Teka teki perkenankah Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Sultan Mizan keatas perlantikan Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia ke enam masih lagi bermain hingga kesaat ini. Media utama setiap masa mengumumkan Majlis Angkat Sumpah akan berlangsung esok (Jumaat) dan menurut Ketua Setiausaha Negara, Yang Di Pertua Agong berkenan diatas perlantikan tersebut. Manakala media PR melaporkan bahawa YDA tidak merestui perlantikan tersebut dan berita ini tersebar luas. Kita memerhatikan bahawa makluman mengenai peralihan kuasa ini mendapat liputan meluas daripada media utama terutamanya Radio, TV Malaysia (RTM) dan TV3 seolah-olah sudah direncanakan dan ia kelihatan telah mendahului perkenan Yang Di Pertuan Agong dan tiada satupun kenyataan rasmi dari pihak Istana dalam hal ini. Suasana seperti ini dilihat tidak harmonis dan kelihatan tergesa-gesa, mendesak dan tidak beradab.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan