Sabtu, 10 November 2018

PEMILIHAN KEADILAN KUALA PILAH

keADILan Kuala Pilah yang memilih pada 20hb Oktober 2018 yang lalu, memberi laluan penuh kepada Tuan Haji Rosli Bin Omar untuk terus memimpin Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Pilah bagi sessi 2018-2021 meninggalkan kebelakang lawannya Mohamed Bin Shahman dan Shamsul Anuar Hashim jauh ke belakang. Kepercayaan ahli-ahli Cabang Kuala Pilah berdasarkan kemampuan memelihara Parti semenjak ditubuhkan, dan beliau sendiri merupakan kepercayaan pimpinan awal iaitu En. Nordin Ismail untuk terus menyambung kelangsungan Parti yang tertubuh di Kuala Pilah ini semenjak 1998 lalu.

Barisan kepimpinan pilihan yang diterima ahli-ahli adalah merupakan barisan hasil muafakat ahli-ahli yang merangkumi 5 Dun dalam Parlimen Kuala Pilah. Diatas keupayaan rangkuman kelima-lima DUN tersebut termasuk AMK dan Wanita yang saling melengkapi, kepercayaan telah diberikan kepada mereka untuk memimpin Parti Keadilan Rakyat untuk sessi mendatang.

Bagi Pemilihan Pimpinan Pusat, Cabang Kuala Pilah turut memberikan sokongan kepada Dato' Seri Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden.

Selain itu, bagi mengangkat martabat PARTI ditengah masyarakat, satu TEAM PEMIKIR telah diujudkan oleh En. Hazman Hashim, dan telah dipraktikkan waktu kempen Pemilihan dengan menganjurkan FORUM KEPIMPINAN, dimana kesemua yang bertanding diberi peluang untuk menyatakan hasrat serta halatuju jika diberikan kepercayaan oleh ahli-ahli. Atas keupayaan melontarkan pandangan masing-masing, ahli-ahli boleh memilih dengan bijak diatas kemampuan mereka tersebut.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan