang kuat DAP, PKR dan Pas di kawasan tersebut. Lebih mengejutkan sebahagian besar turut menjadikan pejabat Ahli Majlis sebagai pejabat politik mereka.

    Ini bermakna Majlis-Majlis Perbandaran ini membayar kos sewa pejabat untuk kegiatan politik mereka.

    Kos pengurusan ahli Majlis meningkat namun pengurusan masalah rakyat tidak banyak berubah.

    Orang ramai tertanya-tanya apa perlunya ahli Majlis mempunyai pejabat sendiri sedangkan mereka ini bukanlah pekerja sepenuh masa Majlis. Ahli Majlis sepatutnya dilantik di kalangan mereka yang telah memberi sumbangan besar kepada komuniti dan yang mempunyai pencapaian tertentu dalam kerjaya.

    Tujuan ahli Majlis ialah untuk membantu Majlis Perbandaran bukannya bekerja untuk majlis perbandaran.

    Ditambah lagi sekarang ini, banyak aduan dan pandangan dikemukakan terus secara dalam talian (online), kita tertanya-tanya apa relevannya pemberian peruntukan sewa pejabat ini?

    Ini tidak lain bertujuan untuk menampung kos-kos pejabat urusan kerja parti PKR, Pas dan DAP di Selangor.

    Dianggarkan PBT di seluruh Selangor membelanjakan hampir RM 8 juta setahun untuk pengurusan Ahli Majlis. Semua ini digunakan untuk melancarakan jentera parti mereka.

    Ahli majlis sepatutnya menyumbang kepada kemajuan PBT, malangnya mereka hari ini menyedut lagi kewangan PBT.

    BalasPadam
  2. BUKTI PAKATAN RAKYAT MENYALAHGUNAKAN KUASA. PENYAMUN RAKYAT....

    BalasPadam
  3. Salam PP.
    Sdr. boleh menulis dan catat apa saja disini, dan saya mengalu-alukannya, tetapi adalah lebih tepat dan wajar penyelewengan (jika benar?) ini diadukan kepada SPRM atau agensi yang berkaitan jika sdr punya bukti yang cukup? Maka apa tujuan catatan kedua sdr ?

    BalasPadam