Isnin, 8 Jun 2009

BUKAN ANGAN-ANGAN LAGI ! TETAPI REALITI !

Kepada semua ahli-ahli dan mendukung keADILan Kuala Pilah, kami keluarkan seruan bahawa cita-cita menawan Kuala Pilah dalam PRU ke-13 bukan lagi angan-angan kosong, ia akan kami jadikan suatu realiti dengan gerak kerja yang teratur dan bersandar kepada fakta. Sudah 3 kali Pilihanraya kita tempuh, dan rasanya sudah cukup dengan pengalaman itu untuk kita menjadi lebih matang dan pintar untuk bertarung kali ini. Kapada saudara/i, sila hulurkan tangan dan bantu kami kali ini, sudah sampai masanya kini kita tampil dan muncul kedepan. Sampai bila kita mahu menjadi pembonceng? Sampai bila pula kita harus berpeluk tubuh? Sampai bila kita harus duduk didalam gelap? Sampai bila pula kita bermegah dengan kemenangan sababat kita di Penanti, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Kuala Terengganu? Itu milik mereka, dan kita hanya menumpang atas kemenangan itu. Setiap kali terjadi PRK, maka berbondong-bondonglah kita kesana, bila balik dengan kemenangan, pengalaman sahabat di sana tidak dikongsikan langsung disini, amatlah ruginya. Tetapi saudara/i, kemenangan dalam PRU ke-13 di Kuala Pilah adalah idaman kita kali ini, oleh itu jangan ketinggalan dengan seruan ini, silalah berhubung dengan Pusat Gerakan di Kuala Pilah supaya boleh kita aturkan rencana ini. Kami sentiasa menanti anda. Wassalam.

9 ulasan:

  1. Hidup YB Loke, Bakal Menteri Besar Negeri Sembilan Selepas PRU 13 nanti...

    BalasPadam
  2. letak lah email address buleh berhubung

    BalasPadam
  3. Hanya PP yang bermaksud dan beranggapan demikian. E-mail kami keadilankp@yahoo.com seperti diatas. Terima kasih.

    BalasPadam
  4. Botul jugak pendapek PP ni. Skrg ni pun kek N9 ado 15 krusi PR. Cumo 3 org yo melayu. Ikut logik la, kok lps ni monang 5 krusi pun, printah N9, musti la DAP nk jd MB. Den yakin PRU 13 nti, DAP akan lotak calon Melayu sorang. Padan la muko melayu lopeh ni. Anak kecil main api....

    BalasPadam
  5. I can punish anyone. I can be the complainant, the prosecutor and also the judge in this case. All this is allowed according to the law,” Demikian kata YB Teng Chang Kim ketika ditanya oleh pemberita mengenai sikap beliau yang menjadi pendakwa dan menjadi hakim untuk menggantung lima ADUN BN Selangor yang dituduh menghina DUN Selangor.Inilah contoh DAP apabila berkuasa. Dulu merekalah pejuang kebebasan asasi, kebebasan bercakap dan demokrasi ala barat.

    Demikian juga apa yang terjadi Perak. Nga dan Ngeh bermaharajalela tanpa sesiapa pun berani berkata apa-apa. Hari ini ada lagi anak muda Melayu yang bodoh dan bangang mahu bercakap soal demokrasi dalam buku teks.
    Di Pulau Pinang, Untuk menarik hati pemuda dan pemudi Melayu dan Islam, Ketua Menteri dari DAP berkata ia ingin mencontohi kepimpinan Umar Abdul Aziz.

    Apa yang Guan Eng faham dengan Umar Abdul Aziz? Jika Guan Eng faham Umar Abdul Aziz tentu hari ini beliau telah memeluk Islam. Sebaliknya beliau menggula-gulakan nama Umar untuk menarik sokongan orang Melayu.

    Di Selangor pula, sejak lepas pilihan raya 2008, VCD cetak rompak bukan lagi dijual sorok-sorok. Hari ini kedai VCD cetak rompak macam cendawan tumbuh selepas hujan.

    Siapakah yang mendapat laba ini kalau bukan EXCO Kerajaan Tempatan Ronnie Liu. Jika beliau tidak mendapat apa-apa mustahil begitu banyak jerung dan loan shark bermaharajalela di Selangor sekarang ini.

    Setiap bulan akan ada satu rumah urut yang diambil tindakan tetapi berapa buah yang muncul secara senyap? Anda perlu pusing di Puchong, Subang Jaya dan Sunway sahaja untuk mengetahuinya.

    Mengapakah kerajaan negeri mengadakan sistem zon baru untuk kutipan sampah di Selangor? Ia untuk menamatkan kontrak-kontrak dengan kontraktor tulen sedia ada. Kontraktor ini telah melabur begitu banyak untuk pembelian lori kompak sampah dan sebagainya. Namun semua ini akan ditamatkan.

    Mengapa? Ia bertujuan supaya kontraktor sedia ada melutut kepada mereka untuk kontrak dan juga bertujuan memasukkan "pemain baru". Pemain baru ini tiada modal, lori sampah mahu pun kepakaran. Mereka akan dianugerahkan kontrak dan kemudiannya menyewa semula kepada kontraktor-kontraktor yang berhutang beratus ribu membeli lori sampah seperti yang disyaratkan oleh kerajaan dahulu.

    Ini bukan isu perkauman, ini hanya mahu menunjukkan siapa DAP sebenar yang sebelum ini begitu gah bercakap soal ketelusan dan anti kronisme.

    Jika masih ingat, beberapa bulan lalu, ahli Majlis Majlis Bandaraya Petaling Jaya, yang dulunya begitu hebat menghentam kerajaan BN Selangor sebagai tidak telus membuat laporan polis di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana bocornya kandungan mesyuarat Majlis.

    Dulu orang seperti inilah yang bukan sahaja mahu tahu apa berlaku dalam mesyuarat Majlis, malah menuntut supaya setiap sen yang dibelanjakan oleh MBPJ dibuka untuk pemeriksaan umum.
    Anak-anak muda zaman siber yang percaya mereka serba bagus dan serba bijak boleh terus mendewakan pemimpin DAP dan Pakatan Rakyat. Namun sama ada mereka benar-benar bijak dan pintar hanya sejarah di masa hadapan akan menentukan.

    BalasPadam
  6. Tq semua. Jika benar bimbang akan ketuanan Melayu tergadai, YB-YB UMNO perlu tunggu apa lagi? Ayuh bersama kami yang juga pekat dengan ciri2 kemelayuan, tetapi puak lain menafikannya, kerana teori UMNO itu melayu dan Melayu itu UMNO dan Islam itu Melayu dan Melayu itu Islam yang songsang itu, tidak ada keberanian untuk membebaskan diri dari kongkongan karut tersebut. Mandraguna7 hanya memberikan andaian kerana sudah mempunyai tanggapan buruk kepada PR kerana sokongan kuatnya kepada UMNO dan BN, sebab itu tindakan Speaker DUN Selangor dipertikaikan, itu kuasa speaker, sama juga kuasa yang ada pada speaker BN. Guan Eng melahirkan kekaguman kepada kepimpinan Khalifah Umar Abd. Aziz, dan melandaskan kepimpinannya kepada Umar. Mengapa diragui jika ada orang ingin mengambil suatu contoh yang baik? Atau tuan sendiri mempunyai hasad yang tersembunyi? Hidayah adalah kepunyaan Allah SWT, bukan milik kita untuk dianugerahkan kepada sesiapa yang kita suka dan mahu, mudah-mudahan ia akan sampai kepada beliau. Untuk dibaca soal penyelewengan dan pengagihan kontrak, BN dan UMNO adalah lebih besar dan kotor dalam membela suku sakatnya. Mandraguna7 menjadi lebih kalut lagi bila anak-anak muda menghormati kepimpinan PR, tetapi beliau selewengkan sebagai MENDEWA. Istilah jahat yang cuba mengelirukan orang. Ya, benar, sejarah yang akan menentukan apa yang dilakukan sebelum dan hari ini, dan lazimnya sejarah tercipta daripada mereka yang berkeupayaan dan berani, bukan pembonceng dan dicucuk hidung, dan sejarah itu sudah terlakar dan akan tercipta oleh mereka yang prihatin kepada politik negara ini. T. Kasih.

    BalasPadam
  7. PKR Negeri Sembilan telah bersiap sedia untuk menawan Negeri Sembilan pada PRU ke 13 nanti. Ini bukan angan2 atau retorik semata2..

    Yang pastinya, PKR NS telah memahami & meneliti situasi di negeri ini. dan HAKIKATNYA keluhuran undang-undang tubuh negeri ini tetap dipertahankan.

    Hanya dungu2 Umno & manusia2 skeptikal yg gusar kpd perubahan politik. PKR tidak menggadaikan hak bangsa Melayu disamping menjaga kepentingan lain-lain bangsa...

    BalasPadam
  8. PKR pekat dgn kemelayuan? Perhatikan pemimpin yg memegang jawatan tertinggi, Gobala, tian chua, sivarasa dll. Malahan para pengikut2 bawahan juga ramai golongan bukan melayu. Apa jaminan golongan bukan melayu ini tidak akan mengambil kedudukan teratas dalam parti bila terdapat kesempatan nanti. Di PRK Bkt Gantang, Keling blh bercakap dgn MElayu " Ini negeri skrg kami punya". Pikirkan kalau dapat memerintah malaysia nanti. Kalau semasa PRU 1969 bila Dap menang di Perak & Selangor, mereka boleh berarak di Kl dengan kata2 MELAYU BALIK KAMPUNG, TANAM JAGUNG, apakah perkara ini takkan berlaku lagi. Cuba saudara pergi ke kedai cina, adakah saudara akan diberi harga yang sama dgn bangsa mereka walaupun saudara memakai baju PKR dan tokeh kedai tersebut totok DAP. Mana halatuju PKR.

    Undang2 tubuh N9 kalau x salah mensyaratkan Melayu sebagai MB. Tapi sekiranya PR menang dgn keadaan majoriti ADUN nya bukan melayu, apa nasib org melayu. Yang pastinya bukan melayu akan dapat makan daging manakala org melayu ambik la kuahnya saja. Di Selangor, siapa Melayu PR yang berani bersuara dengan tindakan cina-cina berseluar pendek, berantai emas sebesar rantai beskal masuk ke dlm SUK dan melihat fail2 sambil bercakap' apa lagi yg boleh kita ambil utk org kita".

    Bila Dap mengungkapkan ayat2 quran, melayu PR bersorak kegembiraan. Kalam Allah Taala ni suci. Org Islam kalau nak membaca quran pun harus dlm keadaan wuduk. Adakah lidah org kafir ini suci untuk mengungkapkan kalam Allah Taala ini?

    Bila mana org mempersoalkan PKR, dituduh totok kepada UMNO, bila melayu mempertikaikan bkn melayu dituduh racist. Fikirla sendiri.

    BalasPadam
  9. Salam mandraguna7, semoga sehat sejahtera! Saya berbangsa Melayu, dan prihatin dengan perkembangan politik negara, bukan ikutan membuta tuli, dan cinta kepada bangsa sendiri.Berhubung dengan pandangan yang diberikan, mengapa hanya sebut nama-nama bukan melayu seperti Gobala, Tien Chua, Sivarasa, sedang Pimpinan Melayu lebih ramai lagi dalam PKR dan tidak pula sadara sebutkan? Mempertahankan prinsip ketuanan Melayu telah dikrarkan dalam kongress PKR tahun lalu, dengan tidak menafikan kaum lain, ini jelas.

    Presiden MCA Tan Siew Sin dalam tahun 1969 menyatakan bahawa orang-orang Melayu melalui UMNO bermurah hati menganugerahkan kerakyatan kepada bukan melayu sebanyak 90% kepada mereka selepas 12 bulan daripada kemerdekaan. Oleh itu mereka adalah rakyat yang sah dinegara ini. Apakah kita ingin menafikan kewarganegaraan itu?

    Peristiwa 13 Mei harus dilihat sebagai pengajaran, dan ia tidak harus dibiarkan berulang. Apabila sdr nyatakan ada seorang india mengatakan " ini negeri kita punya", maka sayapun boleh katakan, ada orang melayu berkata "ini negeri melayu punya, orang india boleh balik india", atau "ini negeri melayu punya, orang cina balik tongsan". Ia harus ditapis dalam menjaga keharmonian kepelbagaian kaum dalam negara ini?

    Usah khuatir, siapa bakal MB NS, jika PR menang dalam PR ke13 nanti. Sebab itu Institusi Beraja harus dipertahan dan berada pada kedudukan sebenar dan tidak diperalatkan mana-mana pihak dalam menjaga kepentingan rakyat dan memenuhi aspirasi rakyat.

    Apabila bukan Melayu membaca ayat-ayat al-qur'an, mengapa prejudis? Sebenarnya pendengar kagum, bukan bersorak kegembiraan seperti yang saudara nyatakan, ini memberi gambaran negatif, sdr harus perbetulkan tanggapan itu. Anggapan sdr tentang membaca al-qur'an wajib berwudhuk adalah salah, cuba perhatikan sahabat-sahabat Nabi sebelum memeluk Islam yang membaca al-qur'an, apakah mereka berwhuduk dahulu? Berkenaan cina berseluar pendek berlilit emas sebesar rantai basikal boleh melihat fail-fail di SUK Selangor dan berkata "apa yang boleh kita ambil lagi untuk orang kita", saya akan jawab: Pegawai Melayu di Jabatan Kerajaan itu tidaklah sebodoh itu untuk berdiam diri".

    Dalam hal ini siapa yang menimbulkan soal racist? Sdr. bersungguh2 persoal dan pertikai Tien Chua, Gobala dan sivarasa dll dan membimbangi mereka? Jika sdr berhujjah dan pertikai PKR atau PR dengan hujjah yang logik dan bernas, saya akan menerimanya.

    Sekian, pandangan sdr saya ucap terima kasih.

    BalasPadam