Selasa, 10 Mac 2009

JAHILIYAH UMNO SIRI 4: MENGADU KEPADA SULTAN

Kita mencari dalil dan keterangan dalam Al-Qur'an agar ia menjadi panduan kerana acap kali pemimpin melaungkan seruan itu. Siri kali ini mengenai Nabi Musa dan orang-orang yang beriman dengannya sentiasa diintip dan diekori oleh hantu-hantu Fir'aun (kita tafsirkan sekarang ini sebagai SB atau Wakil-wakil Rakyat), padahal Nabi Musa adalah berasal dari anggota penting dan diperlukan oleh Fir'aun, tetapi Nabi Musa banyak menegur perbuatan jahat kerajaan Fir'aun, menyebabkan Nabi Musa disingkir dan diburu dan melarikan diri ke negeri Madyan. Apabila Nabi Musa kembali ke Mesir, Fir'aun bertindak agrasif dan mengarahkan Jamaah Menterinya mengawasi gerak geri Nabi Musa.
Maka bermulalah pengaduan dari pelbagai sudut dari segenap penjuru negeri kepada pemerintah. Musa dikatakan sebagai pendurhaka, pemecah belah perpaduan, perosak amalan tradisi dan tidak mematuhi adat istiadat kebudayaan dan agama rasmi yang menuhankan Fir'aun. Maka Fir'aun berkata: "Kami tidak teragak-agak akan membunuh anak-anak lelaki mereka dan akan membiarkan hidup gadis-gadis mereka, kerana kita memang sangat berkuasa atas mereka" (Al-A'raf 128).
Jahiliyah yang diamalkan UMNO hari ini saling tidak tumpah seperti apa yang berlaku diatas. Para pengadu (pembodek) yang fanatik akan bersegera melaporkan kepada Sultan (Pemerintah) atas kegiatan yang dijalankan oleh rakyat yang berlandaskan kepada kebenaran dan hak dengan alasan menggangu ketenteraman awam, memecah kesatuan Melayu dan pelbagai lagi, lalu pemerintah (Fir'aun) telah membuat keputusan yang zalim yang tidak menyebelahi rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan