Jumaat, 10 April 2009

MENGHARAP BANTUAN

Seorang Ibu Tunggal di Kampung Dioh Kecil, Kuala Pilah yang berusia 33 tahun sanggup mengorbankan masanya hanya kerana ingin membalas jasa bapa yang kini lumpuh semenjak 5 tahun yang lalu. Puan Azimah Ismail yang mempunyai 3 orang anak yang masih kecil telah ditinggalkan suaminya semenjak beberapa tahun lalu menceritakan bahawa beliau tidak mempunyai pendapatan tetap bagi menanggung perbelanjaan keluarga, dan tidak berhasrat untuk mencari pekerjaan kerana tidak sanggup meninggalkan bapanya bersendirian dirumah. Permohonan bagi mendapatkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat telah dibuat, dan beliau telah mengulangi Pejabat JKM Kuala Pilah sebanyak 6 kali, juga permohonan yang sama diajukan kepada Baitul Mal, Majlis Agama Islam N. Sembilan. Sehingga pertemuan dengan kru Gerbang Keadilan dibuat, tiada bantuan disampaikan oleh Jabatan berkenaan. Kesusahan Puan Azimah ini pernah diadukan kepada akhbar SINAR dan telah disiarkan sebanyak dua kali, maka adalah sedikit usaha yang cuba dibuat oleh pihak yang berwajib. Sikap birokrasi Jabatan-jabatan Kerajaan sebeginilah menyebabkan banyak mereka yang memerlukan bantuan menunggu dengan begitu lama dan melalui prosidur yang sangat leceh. GK masih ada lagi menyimpan dua kes untuk disiarkan membabitkan warga emas yang menjadi mangsa birokrasi seperti ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan