Asakan dengan sebegitu rupa oleh UMNO/BN dengan memperkuda RTM/TV3/Akhbar arus perdana sehingga tidak ada yang paling buruk/hina/jahat/khianat dan sebagainya dalam dunia ini hanyalah Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, Keadilan dan DAP. Rakyat sepanjang masa dihidangkan dengan momokan itu sehingga ia amat membosankan dan rakyat semakin menyampah dengan UMNO/BN. Kerana itu ia amat terdesak sehingga ia terpaksa mengeluarkan Panglima Tua yang sudah uzur untuk bertarung di Pilihanraya kecil. Baru minggu yang lalu dalam persidangannya, mereka keluar dengan megah dan bangga dengan kepimpinan baru yang akan memperkasakan semula UMNO dengan tokoh-tokoh muda yang berketrampilan untuk memikat rakyat kembali kepada UMNO. Dalam usia menghampiri 90 tahun, apakah mampu Panglima Tua itu bertarung dengan anak-anak muda Pakatan Rakyat, apakah tenaga dan fikirannya seperti dulu lagi? Atau apakah ia telah kembali berkuasa semula. Tapi untuk apa? Adalah lebih baik bagi beliau berehat dan mendekati keluarga dan perbanyakkan amalan untuk hari akhirat kelak. Namun begitu pemimpin yang baru dinobatkan dalam persidangan yang lalu itu kelihatan tidak bermaya dan lesu, kerana itulah Panglima Tua itu turun gelanggang dan bersilat semula, tapi langkah dan rentaknya sudah terlalu lemah dan sumbang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan