Rabu, 8 Julai 2009

MENGOMBAK KEMENANGAN KUALA PILAH

PEMIDATO:
1. YB TIAN CHUA (MP BATU)
2. YB HANIZA TALHA (TIM. SPEAKER DUN SELANGOR)
3. YB RAVI (ADUN PORT DICKSON)

TARIKH : 17HB. JULAI 2009 (JUMAAT)
MASA : 9.00 MALAM
TEMPAT : KAWASAN PERINDUSTRIAN DIOH, KUALA PILAH.

Dari Markaz Cabang Kuala Pilah kami mengeluarkan seruan agar melipatkangandakan usaha dan kempen kerana matalamat kita adalah KEMENANGAN. Terima kasih - (Team Gerbang Keadilan KP)

KENYATAAN SETIAUSAAH AGUNG BERHUBUNG BANK NEGARA INI TERLIBAT DALAM PENGEKSPORTAN SENJATA KOREA UTARA

Parti Keadilan Rakyat memandang serius laporan media antarabangsa yang mendakwa bank di negara ini terbabit dalam pengekspotan senjata Korea Utara.

Akhbar Korea Herald dan Korea Times melaporkan kerajaan komunis itu berusaha mendapatkan baki pembayaran melalui sebuah bank yang tidak dinamakan untuk sejumlah senjata yang diekspot ke Burma.

Menurut agensi berita Korea Selatan, Yonhap, pembayaran awal untuk senjata-senjata itu telahpun dibuat namun sebahagian bayaran kepada kerajaan komunis itu masih tersimpan di bank terbabit.

"Resolusi 1874 yang diluluskan pada 12hb Jun 2009 mengharamkan sebarang ekspot senjata oleh Korea Utara. Langkah ini bertujuan menyekat Korea Utara dari menggunakan dana hasil penjualan senjata bagi pembangunan program senjata nuklearnya," jelas Setiausaha Agung PKR Salehuddin Hashim.

"Sekiranya benar tuduhan yang dilaporkan akhbar terbabit, kita merasa kesal dengan kecuaian kementerian dalam negeri dan regulasi kewangan negara," tegas beliau.

Delegasi Kerajaan Amerika Syarikat, diketuai Philip Goldberg berada di Malaysia untuk menghalang pembayaran dibuat untuk kargo-kargo senjata itu.

Korea Utara dikenakan sekatan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu selepas republik itu melaksanakan ujikaji nuklear pada Mei tahun ini.

Keadaan bertambah runcing apabila Korea Utara turut melancarkan tujuh peluru berpandu yang dipercayai ujikaji kemampuan membawa beban nukuler.

"Kita bimbang sekiranya terbukti tuduhan bank di Malaysia terbabit di dalam transaksi penjualan senjata oleh Korea Utara, negara ini akan dikenakan tindakan keras oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sepertimana yang nyaris dikenakan apabila syarikat Scomi Precision Engineering dikatakan terlibat di dalam menghasilkan komponen senjata nuklear," kata Salehuddin.

Menteri Luar Negeri Anifah Aman hari ini dilapor sebagai berkata kerajaan Malaysia bersedia untuk memberi kerjasama menyiasat skandal ini.

Selasa, 7 Julai 2009

CERAMAH UMUM

Penceramah : Al-Fadil Ustaz Idris Ahmad - Ketua Penerangan PAS Pusat
dan wakil-wakil daripada PKR & DAP
Masa : 9.00 malam
Tarikh : 13hb Julai 2009 ( Isnin )
Tempat : Pejabat Pakatan Rakyat DUN Juasseh ( Taman Jemapoh Indah, Kuala Pilah )

Insya Allah dijemput kepada para penyokong dan hadiran sekelian beramai-ramai ke majlis ceramah umum yang akan diadakan di Pejabat Pakatan Rakyat DUN Juasseh. Antara pengisian adalah kupasan isu-isu semasa seperti kerajaan perpaduan, debat, hubungan PR dan lain-lain lagi. Tolong sebarkan kepada mereka yang tidak berkesempatan membaca mesej ini. Sekian Terima Kasih.

(Sumber: Pakatan Rakyat Juasseh)

Selasa, 23 Jun 2009

JABATAN AGAMA ISLAM NS HALANG KULIAH AGAMA

Jabatan Agama Islam NS pada Ahad 21 Jun lalu telah bertindak menghalang suatu kuliah Agama diadakan di Ma'ahad Ittiba Is Sunnah, Kg. Parit, Kuala Pilah jam 12.00 tengahari. Pendakwah Ustaz Rasul Dahri yang diundang untuk memberikan kuliah hanya sempat mengajar dalam masa lima minit sebelum pegawai-pegawai penyiasat di Jabatan Agama Islam NS sampai dan meminta beliau memberhentikan kuliah. Beliau seterusnya dibawa ke Pejabat Agama Islam Kuala Pilah untuk di soal siasat. Dalam soal siasat tersebut tiada hujah-hujah Agama dikemukakan oleh pegawai-pegawai itu dan hanya memberikan alasan "saya hanya menjalankan tugas". Sebelum itu, salah seorang tenaga pengajar di Ma'ahad tersebut telah dikasari oleh salah seorang pegawai penyiasat itu dan hampir-hampir tersungkur, ini mengakibatkan berlaku kekecuhan, dan salah seorang yang menyaksikan kejadian itu yang mengalami kompilasi jantung telah meninggal dunia. Peserta kuliah seramai hampir 200 orang itu amat terkejut dengan tindakan pegawai JUINS dan menyatakan rasa kesal dan dukacita. Menurut laporan yang diterima, pegawai-pegawai penyiasat tersebut telah diarahkan oleh pihak atasan di JUINS supaya menghalang Ust. Rasul Dahri daripada memberikan kuliah atau ceramah dimana-mana tempat di Negeri Sembilan, ini kerana ketegasan Ustaz tersebut menyampaikan dakwah kembali kepada Al-Qur'an dan Sunnah Rasul, membenteras bid'ah, syirik, tahyul dan khurafat dikalangan penganut Islam Melayu. Dilaporkan juga bahawa tindakan ini datang daripada salah seorang yang melobi kuat untuk Jawatan Mufti N. Sembilan baru-baru lalu tetapi tidak berjaya, dan beliau juga pengamal kuat sebuah aliran tarikat dan amat memusuhi Gerakan Pembaharuan (Islah) yang dibawa oleh Ust. Rasul Dahri dan Jamaah di Kuala Pilah tersebut, Ini boleh diikuti dalam laman-laman web dan blog kumpulan tersebut. Pihak GK mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham yang telah meninggal itu dengan harapan Allah SWT menganugerahkan kesabaran kepada isteri dan anak-anak beliau.
Berita lanjut di
http://almizaan.wordpress.com/

Sabtu, 20 Jun 2009

AWASI TIPU HELAH MEREKA

Contoh terbaik yang perlu diikut dan dijadikan pengajaran ialah Nabi Muhammad SAW. Dizaman Baginda Kaum Jahiliyah terpaksa mengakui kebenaran ajaran yang dibawa Baginda, namun tentangan berjalan juga dibelakang Baginda kerana kepentingan kebudayaan nenek moyang dan kepentingan kehormatan dan penghidupan. Kesatuan dikalangan mereka sangat kuat kerana ketaksuban tadi dan berpura-pura dihadapan RasululLah. Hari ini, mereka yang dulunya sangat sombong dan angkuh, mula meminta nyawa. Dulu, mereka katakan bahawa puak-puak ini hanya pembawa perpecahan dikalangan masyarakat, kaum minoriti yang tidak perlu dilayan dan sebagainya yang merendahkan. Nah, sekarang dengan tidak semena-mena menghulur tangan tanda persahabatan, dan katanya lagi demi perpaduan Islam dan Melayu. Perangai ini tidak ubah seperti perangai kaum Jahiliyah yang disebutkan tadi, mereka berpura-pura jujur dikala kuasa hampir tercabut, dikala nyawa hampir melayang dari tubuh, demi untuk menjaga kepentingan keturunan yang memegang kuasa, untuk menjaga kehormatan pangkat dan kedudukan mereka rela sujud dan berbuat apa sahaja. Dengan kesatuan yang cukup kuat, kesemua pimpinan mereka bersuara dan menyambut baik Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan itu. Awaslah, ini adalah kepura-puraan yang sudah ada contohnya sebelum ini.

Khamis, 18 Jun 2009

PENDEDAHAN YOU TUBE !

Suatu Pendedahan berani tentang keperibadian Isteri PM Datin Rosmah Mansor telah tersiar dalam You Tube di http://www.youtube.com/watch?v=LXN_gga-JjM&feature=quicklist Kami amat terperanjat dengan pendedahan itu. Oleh yang demikian, mereka yang dikaitkan perlu membersihkan diri demi kehormatan negara. Kami juga terkejut bahawa beliau tidak menjenguk keluarga terdekat untuk sekian lama di Kg. Mertang, Seri Menanti. Kami akan cuba menjejaki keluarga beliau di Mertang, Seri Menanti. GK.

Rabu, 17 Jun 2009

MENGOMBAK KEMENANGAN DI KUALA PILAH

CERAMAH "MENGOMBAK KEMENANGAN DI KUALA PILAH"
TARIKH : 18 JULY 2009 (SABTU)
TEMPAT : AKAN DIMAKLUMKAN KEMUDIAN)

Isnin, 8 Jun 2009

BUKAN ANGAN-ANGAN LAGI ! TETAPI REALITI !

Kepada semua ahli-ahli dan mendukung keADILan Kuala Pilah, kami keluarkan seruan bahawa cita-cita menawan Kuala Pilah dalam PRU ke-13 bukan lagi angan-angan kosong, ia akan kami jadikan suatu realiti dengan gerak kerja yang teratur dan bersandar kepada fakta. Sudah 3 kali Pilihanraya kita tempuh, dan rasanya sudah cukup dengan pengalaman itu untuk kita menjadi lebih matang dan pintar untuk bertarung kali ini. Kapada saudara/i, sila hulurkan tangan dan bantu kami kali ini, sudah sampai masanya kini kita tampil dan muncul kedepan. Sampai bila kita mahu menjadi pembonceng? Sampai bila pula kita harus berpeluk tubuh? Sampai bila kita harus duduk didalam gelap? Sampai bila pula kita bermegah dengan kemenangan sababat kita di Penanti, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Kuala Terengganu? Itu milik mereka, dan kita hanya menumpang atas kemenangan itu. Setiap kali terjadi PRK, maka berbondong-bondonglah kita kesana, bila balik dengan kemenangan, pengalaman sahabat di sana tidak dikongsikan langsung disini, amatlah ruginya. Tetapi saudara/i, kemenangan dalam PRU ke-13 di Kuala Pilah adalah idaman kita kali ini, oleh itu jangan ketinggalan dengan seruan ini, silalah berhubung dengan Pusat Gerakan di Kuala Pilah supaya boleh kita aturkan rencana ini. Kami sentiasa menanti anda. Wassalam.

Program Perhubungan Negeri Turun Ke Bahagian







6hb Jun 2009 / Sabtu
Kawasan Perindustrian Dioh


PKR Negeri Sembilan telah mengorak langkah awal dengan penuh keyakinan untuk menawan Negeri Sembilan pada pilihanraya umum akan datang. Program Perhubungan Negeri Turun Ke Bahagian adalah antara usaha PKR Negeri Sembilan memperkemas dan memperkasa gerakan ke arah tujuan tersebut.

Menurut Pengerusi Perhubungan Negeri Sembilan, YB Dato' Kamarul Baharin Abbas, pihak Perhubungan Negeri Sembilan telah merangka strategi tertentu bagi mencapai matlamat tersebut. Namun menurut beliau lagi, yang amat penting ialah Parti tidak lari daripada pokok perjuangan iaitu membela rakyat.

Berdasarkan kepada perkembangan politik akhir-akhir ini, menurut YB Telok Kemang itu, PKR telah berjaya mempertahankan dan memperjuangkan isu-isu rakyat dengan amat berkesan. Sementara rakyat pula telah semakin meluat melihat tingkah dan karenah pemimpin-pemimpin Umno/BN yang sebenarnya masih di takuk lama walaupun cuba melaung-laungkan transformasi.

Transformasi bagi mereka hanya retorik. Tetapi bagi PKR dan Pakatan Rakyat tetap istiqamah di dalam memperjuangkan reformasi dan 'Keadilan Untuk Semua'.

Sementara Ketua Penerangan Negeri, saudara Ibrahim Yusof pula memberikan penerangan dan motivasi kepada ahli-ahli dan Jawatankuasa Bahagian Kuala Pilah mengenai pendekatan-pendekatan yang harus digunakan ke arah PRU ke 13. Beliau yang banyak mendedahkan isu-isu penting perjuangan PKR dan PR telah mengingatkan ahli-ahli akan prinsip-prinsip yang harus dijadikan budaya di dalam perjuangan PKR.

Mengupas mengenai perkembangan politik terkini beliau mengingatkan ahli-ahli yang PKR berada di landasan yang terbaik di persada politik negara.

Dalam program ini juga, Setiausaha Perhubungan Negeri-saudara Sabaruddin Mohd Yassim dan Ketua Bahagian Kuala Pilah, saudara Nordin Ismail turut berucap dan menekankan alkan peri pentingnya pentadbiran bahagian dimantapkan dengan memperkasakan keahlian.

Pada majlis tersebut, PKR Negeri Sembilan telah melancarkan kempen 'Ahli Seumur Hidup' dengan mensasarkan jumlah ahli seumur hidup seramai 5,000 ahli.

(Petikan terus dari PKR NS, kerana kesibukan tugasan lain. TK GK)

Jumaat, 29 Mei 2009

Disebalik Episod 'Mata Lebam'

Datuk Mat Zain Ibrahim, pegawai polis yang mehyiasat kes mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim’s pada 1998, hari ini mendakwa terdapatnya perancangan peringkat tertinggi untuk merosakkan kredibilitinya Justify Fullmenggunakan notis kebangkrapan sebelum sebutan dan perbicaraan beberapa kes termasuk kes sodomi Anwar pada bulan Juali nanti.

Laporan agensi berita negara Bernama semalam melaporkan bahawa Mat Zain telah diisytiharkan bankrap pada April 21 kerana gagal membayar hutang sejumlah RM250,000 dan telah diberikan notis pada Mei 26. Berita tersebut telah disiarkan oleh beberapa akhbar tempatan termasuk The Malaysian Insider yang melanggan perkhidmatan berita Bernama.

“Saya menyebut dengan pasti bahawa terdapat beberapa tangan yang cukup berkuasa tetapi tersembunyi yaang inginkan perkara tersebut berlaku. Sebabnya ialah untuk memusnahkan kredibilit dan /atau melumpuhkan keupayaan saya serte menghalang saya dari memberi bukti-bukti terhadap Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan kerana mereka-reka bukti di dalam kes mata lebam pada 1998 yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata Mat Zain di dalam satu kenyataannya.

Mat Zain, yang mengambil opsyen pencen awal pada 2001 sebagai Ketua CID KL, berkata dia percaya ntis kebangkrapan ada kaitan dengan rayuannya kepada Badan Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) untuk membersihkan namanya selepas badan itu hanya membersihkan nama Gani dan Musa dari tuduhan memalsukan bukti yang diadukan oleh Anwar.

“Saya mempunyai sebab untuk mempercayai pihak pendakwaan telah menjangka lebih awal yang Anwar pasti akan membangkitkan sewaktunya kesnya dibicarakan mengenai isu pemalsuan bukti kes mata lebam. Bukti yang saya miliki menjadi penting di ketika itu. Justeru itu pilihan yang ada ialah memusnahkan kredibiliti saya.

“Sekalipun pendedahan (mengenai kebankrapan) mungkin menimbulkan keadaan tidak senang untuk saya dan keluarga saya, namun saya menerimanya sebagai satu hikmah dan ia akan hanya meningkatkan iltizam saya untuk mendedahkan hal yang sebenar terhadap episod mata lebam itu.

“Percayalah, bukan kes ini sahaja yang kedua-dua itu terlibat. Terdapat beberapa kes lain yang sama gemparnya. Kebenaran akan tetap terserlah,” kata Mat Zain.

Beliau mendakwa beliau menyiasat kes insiden mata lebam tanpa takut atau berpihak dan kenyataannya direkodkan sebanyak lima kali oleh pelapor kepada SPRM, Badan pencegah Rasuah(BPR) ketika Anwar membuat laporan pada Julai 1, 2008 bahawa Gani, Musa, Mat Zain dan Dr Abdul Rahman Yusof telah memalsukan laporan perubatan berhubung serangan berkenaan.

Tetapi Pengerusi SPRM Datuk Seri Ahmad Said Hamdan telah mengumumkan pada Mac 3 bahawa tiga ahli panel bebas telah menyemak kertas siasatan dan membersihkan Gani dan Musa dari prosiding salahlaku jenayah menyebabkan Mat Zain kemudian merayu keputusan berkenaan.

“Walau bagaimanapun, saya perlu nyatakan bahawa Perdana Menteri tidak pernah diberitahu tentang hal sebenar dan keseluruhan fakta berkenaan isu ini. Jika kebenaran diberitahu, saya yakin PM telah mengambil tindakan yang sepatunya,” tambah Mat Zain.

Beliau menyatakan bahawa beliau telah mengarahkan peguamnya untuk memeriksa hal kebankrapan yang diwarwarkan kerana beliau tidak pernah menerima sebarang notis berhubung dengan saman dari peniaga Yap Thoong Choan, 72, di Damansara Heights, yang difailkan pada Ogos 10, 2004, terhadap Mat Zain di Mahkamah Session Bandar Baru Bangi Sessions menyatakan baki RM250,000 pinjaman yang belum dibayar.

Dinyatakan di dalam dakwaan terhadap Mat Zain, 60, telah mengambil pinjaman RM500,000 melalui satu perjanjian yang ditandatangani oleh kedua-dua pihak pada Feb 22, 2002, dan bersetuju untuk menyelesaikannya pada atau sebelum Ogos 21, 2002.

Yap berkata setakat ini, Mat Zain telah membayar RM250,000 dari jumlah tersebut. Satu surat tuntutan telah dikeluarkan untuk baki RM250,000, pada Julai 14, 2004, telah dihantar kepada Mat Zain tetapi beliau gagal untuk membayarnya. Mahkamah Tinggi Shah Alam High pada April 21 tahun ini telah mengeluarkan notis kebankrapan ke atas Mat Zain memerintahnya untuk membayar RM250,000 dengan faedah dan kos, menjadikan jumlahnya RM288,824.92. Terjemahan bebas oleh GB

Selasa, 26 Mei 2009

MEMANG LEMBAB

Isu pembeli rumah Taman Selasih, Batu 46 berpanjangan lagi, dan kali ini seperti biasa YB ADUN Pilah Adnan Abu Hasan berjanji lagi dan lagi dan mendapat perhatian sewajar darinya. Isu ini telah saya ketengahkan bulan lalu. Beginilah keadaaannya, selagi sistem tidak berubah, pemaju/pemodal akan terus mendapat keuntungan dan bebas dari sebarang tindakan manakala pembeli akan menghadapi risiko. Akta yang ada sekarang dilihat menyebelahi dan menguntungkan Pemaju, manakala pembeli dibiarkan menanggung risiko jika projek itu terbengkalai. Saya ingin menasihatkan YB ADUN Pilah atau lainnya agar meneliti Akta Pembangunan Perumahan agar ia lebih mesra pembeli. Di Kuala Pilah masih ada lagi Projek Perumahan terbengkalai yang tidak dilaporkan, saya akan cuba mendapatkan berita mengenainya di Juasseh tidak lama lagi.

APA SUKARNYA BENTERAS ALONG?

Posting saya tempoh hari mengingatkan bahaya meminjam kepada Agensi Kewangan Haram (Along), dan kegiatan tersebut terus berleluasa tanpa sebarang sekatan kerana iklan kegiatan tersebut dapat dilihat dimana-mana. Hari ini SINAR melaporkan seorang ibu tunggal menjadi mangsa terbaru di Seremban dan hidup dalam ketakutan akibat kegagalan membayar pinjaman sebanyak RM 1,000.00. Kita tidak hairan dan terkejut dengan laporan akhbar tersebut, kerana Kerajaan BN tidak bersungguh-sungguh membenteras kegiatan keji itu, sebab itu taukeh-taukeh Along itu terusan menjalankan kegiatan mereka. Kerajaan UMNO /BN lebih menumpukan usaha untuk membenteras pengaruh Pakatan Rakyat terhadap masyarakat, setiap kegiatan pasti dipantau, iklan yang tidak mendapat kelulusan Majlis Tempatan akan segera diturunkan, setiap aktivis pasti akan menjadi sasaran SB bagi mencari maklumat dan sebagainya. Lihat sahaja di bandar Kuala Pilah, iklan Pinjaman Along tertampal dimana-mana, siap sekali dengan nombor telefon, apa sukarnya untik menjejak mereka? Kerajaan UMNO/BN tidak berminat untuk melindungi Along daripada masyarakat, tetapi lebih berminat menjauhi masyarakat daripada Pakatan Rakyat.

Isnin, 25 Mei 2009

BAPA MERTUA DATO' MUKHRIZ MAHATHIR MENINGGAL DUNIA

Petikan Gambar di http://mohdtaufek.blogspot.com
di rumah kediaman Allahyarham Hj. Zakaria Jundai, Seremban.


Hj. Zakaria Jundai besan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamed meninggal dunia pada petang Sabtu lalu dikediamannya Taman Sri Siantan, Seremban. Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke Kampung Beting, Kuala Pilah dan disemadikan di Tanah Perkuburan Kg. Beting pada Ahad pagi.