Selasa, 13 Oktober 2009

KHAIRI DILIHAT MERAYAU-RAYAU

K hairi Jamaluddin kelihatan merayau-rayau dijalanan dan masih dalam keadaan trauma, kerana sebagai Ketua Pemuda UMNO beliau tidak punya apa yang boleh membanggakan beliau. Sampai dipersimpangan jalanan beliau terus meracau-racau dan sesekali bertempik "Anwar Sesumpah Lidah Bercabang" dan berbagai lagi. Sesuai dengan tema perhimpunannya kali ini "Dipersimpangan Jalan Perjuangan" Khairi dan konco-konconya hilang akal hala mana yang ingin dituju dan meracau-racau lagi dipersimpangan. Gelagat tidak siuman itu hanya diperhati orang ramai tanpa mempedulikannya. Gelagat Khairi yang bertempik-tempit dan sering menyebut-nyebut nama Anwar memberikan kesan yang amat mendalam kepada beliau rupanya, atau beliau ingin menarik perhatian Presiden agar tertumpu kepada beliau? Beliaupun berpantun :-
-
Batang cempedak pohon pedada
Buah peria di dalam dulang
Pakatan pembangkang temberang belaka
Janji bak lidah tidak bertulang
-
Riuh-rendah di pintu muara
Lebai Kassim membuka silat
Pembangkang gian tamakkan kuasa
Batu api perpecahan rakyat
-
Kesihan Khairi, kepada Presiden UMNO berilah sesuatu kepada beliau supaya tidak lagi merayau-rayau dan meracau seperti orang hilang akal. Kepadanya:-
-
Ikan bermain didalam lubuk
Ikan belida dadanya panjang
Khairi marah menumbuk-numbuk,
Benci Anwar bukan kepalang.
-
Buah berangan dirumpun pinang
Limau Kasturi berdaun muda
Khairi bertempik orang tercenggang
Dendam kesumat darah muda.
-
Mati lemas anak angsa
Janggal berenang dalam kolah
BN resah hilang kuasa
Tuduh PR pemecah belah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan