Ahad, 11 Oktober 2009

ISA SAMAD MENANG DENGAN MAJORITI BESAR?

Isa Samad menang dengan majoriti besar. Beliau memperolehi 8013 manakala Zulkifli Omar memperolehi 2578. Begitulah keputusan yang diterima walaupun Isa Samad dikaitkan dengan pelbagai isu dan skandal, namun pengundi tetap memilih beliau sebagai wakil rakyat. Sebagai coretan di Bagan Pinang untuk direnung, sewaktu berehat makan, kami bertemu dengan seorang bekas tentera yang ingin mengundi sebagai pengundi pos, dalam sembang tersebut beliau menyatakan rasa kesal kerana tidak dapat membuang undi kerana dihalang kerana tidak memakai baju tentera, dan dalam senarai pengundi biasapun nama beliau masih ada, beliau amat hairan dan menyatakan rakan-rakan beliau yang lain yang sudah bersarapun mempunyai nama yang bertindih seperti beliau. Seorang tentera yang lain ketika ditemui menyatakan bahawa semua kegiatan tentera yang keluar mengundi diperhatikan orang atasan, maka pengundi pos tentera tiada pilihan dan kebebasan untuk membuat pilihan. Manakala disituasi yang lain pula khususnya di Estate, semua pergerakan pengundi dipantau dan diperhatikan oleh Pengurus Ladang. Nampaknya UMNO menggunakan strategi mengepung pengundi dan pengundi tiada pilihan untuk membuat keputusan sendiri. Sepanjang perjalanan pilihanraya kecil tersebut, UMNO/BN dilihat menggunakan mat-mat rempit (yang rata-rata berumur belasan tahun) sebagai agen provokasi, dan ini banyak berlakunya pergaduhan-pergaduhan kecil, dan akhirnya media melaporkan keseluruh negara pembangkang melakukan keganasan dan menakutkan pengundi. Gelagat mat-rempit tersebut seperti kehilangan arah dan tujuan, maka kesempatan ini dipergunakan UBN untuk menyogok wang kepada mereka untuk memberikan sokongan dan berkerja untuk UBN, apabila berseronok mereka melakukan provokasi dan kerja-kerja yang hilang kawalan sehingga mencemarkan kemeriahan PRK tersebut. Bagi penyokong UBN, mereka akan menolak mentah-mentah alasan ini, kerana yang penting BN menang, dan apapun SILAPMATA yang dimainkan mereka tidak peduli. UBN masih lagi boleh menggunakan tongkat yang diperolehi di Bagan Pinang, namun ia tetap meniti usia tuanya yang akan berakhir tidak lama lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan