Dulunya Bersih, Cekap, Amanah oleh Mahathir, Cemerlang, Gemilang dan Terbilang oleh Pak Lah, kini Satu Malaysia oleh Najib. Akhirnya kedua-duanya kelihatan terkapai-kapai dengan slogan yang dibawa, Mahathir meletakkan jawatan secara mengejut di Pentas Persidangan UMNO, manakala Abdullah Badawi tersingkir secara halus sebelum sampai masanya atas desakan. Kini tampil Najib Tun Razak dengan wajah baru Satu Malaysia. Malah Timbalan dan Naibnya menobatkan Najib sebagai Mujahid Abad ini dan pembawa Gerakan Tajdid dalam Perhimpunan mereka yang lalu. Ini pujian melampau dari orang bawah sebelum berjalan pemerintahannya dan dari mana mereka menilai corak pemerintahannya kerana ia belumpun bermula, cuma suatu pengharapan, sedangkan ia dikaitkan dengan pelbagai isu, kemungkinan untuk mengampu. Berdasarkan kepada pengalaman yang lalu, kesungguhan untuk memperjuangkan Agama, Bangsa dan Negara banyak dibantu dengan slogan yang hebat-hebat, dan membuat kejutan dihari pertama pemerintahan, budaya ini berterusan. Maka ramailah pengikut-pengikut setia UMNO terpesona dengan kehebatan itu, dan bersungguh-sungguhlah mereka berkata bahawa UMNO itu MELAYU dan MELAYU ITU UMNO. Apabila sokongan Melayu beralih ke Parti lain, maka panik dan marah bukan kepalang. Apatah lagi baru-baru ini apabila bukan Melayu mula mendekati Al-Qur'an dan membacanya, bukan kepalang lagi marahnya. Najib perlu benar-benar merubah cara berpolitik orang-orang UMNO kerana kaedah yang digunapakai sekarang sudah tidak efisien lagi kala ini, tetapi mampukan beliau? Kita juga bersifat berlapang dada dan menanti serta mengotakan apa yang beliau janjikan kepada rakyat. Oleh yang demikian jangan lagi memukul tin kosong itu kerana kita mengetahui maksudnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan