Sabtu, 20 Jun 2009

AWASI TIPU HELAH MEREKA

Contoh terbaik yang perlu diikut dan dijadikan pengajaran ialah Nabi Muhammad SAW. Dizaman Baginda Kaum Jahiliyah terpaksa mengakui kebenaran ajaran yang dibawa Baginda, namun tentangan berjalan juga dibelakang Baginda kerana kepentingan kebudayaan nenek moyang dan kepentingan kehormatan dan penghidupan. Kesatuan dikalangan mereka sangat kuat kerana ketaksuban tadi dan berpura-pura dihadapan RasululLah. Hari ini, mereka yang dulunya sangat sombong dan angkuh, mula meminta nyawa. Dulu, mereka katakan bahawa puak-puak ini hanya pembawa perpecahan dikalangan masyarakat, kaum minoriti yang tidak perlu dilayan dan sebagainya yang merendahkan. Nah, sekarang dengan tidak semena-mena menghulur tangan tanda persahabatan, dan katanya lagi demi perpaduan Islam dan Melayu. Perangai ini tidak ubah seperti perangai kaum Jahiliyah yang disebutkan tadi, mereka berpura-pura jujur dikala kuasa hampir tercabut, dikala nyawa hampir melayang dari tubuh, demi untuk menjaga kepentingan keturunan yang memegang kuasa, untuk menjaga kehormatan pangkat dan kedudukan mereka rela sujud dan berbuat apa sahaja. Dengan kesatuan yang cukup kuat, kesemua pimpinan mereka bersuara dan menyambut baik Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan itu. Awaslah, ini adalah kepura-puraan yang sudah ada contohnya sebelum ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan