Jumaat, 20 Mac 2009

UMNO DIPENGHUJUNG JALAN

"Ada orang kata Umno sudah sampai ke persimpangan jalan, saya kata Umno dah sampai ke penghujung jalan. Tempoh yang terakhir adalah empat tahun," "Bagi saya, kalau ikut tempoh masa pembaharuan ini, kita kena mula sebaik saja selepas perhimpunan agung. Katakanlah dalam tempoh dalam masa sembilan bulan selepas itu kita telah meletakkan asas-asas, pemimpin parti semua dibawa masuk bincang dalam Umno. "Inilah pendekatan yang nak diambil oleh Datuk Seri Najib (Razak), dibantu oleh saya dan rakan-rakan lain." kata Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam temubual dengan Bernama.
Saya mengibaratkan bahawa nyawa UMNO sudah sampai kepenghujungnya dan tidak dapat dielakkan lagi. Peluang telah diberikan kepada UMNO untuk memimpin orang-orang Melayu (walaupun semua orang tahu bahawa PKKM memulakannya), dan kini pemimpin UMNO mula memasang angan-angan untuk berubah supaya diterima kembali oleh orang-orang Melayu. Maka berangan-anganlah mereka untuk mengembalikan semula hak-hak rakyat, mengutamakan kepentingan rakyat, memulihkan integriti badan kehakiman, melaksanakan ketelusan kepimpinan dan berbagai lagi, dalam pada berangan-angan itu mereka bertengkar sesama sendiri dan angan-angan itu belum terlaksanapun. Lihatlah apa yang berlaku sekarang.
Saya percaya, jika peluang itu diberikan kepada mereka semula, mereka akan berperangai seperti sebelumnya. Oleh itu tidak ada peluang lagi untuk UMNO dan inilah jalan terakhirnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan