Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan Datuk Ir Jamlus Aziz merendahkan martabatnya sebagai seorang Datuk, Profesional dan Pemimpin. Ini kerana dalam kenyataannya di SINAR HARIAN hari ini beliau menyatakan bahawa Pengundi di Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau terpengaruh dengan janji manis dan jaminan kosong oleh Pakatan Rakyat (PR) menjadi faktor utama kekalahan calon Barisan Nasional pada pilihan raya kecil terbabit. Beliau juga menyatakan bahawa Pembangkang (PKR, PAS dan DAP) adalah parti pembohong dan penyebar dakyah kotor. Terpengaruh bermaksud terpedaya atau tertipu. Ini bermakna pengundi tersebut adalah orang-orang bodoh yang mudah terpengaruh dan tertipu. Ini suatu penghinaan secara terbuka kepada pengundi di Bukit Gantang dan Bukit Selambau dan juga suatu penghinaan kepada Parti yang menang. Nampaknya Ir Jamlus masih terjajah fikiran, menutup pintu hatinya daripada menerima hakikat apa yang berlaku, walaupun bergelar Datuk dan Ir. yang melambangkan kehormatan dan profesionalisma, tetapi kenyataan yang telah beliau keluarkan itu tidak setaraf dengan kehormatan yang beliau sandang. Kita amat hairan bagaimana cara berfikir Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan Ir Jamlus dalam hal menjaga kepentingan rakyat dan kestabilan negara? Adakah hanya UMNO semata berfikir kearah itu dan yang lain tidak? Ini menunjukkan fikiran beliau sudah terlalu suntuk dan dangkal kerana sudah menjadi kaki pengampu untuk melonjak naik dalam pentas politik UMNO sehingga apa yang berlaku didepan mata ditafsir sebagai sesuatu yang negatif. Apa yang sebenarnya yang berlaku di Bukit Gantang dan Bukit Salambau adalah isyarat jelas pengundi menolak BN/UMNO dan mereka tidak terpengaruh dengan dakyah berterus BN/UMNO siang dan malam melalui semua media yang ada kecuali di Batang Ai yang jauh dipendalaman itu. (Saya tidak menyalahkan pengundi di Batang Ai, kerana mereka masih kekurangan maklumat dan ini yang dikehendaki BN dan UMNO supaya mudah mereka dicucuk hidung). Setelah habis semua ikhtiar untuk memujuk pengundi, mengapa dihambur kata-kata nista kepada mereka? Sudah hilangkah perhitungan akal yang waras?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan