Isnin, 13 April 2009

SURAT KEPADA SEMUA KETUA JABATAN KUALA PILAH

-SALINAN -

Tarikh : 13 April, 2009

Kepada:
Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan
Daerah Kuala Pilah.

Tuan,

ADUAN BERKENAAN HAL PEMBANGUNAN, KEBAJIKAN, SOSIAL DAN LAIN-LAIN
DI LAMAN BLOG KEADILAN KUALA PILAH


Dengan hormat kami merujuk kepada perkara tersebut diatas.

Kami sangat mengharapkan akan ujud suasana yang baru yang lebih harmonis yang tidak kelihatan sebelumnya, kerana suasana mula berubah semenjak akhir-akhir ini yang mahukan kebajikan rakyat harus diutamakan, dan kami percaya tanggungjawab ini tidak mudah untuk dilaksanakan dan bukan semata-mata terletak dibawah parti yang memerintah, ruang juga harus dibukakan kepada kami untuk berbakti.

Pihak kami telah dan akan melaporkan beberapa perkara yang berkaitan dengan hal-ehwal rakyat Kuala Pilah yang masih tergendala yang memerlukan tindakan daripada Jabatan-jabatan Kerajaan dilaman Blog kami di http://gerbangkeadilankp.blogspot.com dengan harapan ia dapat diatasi. Kami telah melaporkan beberapa kes seperti projek perumahan terbengkalai, padang terbiar, permohonan bantuan JKM yang lewat, karenah birokrasi Jabatan terhadap golongan tua dan lainnya yang bersifat melapor dengan hasrat ia sampai kepengetahuan Jabatan tuan.

Hasrat kami agar pihak tuan dapat menerima dan meneliti apa yang kami laporkan itu.

Sekian, semoga mendapat perhatian dan sambutan yang baik daripada tuan juga. Terima kasih.

Yang Benar

Hazman Hashim
Setiausaha PKR
Kuala Pilah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan