Selasa, 23 Jun 2009

JABATAN AGAMA ISLAM NS HALANG KULIAH AGAMA

Jabatan Agama Islam NS pada Ahad 21 Jun lalu telah bertindak menghalang suatu kuliah Agama diadakan di Ma'ahad Ittiba Is Sunnah, Kg. Parit, Kuala Pilah jam 12.00 tengahari. Pendakwah Ustaz Rasul Dahri yang diundang untuk memberikan kuliah hanya sempat mengajar dalam masa lima minit sebelum pegawai-pegawai penyiasat di Jabatan Agama Islam NS sampai dan meminta beliau memberhentikan kuliah. Beliau seterusnya dibawa ke Pejabat Agama Islam Kuala Pilah untuk di soal siasat. Dalam soal siasat tersebut tiada hujah-hujah Agama dikemukakan oleh pegawai-pegawai itu dan hanya memberikan alasan "saya hanya menjalankan tugas". Sebelum itu, salah seorang tenaga pengajar di Ma'ahad tersebut telah dikasari oleh salah seorang pegawai penyiasat itu dan hampir-hampir tersungkur, ini mengakibatkan berlaku kekecuhan, dan salah seorang yang menyaksikan kejadian itu yang mengalami kompilasi jantung telah meninggal dunia. Peserta kuliah seramai hampir 200 orang itu amat terkejut dengan tindakan pegawai JUINS dan menyatakan rasa kesal dan dukacita. Menurut laporan yang diterima, pegawai-pegawai penyiasat tersebut telah diarahkan oleh pihak atasan di JUINS supaya menghalang Ust. Rasul Dahri daripada memberikan kuliah atau ceramah dimana-mana tempat di Negeri Sembilan, ini kerana ketegasan Ustaz tersebut menyampaikan dakwah kembali kepada Al-Qur'an dan Sunnah Rasul, membenteras bid'ah, syirik, tahyul dan khurafat dikalangan penganut Islam Melayu. Dilaporkan juga bahawa tindakan ini datang daripada salah seorang yang melobi kuat untuk Jawatan Mufti N. Sembilan baru-baru lalu tetapi tidak berjaya, dan beliau juga pengamal kuat sebuah aliran tarikat dan amat memusuhi Gerakan Pembaharuan (Islah) yang dibawa oleh Ust. Rasul Dahri dan Jamaah di Kuala Pilah tersebut, Ini boleh diikuti dalam laman-laman web dan blog kumpulan tersebut. Pihak GK mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham yang telah meninggal itu dengan harapan Allah SWT menganugerahkan kesabaran kepada isteri dan anak-anak beliau.
Berita lanjut di
http://almizaan.wordpress.com/

1 ulasan:

  1. Harap semua pejuang dapat bersabar dalam menghadapi mehnah ini.

    "Pengabdian" Jabatan Agama dan semua institusi agama dalam negeri dan negara ini telah berakar umbi dalam era pemerintahan umno.

    Perjuangan membebaskan manusia dari pengabdian sesama manusia mesti diteruskan. Insya Allah, dengan kegigihan saudara semua, kita akan dapat melakukannya.

    BalasPadam