JIKA Shahril boleh buat pengumuman untuk letak jawatan bila kalah MT , Brother Asan , MP Kuala Pilah juga patut buat perkara yang sama. Malu lah jadi brother kalau tak berani nak buat keputusan biarpun pahit tetapi penuh berintergriti. Tak kan brother jadi jadi puteri atau wanita dengan membiarkan saja perkara itu berlalu dan menyerahkan kepada Najib untuk buat keputusan bagi pihak brother . (Ulasan lanjut di kopilah)
Isnin, 30 Mac 2009
Cadangan Dr Mohd Asri Tentang Pembentukan Kabinet Baru
Saya mencadangkan agar pihak yang akan membentuk kabinet baru bagi pentadbiran negara mengambil kira secara bersungguh-sungguh tentang amanah yang dipikul dan menilai keperluan semasa politik negara. Bertitik tolak dari perintah Allah dalam Surah al-Nisa ayat 58: (maksudnya) “sesungguhnya Allah memerintahkan kamu menunaikan amanah kepada yang berhak” maka saya mencadangkan beberapa perkara; sila baca di : drmarza
Masalah sampah, air belenggu penduduk rumah rakyat Batu Kikir
BATU KIKIR – Penduduk di Rumah Rakyat Peringkat III sehingga kini masih lagi dibelenggu dengan masalah bekalan air yang sering terputus. Pengerusi Surau Rumah Rakyat Peringkat III Batu Kikir, Ramli Mohar berkata, penduduk di sini berasa tidak selesa dengan keadaan yang melanda mereka sehingga kini. Menurutnya, sebelum ini terdapat sebuah tangki air yang berfungsi untuk membekalkan air ke seluruh kawasan perumahan di sini. Namun, tangki air ini tidak lagi berfungsi dan ditutup dan sejak itu, masalah bekalan air di kawasan ini meruncing. "Sebelum ini ada juga masalah ini berlaku tetapi ia tidaklah begitu teruk tetapi setelah tangki air itu ditutup, masalah air ini menjadi lebih kritikal. "Paling bermasalah apabila tiba waktu malam, maknanya bekalan air itu tidak sekata," katanya. Pada masa sama, penduduk di kawasan ini turut menghadapi masalah pungutan sampah yang tidak sistematik. Ramli berkata, penduduk biasanya meletakkan sampah-sarap di tong besar tempat pembuangan sampah. Bagaimanapun, disebabkan sistem pungutan sampah secara tidak berkala menyebabkan sampah yang dibuang oleh penduduk bertaburan apabila tong sampah yang penuh. "Sampah-sampah yang bertaburan di luar tong sampah itu adalah disebabkan sampah-sampah tersebut tidak dikutip mengikut jadual yang ditetapkan. "Sepatutnya sampah-sampah tersebut dikutip mengikut hari-hari tertentu seperti Isnin, Rabu, Jumaat tetapi kini ia dikutip tidak mengikut jadual," katanya.
(Ulasan gerbang keadilan K. Pilah (GK): Pihak-pihak yang berwajib perlu mengambil tindakan segera terhadap perkara yang telah diadukan penduduk disini, dan telah diketahui bahawa masalah keputusan air ini telah lama melingkari penduduk Batu Kikir, GK memanjangkan juga perkara ini kepada Jabatan-jabatan berkaitan.
HARAPAN KITA
Hari Penamaan Calun bagi Pilihanraya Kecil bagi P 509 Bukit Gantang, N 25 Bukit Selambau dan N 29 Bantang Ai bagi calun-calun Pakatan Rakyat dilaporkan mendapat sambutan amat menakjubkan. Puluhan ribu di Bukit Gantang, tidak ketinggalan di Bukit Selambau dan Batang Ai juga mengejutkan. Berdasarkan kepada sokongan tersebut harapan untuk menang amat besar sekali. Perubahan pimpinan UMNO baru-baru ini yang ingin merakyatkan UMNO dan merombak dasar-dasarnya supaya dilihat lebih dekat kepada rakyat tidak dihiraukan. Penyokong UMNO dan Barisan Nasional kelihatan begitu amat kecil dan terpinggir jika dibandingkan dengan sokongan kepada calun Pakatan Rakyat. Harapan kita sokongan tersebut dapat diterjemahkan dihari mengundi dan keputusannya pastilah akan berpihak kepada PAKATAN RAKYAT.
Selasa, 24 Mac 2009
KESAH PEMBUNUHAN WANITA MONGOLIA DI MAJALAH FORUM INDONESIA
Pembabitan Najib Tun Razak dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Sharibu mendapat liputan Majalah Forum Indonesia terbitan bulan Mac ini. Berita ini dilaporkan di Malaysia Today.
AWAS ! !
Apakah agenda di sebalik penggantungan ini? Adakah ia ada kaitan dengan kebimbangan Najib Tun Razak yang terpaksa berdepan dengan pelbagai dakwaan tentang nasib peralihan kuasanya? Atau BN makin gelabah dengan Bukit Gantang dan Bukit Selambau yang bakal meranapkan impian Najib untuk menang di pihak BN?Namun maklumat yang baru saya terima sebentar tadi, dari seorang hamba Allah, memaklumkan terdapat agenda "jahat" akan dilangsungkan sepanjang Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau bermula dari hari penamaan calon hinggalah ke hari mengundi.Ia dikatakan sebuah "perancangan jahat" pihak atasan BN dengan sejumlah "gengster" yang ada kaitan dengan Pakida dikenali Angkatan Rakyat Insaf, untuk mencetuskan huru-hara sepanjang kempen pilihan raya di kedua-dua kawasan ini.Sudah dua pertemuan diadakan. Satu di Klang dan yang terkini di Concord Hotel bagi membincangan agenda dan strategi busuk untuk memenangi dua bukit tersebut oleh BN. Gengster yang dikatakan sejumlah hampir 10,000 orang ini akan "dilepaskan" dan "digerakkan" di dua kawasan pilihan raya ini kelak yang terdiri dari Melayu, India dan Cina.Apakah penggantungan permit akhbar suka ramai rakyat di negara ini ada kaitan dengan strategi jahat ini? Agar segala maklumat "jahat" berkenaan tidak dapat disebarkan kepada rakyat tegar yang masih bergantung maklumat kepada media cetak. Saya akan cuba mendedahkan maklumat lanjut selepas ini.
Sumber : sanggahtoksago
PENGANTUNGAN SUARA KEADILAN DAN HARAKAH
Pengantungan Suara Keadilan dan Harakah selama 3 bulan oleh KDN dan juga tindakan kasar terhadap ceramah di DUN Bukit Selambau dengan menembak gas pemedih mata yang mencederakan ramai orang adalah merupakan cerminan kepada corak pemerintahan bakal Presiden UMNO akan datang. Oleh yang demikian perubahan apa yang ingin dilakukan oleh UMNO? Suara mereka berdegar-degar melaungkan perubahan dan pembersihan menjelang persidangannya yang sangat molek dan indah didengar, dalam masa yang sama tangan disebelah menghimpit dan membenam demokrasi dan kehendak rakyat. Kita amat percaya tekanan demi tekanan akan terus dikenakan kepada rakyat yang tidak mahu mengikut telunjuk UMNO. Cerminan ini membayangkan negara menjurus ke arah negara kuku besi.
SEBARAN POSTER ANTI NAJIB
Sebaran poster anti Najib yang mengaitkan beliau dengan pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Syaribu telah disebarkan secara meluas di Bandar Seremban semalam. Poster Najib bersama wanita yang dibunuh dengan kejam itu bertebaran ditempat-tempat khalayak ramai dan jelas kelihatan. Dalam laporan akhbar SINAR hari ini, poster berkenaan juga dikesan berdekatan pejabat New Strait Times Press (NSTP) di Kemayan Square dan sebuah pejabat guaman di Taman Sri Rahang. Kita percaya perkara ini dilakukan oleh orang-orang UMNO sendiri yang tidak ingin melihat Najib yang terpalit dengan pelbagai isu dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia, dan tentunya golongan ini amat setia dengan Presiden UMNO sekarang.
Jumaat, 20 Mac 2009
UMNO DIPENGHUJUNG JALAN
"Ada orang kata Umno sudah sampai ke persimpangan jalan, saya kata Umno dah sampai ke penghujung jalan. Tempoh yang terakhir adalah empat tahun," "Bagi saya, kalau ikut tempoh masa pembaharuan ini, kita kena mula sebaik saja selepas perhimpunan agung. Katakanlah dalam tempoh dalam masa sembilan bulan selepas itu kita telah meletakkan asas-asas, pemimpin parti semua dibawa masuk bincang dalam Umno. "Inilah pendekatan yang nak diambil oleh Datuk Seri Najib (Razak), dibantu oleh saya dan rakan-rakan lain." kata Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam temubual dengan Bernama.
Saya mengibaratkan bahawa nyawa UMNO sudah sampai kepenghujungnya dan tidak dapat dielakkan lagi. Peluang telah diberikan kepada UMNO untuk memimpin orang-orang Melayu (walaupun semua orang tahu bahawa PKKM memulakannya), dan kini pemimpin UMNO mula memasang angan-angan untuk berubah supaya diterima kembali oleh orang-orang Melayu. Maka berangan-anganlah mereka untuk mengembalikan semula hak-hak rakyat, mengutamakan kepentingan rakyat, memulihkan integriti badan kehakiman, melaksanakan ketelusan kepimpinan dan berbagai lagi, dalam pada berangan-angan itu mereka bertengkar sesama sendiri dan angan-angan itu belum terlaksanapun. Lihatlah apa yang berlaku sekarang.
Saya percaya, jika peluang itu diberikan kepada mereka semula, mereka akan berperangai seperti sebelumnya. Oleh itu tidak ada peluang lagi untuk UMNO dan inilah jalan terakhirnya.
Selasa, 17 Mac 2009
NAJIB REFORMIS UMNO
Dalam ucapannya semalam, Timbalan Presiden UMNO Najib Tun Razak nekad membawa perubahan dalam UMNO. Beliau menyatakan bahawa UMNO kelihatan sombong, angkuh dan elitis selama ini dimata rakyat. Maka beliau ingin mengembalikan UMNO semula kepangkuan rakyat. Begitulah iltizam bakal Perdana Menteri itu berkata. Maka teringat saya, disaat nyawa hampir kepenghujung, dikala itu ia bertaubat, apakah taubat itu diterima?
FUTSAL DUN SENALING
Pertandingan Bolasepak FUTSAL DUN Senaling anjuran Pergerakan Belia 4B Kg. Dioh telah dijadikan medan menghentam Pakatan Rakyat oleh YB Adnan Abu Hasan ADUN Pilah dalam ucapan Perasmiannya hari Sabtu lalu. Beberapa orang Belia yang menyertai pertandingan tersebut melaporkan ramai dikalangan yang terlibat dalam pertandingan itu menyatakan rasa tidak senang dengan ucapan YB Adnan, kerana cuba mengheret belia dengan kancah politik UMNO yang tidak disukai golongan belia itu. Turut dilaporkan juga YB Adnan dalam sebarang ucapan rasmi beliau sering mengambil peluang menghentam Pakatan Rakyat, tanpa memberi peluang pendengar menghujjah beliau. Dalam suatu majlis tidak rasmi baru-baru ini maka peluang untuk berhujjah dengan beliau diambil peluang oleh beberapa orang anak muda, dan beliau kelihatan layu dan longgar dalam memberikan pandangannya terhadap isu yang dibawa oleh anak-anak muda tersebut.
Isnin, 16 Mac 2009
府首开先例,公开大臣及州行政议员的收入。
(芙蓉14日讯)- 武吉甲巴央区州议员谢琪清律师高度赞赏雪州民联的政府首开先例,公开大臣及州行政议员的收入。谢氏认为雪州民联政府的这项举动是朝向真正民主的决定,因为周行政议员身为人民公仆,由人民民选出来,有必要让人民知道他们在任期内的收入实况。也是森州民主行动党秘书的谢琪清认为在民主制度下,透明度的处理事实及让人民监督议员是正确的方式,也符合还政于民的主场。谢氏挑战森州国阵政府仿效雪州民联政府的方式,立刻让州务大臣及行政议员的收入公开让人民知道,因为这符合了一个公开及有透明度的民选政府。他认为人民是可以接受议员所有的收入,只要有关议员坦诚的公开他们的个人收入。议员也使人,也需要足够的收入来养活自己及家人,所以只要是合法的收入,人民是可以接受的。他也表示会在来临的森州议会上,提出要森州大臣及10位行政议员公布他们月收入的提问,让州政府正式向人民交代他们在这课题上的立场。
Sumber: http://dapcha.blogspot.com/
Sumber: http://dapcha.blogspot.com/
Khamis, 12 Mac 2009
LAGI PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI
Sebuah projek perumahan di Jalan Melang Kuala Pilah iaitu Taman Bukit Ara telah terbengkalai semenjak tahun 2000. Projek ini yang mengandungi 40 unit rumah kos sederhana bernilai RM 74,000.00 sebuah dan 30 unit rumah kos rendah bernilai RM 35,000.00 sebuah yang dibangunkan oleh ABU SAMAH & CO. Dalam lawatan kekawasan tersebut didapati sebanyak 3 buah keluarga mendiami rumah yang masih belum siap itu, dan mereka terpaksa menduduki rumah tersebut walaupun tidak memiliki Sijil Menduduki (CF) dan terpaksa mengeluarkan belanja sendiri untuk menyudahkan kerja-kerja yang masih tidak siap termasuk memasukkan bekalan api dan air. Menurut penghuni itu, perjanjian jual-beli telah dibuat pada tahun 1998 dan tempoh siap ialah pada tahun 2000, namun sehingga kehari ini beginilah keadaannya walaupun pelbagai ikhtiar telah dilakukan oleh pembeli Taman berkenaan. Beginilah nasib golongan bawahan (pembeli) tanpa mendapat pembelaan daripada pihak berkuasa dalam melindungi mereka daripada ditipu oleh pemaju. Manakala pihak pemaju terus belepas diri dan menubuhkan syarikat lain untuk terus menipu dan menipu pembeli dengan mudahnya tanpa ada apa-apa tindakan berkesan Kerajaan.
Selasa, 10 Mac 2009
JAHILIYAH UMNO SIRI 4: MENGADU KEPADA SULTAN
Kita mencari dalil dan keterangan dalam Al-Qur'an agar ia menjadi panduan kerana acap kali pemimpin melaungkan seruan itu. Siri kali ini mengenai Nabi Musa dan orang-orang yang beriman dengannya sentiasa diintip dan diekori oleh hantu-hantu Fir'aun (kita tafsirkan sekarang ini sebagai SB atau Wakil-wakil Rakyat), padahal Nabi Musa adalah berasal dari anggota penting dan diperlukan oleh Fir'aun, tetapi Nabi Musa banyak menegur perbuatan jahat kerajaan Fir'aun, menyebabkan Nabi Musa disingkir dan diburu dan melarikan diri ke negeri Madyan. Apabila Nabi Musa kembali ke Mesir, Fir'aun bertindak agrasif dan mengarahkan Jamaah Menterinya mengawasi gerak geri Nabi Musa.
Maka bermulalah pengaduan dari pelbagai sudut dari segenap penjuru negeri kepada pemerintah. Musa dikatakan sebagai pendurhaka, pemecah belah perpaduan, perosak amalan tradisi dan tidak mematuhi adat istiadat kebudayaan dan agama rasmi yang menuhankan Fir'aun. Maka Fir'aun berkata: "Kami tidak teragak-agak akan membunuh anak-anak lelaki mereka dan akan membiarkan hidup gadis-gadis mereka, kerana kita memang sangat berkuasa atas mereka" (Al-A'raf 128).
Jahiliyah yang diamalkan UMNO hari ini saling tidak tumpah seperti apa yang berlaku diatas. Para pengadu (pembodek) yang fanatik akan bersegera melaporkan kepada Sultan (Pemerintah) atas kegiatan yang dijalankan oleh rakyat yang berlandaskan kepada kebenaran dan hak dengan alasan menggangu ketenteraman awam, memecah kesatuan Melayu dan pelbagai lagi, lalu pemerintah (Fir'aun) telah membuat keputusan yang zalim yang tidak menyebelahi rakyat.
Ahad, 8 Mac 2009
PERARAKAN MENYAMBUT KELAHIRAN NABI MUHAMMAD SAW?
Apakah ada keterangan agama (dari sumber Al-Qur'an dan Sunnah Rasul) menyuruh umat Islam menyambut Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW? Sudah jenuh kita mendengar seruan Kembali kepada Al-Qur'an dan Rasul. Dalam hal perarakkan ini kita kembali kepada seruan itu, namun adakah suruhan untuk berbuat demikian? Atau apakah dalam hal ini ia sangkaan mainan otak bahawa ia sesuatu yang baik dan mulia? Atau menunjuk-nunjuk akan kemegahan dengan ramainya peserta dalam perarakan tersebut. Jika dibolehkan kita menyambut Hari Keputeraan/Kelahiran mengapa pula tidak bagi menyambut Hari Kemangkatan, disitu bolehlah kita mengeluarkan air mata untuk beberapa hari dan waktu, serbagai menunjukkan kesetiaan kita?
Sila rujuk, kepada kenyataan tidak konsisten mufti berikut ini:- http://mufti.perak.gov.my/isu/perarakan.pdf
Perarakan Maulidur Rasul, bukan dari ajaran Islam : Mufti Perak- "Perarakan Sempena Menyambut Kelahiran Nabi Muhammad SAW Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-4, yang bersidangpada 13 hingga 14 April 1982 bertempat di Dewan Syarahan Masjid Negara Kuala Lumpur telah mengeluarkan keputusan bahawa percampuran perarakan lelaki dan perempuan di dalam perayaan adalah tidak diharuskan.Semenjak dari tahun 1982, perarakan Maulidur Rasul seluruh negara telah dihentikan. Oleh yang demikian, adalah dinasihatkan agar sambutan Maulidur Rasul dibuat secara yang lebih bermanfaat dan tidak dilarang oleh syarak. Syariat Islam mengutamakan kaedah seperti berikut untuk mencapai kebaikan:"Menghindarkan keburukan didahulukan dari mendapatkan kebaikan"Adalah dinasihatkan agar sambutan kelahiran Nabi Muhammad SAW diisi dengan sesuatu yang lebih bermanfaat seperti majlis syarahan dan sebagainya.
t.t.
DATO' SERI (DR) HJ HARUSSANI HJ ZAKARIA
MUFTI NEGERI PERAKDARUL RIDZUAN
UNTUK KESEKIAN KALINYA DITIPU
SINAR HARIAN hari ini melapurkan bahawa seramai 157 pembeli perumahan bersebelah Taman Bukit Intan, Senaling, Kuala Pilah menyatakan rasa kesal diatas tindakan Pemaju Perumahan tersebut melengah-lengahkan penyerahan kunci kepada mereka. Kelewatan ini disebabkan projek tersebut masih tidak mendapat Sijil Kelayakan Menduduki (CF). ADUN Pilah bila dihubungi oleh SINAR memberi reaksi jawapan yang sudah biasa didengar iaitu beliau akan membawa perkara ini keatas dan telah berbincang dengan pihak-pihak yang berkaitan dan bekalan air yang menjadi punca sebenar CF tidak diluluskan. ADUN Pilah itu juga memahami bahawa pembinaan rumah pam air menjadi masaalah utama dalam hal tersebut dan menurutnya lagi Majlis Daerah Kuala Pilah tiada sebarang masaalah untuk mengeluarkan CF tetapi masaalah air itu perlu segera diselesaikan. Ulasan kami : Ada diantara Pembeli rumah tersebut adalah juga Pembeli Projek Perumahan Perpaduan Height yang terbengkalai yang telah disiarkan beritanya dahulu. Kegagalan menyiapkan projek tersebut menyebabkan pembeli-pembeli membuat aduan ke BPR (kini SPRM), Polis dan juga menyaman pihak pemaju. Sehingga hari ini semua laporan itu kelihatan telah dibakulsampahkan kerana mungkin ianya melibatkan Kerajaan Negeri dan beberapa orang kenamaan yang duduk didalam Ahli Majlis Daerah ketika itu. Malang bertimpa kepada pembeli itu, apabila rumah kedua yang diidamkan itu juga mengalami masalah. Kami melihat dasar-dasar Kerajaan masih tidak berubah terutama Kementerian Perumahan kerana pembeli masih terdedah kepada risiko seperti diatas, dan keuntungan berpihak kepada Pemaju. Dalam hal ini apakah Kerajaan melindungi PEMAJU daripada RAKYAT kerana ia membawa keuntungan kepada mereka?
Sabtu, 7 Mac 2009
PENYERAHAN MEMO ANTI PPSMI DIHALANGI POLIS
Gabungan Mansuhkan PPSMI yang menghimpunkan puluhan ribu aktivis bagi menghapuskan Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains Dalam Bahasa Inggeris dihalang pihak polis untuk menyerahkan Memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong. Walaubagaimanapun Penasihat Gabungan tersebut Datuk A. Samad Said dan Pengerusinya Dr. Hassan Ahmad berjaya menyerahkan Memo berkenaan di pintu Istana dan diterima dengan baik dan mesra oleh wakil Baginda. Suasana sebaliknya berlaku diluar dan Pak Samad Said kelihatan turut menjadi mangsa bom pemedih mata Polis. Aktivis mula berkumpul di Istana Negara, dan setelah selesai solat Zohor, mereka berarak secara aman dan sopan menuju ke Istana bagi tujuan menghantar Memo tersebut tanpa membawa apa-apa bahan yang boleh mencetuskan huru-hara dan pergaduhan. Sebagai tanda batahan terhadap PPSMI puluhan sepanduk mengiringi perarakan. Setelah dihalang FRU dengan bedilan puluhan gas pemedih mata, para aktivis gagal mengiringi Penasihat dan Pengerusi Gabungan Mansuhkan PPSMI dan mereka berundur semula ke Masjid Negara. Disana ahli-ahli Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS) secara simbolik mengusung sebuah keranda 152 bermaksud matinya Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia angkara PENGKHIANAT MELAYU. Himpunan Gabungan ini ternyata berjaya hari ini dan pastinya ia WAJIB diterima oleh Kerajaan.
Rabu, 4 Mac 2009
P. RAMLEE TAHU LEBIH AWAL ?
Agaknya memang Seniman P. Ramlee dah tahu perangai mereka. Maka dijadikan cerita LAKSAMANA DO RE ME dalam tahun 1972. Al-kisahnya:-
Untuk mencapai cita-cita jahat Menteri Pasola, anakanda kepada Sultan Pasir Dua Butir diculik dan disimpan ditempat yang tidak diketahui dan menawarkan ganjaran lumayan kepada Puteri itu jika mengahwininya. Kerana tamak kuasa dan busuk hati Menteri Pasola telah memusnahkan semua kemudahan Kerajaan Pasir Dua Butir. Pemerintahan Pasir Dua Butir terpaksa menjalankan pemerintahannya dibawah pokok dan bersidang bersama dengan exconya disitu, kerana angkara durjana Menteri Pertahanan Pasola. P. Ramlee mengingatkan kita lagi bahawa: Maka datanglah Laksamana Do Re Me memberi bantuan dan memusnahkan kejahatan Menteri Pasola dan mengembalikan Anakanda Sultan kepada Sultan Pasir Dua Butir. Akhirnya setelah kejahatan dihapuskan maka aman sejahteralah Negeri Pasir Dua Butir itu.
Untuk mencapai cita-cita jahat Menteri Pasola, anakanda kepada Sultan Pasir Dua Butir diculik dan disimpan ditempat yang tidak diketahui dan menawarkan ganjaran lumayan kepada Puteri itu jika mengahwininya. Kerana tamak kuasa dan busuk hati Menteri Pasola telah memusnahkan semua kemudahan Kerajaan Pasir Dua Butir. Pemerintahan Pasir Dua Butir terpaksa menjalankan pemerintahannya dibawah pokok dan bersidang bersama dengan exconya disitu, kerana angkara durjana Menteri Pertahanan Pasola. P. Ramlee mengingatkan kita lagi bahawa: Maka datanglah Laksamana Do Re Me memberi bantuan dan memusnahkan kejahatan Menteri Pasola dan mengembalikan Anakanda Sultan kepada Sultan Pasir Dua Butir. Akhirnya setelah kejahatan dihapuskan maka aman sejahteralah Negeri Pasir Dua Butir itu.
Layak benarlah P. Ramlee dianugerahkan Seniman Agung kerana apa yang beliau cetuskan dilayar perak benar-benar berlaku hari ini. Maka satu kajian harus dibuat mengenai Pemikiran beliau tentang Politik khususnya Alif tendang mim, nun tendang wau – sarkas’.
Selasa, 3 Mac 2009
GELAK SEKETIKA - امنو
Persepsi Allahyarham Tan Sri P Ramlee tentang امنو . menerusi filemnya ‘Pendekar Bujang Lapok’ secara kritis menerapkan ‘Sekolah Buta Huruf’ sambil salah seorang daripada karektor menyebut: Alif tendang mim, nun tendang wau – sarkas’. Maknanya, wajarlah ‘alif mim nun wau’ itu sarkas dan ditakrif sebagai ‘Sekolah Buta Huruf’.
TABIK UNTUK YAB IR NIZAR DAN SPEAKER DUN PERAK
Parti Keadilan Rakyat Bahagian Kuala Pilah ingin merakamkan rasa TABIK dan HORMAT diatas ketegasan Speaker DUN Perak YB V. Sivakumar yang telah memanggil Sidang Tergempar hari ini walau dihalang memasuki Dewan Undangan Negeri dan telah bersidang dibawah pokok di tempat letak kereta dan meluluskan usul menyokong YAB Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar serta meluluskan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak. Persidangan ini dianggap amat bersejarah di era moden ini, walaupun ia kelihatan melucukan, namun ia memberi erti yang amat besar kepada perjuangan rakyat kerana masih ada lagi yang berfikiran dungu dan tamak haloba kerana kuasa.
Isnin, 2 Mac 2009
KUALA PILAH TERPUTUS HUBUNGAN JALAN
Akibat hujan lebat Ahad lalu beberapa kejadian tanah runtuh berlaku di Jalan Bukit Putus, Ulu Bendul, mengakibatkan laluan yang menghubungkan Kuala Pilah dan Seremban terputus dan ditutup kepada kenderaan. JKR hanya membenarkan kenderaan kecil melaluinya pada hari berikutnya. Akibatnya kenderaan terpaksa berpusing melalui jalan alternatif di Jalan Miku, Inas untuk ke Rembau dan Seremban. Difahamkan juga Jalan Miku, Inas terpaksa juga ditutup akibat kejadian tanah runtuh dan terpaksa melalui Tampin. Dilapor tidak ada kemalangan jiwa berlaku dikedua-dua tempat tersebut yang berlaku pada malam hari. Sebelum ini telah kedengaran berita tentang kekuatan tanah di Bukit Putus yang boleh menyebabkan kejadian tanah runtuh berlaku. Ini disebabkan berlakunya pencerobohan untuk mengeluarkan kayu-kayu balak secara haram, dan kejadian ini tidak dapat dilihat kerana ia terlindung dari pemandangan umum. Kesahihan pembalakan haram ini tidak dapat disahkan lagi.
Langgan:
Catatan (Atom)