Jumaat, 31 Oktober 2008

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA & DEEPAVALI

Semalam 30hb. Okt. 2008 Persatuan penduduk Wisma Sentosa Kuala Pilah (yang majoritinya masyarakat Tiong Hua) telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya dan Deepavali. Penulis telah diminta oleh pihak penganjur untuk menjadi MC.

Mr. Yap Kueh Fah Pengerusi Persatuan dan Mr Lee menyampaikan cenderamata

Sdr. Nizam Razak turut hadir

Oleh kerana mereka semua adalah rakan-rakan saya dan juga salah seorang daripada AJK Persatuan tersebut, maka saya terima pelawaan itu. Yang menariknya tetamu undangan ialah Dato' Hasan Malek, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan sempat berbual seketika mengenai isu terkini. Dan dalam ucapan beliau, beliau merasa bangga dengan kesepakatan penduduk yang berbilang kaum berhimpun disini dan berharap ia akan berterusan untuk generasi akan datang, turut meraikan sama ialah Ketua Gerakan Bahagian, Ketua PPP Bahagian, Timbalan Pengerusi MCA K. Pilah, Ketua MIC KP, Wakil PAS dan Keadilan. Perbezaan pandangan Politik harus diketepikan dan hari ini kita dapat buktikan kesepakatan itu kata beliau lagi. Penampilan menarik Timbalan Ketua AMK K. Pilah Sdr. Nizam Razak turut menjadi perhatian. Apa pandangan anda?

2 ulasan:

  1. visit
    www.puteramicns.wordpress.com
    and saya orang Pilah juga...
    pandangan politik boleh berbeza tapi kedamaian dan kesejahteraan rakyat perlu menjadi agenda utama.Terima kasih

    BalasPadam
  2. Tq puteramicns. u org pilah? Harap dapat jumpa. Saya sangat bersetuju dengan sdr, bukan sahaja kedamaian tetapi cara mengujudkan kedamaian itu amat penting.

    BalasPadam