Isnin, 6 April 2009

JUMUDNYA PEWARIS DAN SEKUTU

Suatu kelainan dalam kempen pilihanraya kecil terutamanya di Bukit Gantang. Apa yang menarik ialah keberanian Setiausaha DAP Perak mengunakan ayat al-Qur'an dalam ucapannya. Ini suatu yang baru di Malaysia, dan ia dilihat suatu perkembangan yang sihat dalam perkembangan Islam, kerana sebelum ini bukan Islam begitu jauh dan fobia dengan Islam. Perkembangan ini harus dilihat dengan positif dan bersangka baik. Dalam kenyataan Timbalan Presiden PEWARIS Rahimuddin Md Harun, perkembangan ini sebagai suatu penghinaan dan mempersenda Islam dan umat Islam marah dengan suasana itu dan menyifatkannya sebagai biadap. Katanya lagi ."Ayat al-Quran tidak boleh digunakan oleh orang kafir kerana mereka tidak beriman kepada Allah." Kita merasakan kenyataan Timbalan Presiden PEWARIS itu bersifat dangkal dan dungu. Seharusnya kita berasa bangga, kerana orang Chinapun turut membacakan Al Qur'an, mudah-mudahan dengan bacaan itu dan pemahamannya ia akan memeluk Islam. Inilah nampaknya perkembangan baru yang telah dibuat oleh Pakatan Rakyat, secara tidak langsung ia menjalankan dakwah dikalangan bukan Islam. Tetapi lain pula sifatnya Timb. Presiden PEWARIS, ia mahu Al-Qur'an itu disimpan baik-baik, dan tidak dibuka dan dibacakan oleh sesiapapun melainkan oleh orang-orang Islam sendiri terutama kaum Melayu. Tidak kita dapati satu keteranganpun Al-Qur'an itu tidak boleh dibaca oleh kaum kafir, jika ada sila kemukakan. Katanya lagi PEWARIS memberi amaran kepada sesiapa sahaja supaya jangan menghina al-Quran "kerana kami berjuang mempertahankan kesucian al-Quran dan agama Islam di Malaysia". Kenyataan ini bersifat mengampu, apa yang dipertahankan selama ini oleh PEWARIS? Kecuali suaranya hanya kedengaran ketika Pilihanraya kecil ini sahaja, tidak lain. Ingatlah Rahimuddin, Islam itu bukan untuk kaum Melayu semata, dan jangan pula cemburu jika kaum lain boleh membacakan Al-Qur'an dan mempraktikkannya, bukan disimpan dalam peti dan menjadi BAHAN SUMPAH yang diamalkan kaum Melayu UMNO.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan