Khamis, 26 November 2009

SELAMAT HARI RAYA IEDIL ADHA

P ara Hujjaj akan berhimpun di di Padang Arafaat dan kewajipan Hajji di Makatul Mukarammah hanya wajib sekali seumur hidup. Para Hujjah akan memakai ihram hanya sebelit kain putih membaluti tubuh, terlucut segala mahkota dan pakaian kemegahan, penuh patuh dan tunduk menghina dan merendah diri dibawah perintah dan keagungan yang Maha Kuasa Allah SWT. Mereka menghadirkan diri dihadapan Allah SWT dengan lafaz "Laibaika Allahmumma Labbaika...". Segalanya dilakukan dibawah pertunjuk dan pimpinan Allah dan RasulNya supaya ibadat yang dilakukan menjadi Mabrur dan Maqbul.

1 ulasan:

  1. Membuat korban bukan hanya sekadar mencari pahala. Bahkan ianya tanda syukur dan tawadhu' pada Allah. Menghakis rasa sayang pada dunia.Kemuncak kepada tujuan kita hidup di dunia ialah menegakkan yang hak(kebenaran),menganjurkan yang makruf dan mencegak mungkar.Memastikan keadilan terlaksana dan memerangi kezaliman.Ini semua menuntut pengorbanan yang bukan kepalang.Pengorbanan wang ringgit,masa,tenaga,pemikiran.Mungkin taruhannya adalah halangan dari saudara mara,kaum kerabat,teman dan rakan.Kerana akhirnya kita akan kembali mengadap Ilahi secara individu(bersendirian)tanpa bantuan oleh sesiapapun.Kerana kehidupan dunia adalah ujian kepada pengabdian diri kepada Allah.

    BalasPadam