Selasa, 26 Julai 2011
MENGHADAPI PILIHANRAYA UMUM KE-13
Isu JI (Jamaah Islamiah) turut dijadikan bahan sepakan media bagi meraih sokongan rakyat menjelang PRU-13, tentunya Kuala Pilah dijadikan sasaran utama kerana Abu Bakar Bashir dan Aly. Abdullah Sungar pernah kesini sekitar tahun 90han dahulu. Tanpa merujuk kepada pihak keselamatan, media terus memaparkan Ma'ahad Ittiba Us Sunnah adalah Pusat Gerakan Militan yang menyemai ajaran JI. Kononnya seorang remaja pernah mendapat didikan di MIS dan telah bertaubat dan melaporkan berlaku kegiatan untuk mengulingkan Kerajaan Malaysia secara kekerasan, melatih remaja untuk menyertai perhimpunan haram di Kuala Lumpur. Sebaran berita seperti ini sudah tentu untuk mempengaruhi pembaca dan menimbulkan kegelisahan dan ketakutan dan menjauhi kegiatan tersebut. Tetapi ini sebenarnya suatu tipu muslihat bodoh yang pernah bermain pada tahun 40 dan 50han dahulu. Kaedah taktik seperti ini sudah tidak digunapakai lagi zaman sekarang. Tetapi oleh kerana segalanya sudah kusut masai, apa yang ada perlu digunakan bagi mempengaruhi orang ramai, walaupun ia kelihatan songsang dan bodoh.
Menjelang perhimpunan BERSIH2.0 pada 9hb. Julai, seluruh kekuatan Jentera BN/UMNO maupun kerajaan digunakan sepenuhnya bagi memberitahu rakyat supaya tidak menyertai Himpunan Haram Bersih 2.0 Radio dan televisyen Malaysia selang beberapa minit mengingati pendengar. Tokoh-tokoh tertentu dipanggil untuk menasihatkan rakyat agar menjauhi himpunan itu. Kuthbah Jumaat selama 2 minggu berturut-turut dijadikan medan mencemuh BERSIH. Malah teks yang disediakan JAKIM yang hanya dibacakan sahaja oleh para khatib MENGHARAMKAN HIMPUNAN BERSIH. Manakala hampir 1,500 laporan polis di seluruh negara telah dibuat terhadap BERSIH bagi menghalang himpunan itu. Manakala Ibrahim Ali dengan songkok tinggi bertempik sambil menghunis keris, mengancam Datuk Ambiga. Turun pula Omar Din dengan kerusi Roda, menjerit-jerit dan menunjuk-nunjuk tongkatnya akan bersilat semula jika Ambiga tidak membatalkan Himpunan itu. Senator Ezam Md. Nor pula melaung-laung, Bersih dipangaruhi agen asing, semakin ramai pula mula keluar dan menjerit-jerit semacam terkena histeria, masing-masing kehulu hilir tidak ketentuan memarahi Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Hadi Awang dan Ambiga. Berbagai kata-kata yang kadang-kadang kalau difikirkan tidak masuk akal tersembur dari mulut-mulut mereka. Memaki hamun, menjerit-jerit, terlolong-lolong mencerca BERSIH. Seolah-olah mereka sendiri tidak faham apa tujuan BERSIH dan apa pula tuntutannya.
Menjelang jam 12 tengahmalam pada 8hb Julai, hampir keseluruhan jalan masuk ke ibu kota disekat polis. Kesesakan yang amat terus berlaku. Perjalanan 1 km mengambil masa 6 jam, ramai penduduk ibu kota mengeluh dan menyumpah seranah pendekatan yang diambil bagi menyekat himpunan itu.
Ibu kota kelihatan lenggang waktu pagi, namun suasana mula berubah bila jam menunjukkan jam 11 pagi. lautan manusia mula memenuhi ibu kota. Dari mana mereka datang, sedangkan sekatan terlalu kuat bagi menghalang mereka. Sangat bijak peserta BERSIH menyusun langkah. Perumpamaan laluan air yang besar tidak mampu disekat oleh apapun. Ternyata himpunan Bersih berjaya dilaksanakan walaupun ditekan dengan hebat.
Selepas itu pihak-pihak yang bertanggung jawab terus angkuh dan sombong lagi. Kebangkitan rakyat pada 9hb Julai dipandang sinis. Kelibatnya tidak berubah, ia menyingsing lengah terus. Takbur dan sombong bersemadi terus dalam sanubari Pemerintah dan yang berkuasa. Laungan rakyat yang menuntut hak mereka diperleceh lagi.
Maka PERJUANGAN akan diteruskan lagi.
Sabtu, 9 April 2011
CD LUCAH BEREDARAN DI KUALA PILAH.
Amatlah malang sekali masih ada orang-orang suruhan yang sanggup melakukan kerja-kerja tidak bermoral itu, yang kita percaya ia diarahkan oleh ketua-ketua mereka yang diatas sana. Demi wang ringgit yang tidak seberapa kerja-kerja terkutuk itu mereka lakukan, dan hasilnya mungkin diberi makan kepada isteri dan anak-anak, sungguh murah maruah mereka yang kononnya sebagai Pembela Bangsa dan Agama itu.
Dalam hal ini, nafsu nampaknya lebih diutamakan daripada nasihat Agama yang tentunya berpandukan kepada Al-Qur'an dan Sunnah Nabi. Nafsu jika tidak terkawal ia akan dipandu oleh syaithan. Dalam kes seperti ini, perhatikan Firman Allah swt:-
“Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dizalimi, dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha mengetahui.Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan, atau menyembunyikannya, atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Berkuasa”. (Surah al-Nisa: ayat 148-149).
Ayat ini Allah beri peringatan kepada manusia jika sekalipun orang yang melakukan kesalahan, Allah tidak benarkan ianya didedah dan dihebohkan kepada umum, apatah lagi jika ianya berupa fitnah yang diada-adakan.
Konspirasi ke-tiga kalinya ini adalah merupakan usaha-usaha terancang musuh-musuh politik Dato' Seri Anwar Ibrahim, setelah sebelumnya gagal untuk membunuh karier politik beliau walaupun mereka berjaya memenjarakannya. Apatah lagi setelah beliau keluar dari penjara, langkahnya semakin gagah dan digeruni. Beberapa negeri jatuh ketangan Pakatan Rakyat dan penyelewengan yang berlaku didalam Kerajaan UMNO/BN dibongkar didalam Parlimen menyebabkan lawan tidak senang duduk dan bermewah-mewah dengan wang rakyat. Apa ikhtiar yang harus dilakukan, maka ujudkan konspirasi Video Lucah. Sebab itu, ketiga-tiga Dato' T tersebut pada awalnya mendedahkan video itu kepada wartawan supaya ia terus dihebahkan kepada masyarakat dan ia disambut oleh media utama negara yang dikongkong oleh pemerintah dan jadikan ia sebuah mahkamah untuk menghukum bahawa pelakunya adalah Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Kesemua mainan itu dapat dihidu dengan mudah, kecuali bagi orang-orang yang sudah tertutup mata hatinya dengan kebenaran. Benar dianggap palsu, hak dianggap bathil, putih dikatakan hitam kerana disebabkan ketidak upayaan menggunakan akal yang diberikan Allah untuk memerhati dan mengamalkan ingatan-ingatanNya disebabkan syaithan telah menguasai diri mereka dan jadilah mereka sebagai penyembah-penyembahThaghut.
Bagi memelihara kesucian Agama dan menjaga maruah Bangsa Melayu, kami menyeru kepada pihak-pihak yang terbabit yang mengedar CD tersebut, hindari mainan jelek dan kotor ini, kembalilah kepangkal jalan, berpolitiklah secara sehat dan matang, kerana menusia sekarang menuju kehadapan dengan berfikiran waras dan dinamik, bukan bergerak kebelakang dengan mainan politik bodoh dan kotor. Jika sekiranya mereka tidak berubah, tidak ada jalan lain perangilah kaum MUNAFIK itu dan TOLAK mereka supaya tidak ada lagi FITNAH disekeliling penghidupan kita.
InsyaAllah, pada hari Isnin depan bertarikh 11hb. April, 2011, Keadilan Cabang Kuala Pilah akan membuat aduan Polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah tentang pengedaran CD Lucah tersebut.
SELAMATKAN MALAYSIA!!
Ahad, 3 April 2011
03/04/2011
SHAH ALAM 3 APRIL : Al Quran bukan buku cerita atau buku sejarah. Ia adalah pedoman dan pembimbing manusia mengenal diri, tanggungjawab dan siapa Tuhannya.
Sebab itu kisah-kisah dalam al Quran harus digarap dan difahami demi mencari pengajaran dan teladan yang boleh dijadikan petunjuk pada semua masa dan persekitaran.
Cerita Nabi Yusuf alaihi salam (a.s.) misalnya, amat relevan dengan kehidupan dahulu, kini dan selamanya.
Ketika mengupas kisah ini dan hubungannya dengan realiti sosial, ekonomi dan politik hari ini, ahli pemikir Dr Sidiq Fadzil menyerlahkan betapa serasinya al Quran ini digunakan untuk umat manusia di Malaysia membaca suhu politik, dan ragam kemanusiaan rakyat serta pemerintahnya.
Beliau menghuraikan bahawa manusia memang sukar menceraikan sikap dan perasaan dengki.
Ia biasa menjeruk jiwa sesiapa dan dalam persekitaran apa jua. Dalam kes Nabi Yusuf a.s, yang dengki kepadanya ialah adik beradiknya sendiri. Alasan dendam dan dengki mereka amat lumrah – berebut kasih sayang. Atau, mungkin juga kerana kekurangan unsur itu dalam diri.
Didorong sifat dengki kerana kononnya Yusuf a.s. kononnya lebih disayangi oleh bapa, Yaakob a.s, mereka pun melakar konspirasi untuk memadamkan kehadiran Yusuf a.s. dalam persekitaran hidup mereka. Kisahnya: Yusuf a.s. dibuang ke dalam telaga.
Di sebalik itu al Quran pun mendedahkan helah manusia (dalam kes ini adik beradik Nabi Yusuf a.s. sendiri) mereka cipta bukti palsu dengan melumur darah kambing pada baju Yusuf dan dikemukakan kepada bapa mereka kononnya adik mereka itu telah dibaham serigala. Kecurangan begini masih berulang hingga hari ini hingga kepada usaha “menanam” DNA sebagai bukti.
Nabi Yusuf ditemui kafilah yang lalu dekat telaga ketika mencari air. Namun gerombolan ini mengambil kesempatan penemuan ini dan menjadikan modal niaga. Yusuf dijual sebagai hamba sahaya. Iktibar daripada ini, kata Dr Sidiq ialah, meskipun menjadi hamba, kemuliaan Yusuf tidak luntur. Dia tetap pilihan Allah.
Maka dikurniakan Yusuf pelbagai keelokkan – rupa diri, syaksiah dan kebijaksanaan yang tinggi. Ini menimbulkan ghairah pelbagai pihak untuk memiliki dan menguasainya.
Maka terjadilah fitnah lebih besar terhadap Yusuf. Meskipun terbukti bukan dia menggoda isteri Al Aziz, majikan Yusuf, bahan fitnah berbaur seks ini menyebabkan lebih ramai yang berkepentingan di Mesir yang mahu Yusuf dipenjara.
Sifat dengki dan dendam kesumat menjadi inti konspirasi. Maka ramailah yang tampil berbohong tentang “kejelekan” peribadi Yusuf dan terperosoklah baginda dalam penjara.
Status banduan tidak melunturkan kemuliaan Nabi Yusuf a.s. Ilmu tamsil mimpi dan sifat abidnya kepada Allah, menjadi jatidirinya. Dia terus jadi pedoman banduan lain dan sentiasa diberi penghormatan dan dimuliakan.
Yang signifikannya ialah apabila Yusuf dapat menafsirkan mimpi raja. Lebih istimewa lagi, Yusuf juga mampu menampilkan pelan induk ekonomi untuk Mesir.
Nasib Yusuf berubah ketika itu. Bukan sahaja ditawarkan kebebasan, tetapi pelan ekonomi Yusuf mendorong Raja memberinya tanggungjawab menguruskan ekonomi negara. Yang mengkagumkan ialah, Yusuf tidak segera menerima tawaran Raja itu.
Nabi Yusud mahu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat mengapa beliau dipenjara.
Setelah terbukti nasib malang Yusuf itu berpunca daripada konspirasi yang membabitkan soal seks, dan namanya kemudian dibersihkan, barulah Yusuf menerima tanggungjawab sebagai penguasa ekonomi negara.
Yusuf sedar, di hadapan Allah, tiada guna pangkat atau nama jika soal maruah tidak diutama.
Pengajaran daripada kisah Yusuf ini ialah soal dengki tidak pernah mati dalam diri mana-mana manusia dan tamadun. Yang jadi persoalan ialah bagaimana mengawalnya.
Rentetan itu, soal naluri seks juga tidak pernah lekang daripada jiwa manusia. Maka yang menjadi persoalannya ialah bagaimana pula ia harus dikendali dan jangan dijadikan modal konspirasi sesama insan.
Bayangkan betapa besarnya aib yang menimpa diri ketika usia telah lanjut apabila Suruhanjaya Siasatan Diraja membongkar di depan mata anak cucu bahawa diri terbabit dalam konspirasi seks hanya kerana ketika itu hendak mengekalkan kuasa, kedudukan dan pangkat?
Sifat buruk ini memang ada pada manusia. Sebab itu al Quran diturunkan untuk menjadi pedoman supaya mengelak mengulang kesilapan dan keterlanjuran manusia silam.
Lebih penting daripada itu, kata Dr Sidiq, setiap insan mesti meyakini bahawa ujian ada di mana-mana.
Lebih besar status dan kaliber seseorang itu, maka lebih getirlah ujian yang dihadapinya. Namun paksi ujian ialah bagaimana menundukkan kedengkian sesama insan.
Dan, lebih penting lagi, ialah bagaimana mengenal dan mengelak diri terjerumus dalam sikap kepetualangan itu. Kisah seperti pengalaman Nabi Yusuf menunjukkan betapa tema kedengkian manusia – memadamkan kehadiran saingan dengan cara fitnah dan membunuh serta motif politik bertema rasuah dan seks sentiasa jadi juadah konspirator untuk menundukkan lawan politik mereka; dari zaman ke zaman.
Maka jika kita percaya pada Allah dan sentiasa mengintai kebijaksanaan dan pedoman yang diselitkan dalam kisah-kisah Al Quran, maka tidak mungkin kita gusar akan fitnah dan cabaran dunia ini.
Sebagai tunjang iman, kita percaya balasan Allah akan tetap berlaku terhadap yang memfitnah dan juga yang difitnah. Jika tidak di dunia, orang beriman yakin, di akhirat nanti ada ganjaran dan hukumannya.
Sebab itu Allah menjanjikan Yaumil Masyar, Syurga dan Neraka.
Rabu, 23 Mac 2011
PERANGILAH KAUM MUNAFIK ITU !!!
Perhatikan latar belakang mereka, apakah mereka itu terdiri daripada orang yang taat kepada Allah dan Rasul dan agamanya, kemudian selidiklah pula isteri-isteri mereka, apakah mereka juga mentaati Agama masing-masing, menutup auratkah isteri-isteri mereka seperti yang telah diwajibkan, kemudian perhatikan pula anak-anak mereka, apakah anak-anak mereka mengikut jejak ibubapa mereka? Nah kesemua ini akan mencerminkan apakah mereka-mereka ini boleh dipercayai.
Sekiranya mereka itu (Datuk T) mempunyai jiwa yang bersih, kes ini akan dapat ditangani dengan aman dan tenteram, bukan sahaja kepada Datuk T tersebut (yang mereka sebut kerana ingin menegakkan kebenaran), kepada masyarakat malah kepada tertuduh. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan undang-undang, tentu pihak Polis tempat rujukan mereka untuk mengatasi masalah itu, bukannya media!! Nah disini ciri-ciri keMUNAFIKAN atau hipokrit mereka tersingkap.
Sikap sebegini menunjukkan kepintaran mereka dengan kata-kata muluk dan manis untuk mempengaruhi massa (masyarakat), tetapi bukan untuk mencari kebenaran seperti yang didakwa. Apatah lagi dikatakan kedudukan BN semakin goncang di Sarawak bagi menghadapi Pilihanraya dalam masa terdekat ini.
Kadang-kadang terkeluar dari mulut mereka berbicara hal Islam, dan menyeru kaum Muslimin kembali kepada Al-Quran dan Hadits Nabi, tetapi apa yang mereka lakukan dalam kes ini menampakkan sikap KEMUNAFIKAN mereka. Datuk T ini tidak pula merujukkan hal ini kepada penguasa atau pemerintah untuk diadili, seperti yang diperintahkan Rasul. “Seorang Amir (Raja, Penguasa, Pembesar atau Pemimpin) berkuasa terhadap rakyatnya”. HR Muslim). Mereka pandai bermain dengan kata-kata, tetapi sebenarnya pepat diluar, rencung didalam.
Mereka lakukan ini untuk menghina dan merendahkan kredibaliti Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagi menutup perbuatan terkutuk yang telah mereka lakukan, atau mempunyai hasad dendam yang tidak berkesudahan, kerana salah seorangnya terpalit dengan memperkosa seorang gadis bawah umur beberapa tahun yang lalu.
Perbuatan dan angkara PUAK MUNAFIKUN ini amatlah membahayakan ketenteraman msyarakat dan bangsa, kerana ia menghembuskan api fitnah kesemua jurusan masyarakat dan setiap individu sekarang dikelilingi oleh angin fitnah yang mungkin akan terhidu jua. Ia ibarat membawa kerosakan yang sangat mendalam, ibarat anai-anai merayap kedalam kayu, yang akhirnya akan musnah dan repui.
Bersifat sebagai MUNAFIK (HIPOKRIT), kegiatan jahat mereka sukar dikesan dan diraba oleh penyokong-penyokong mereka (ahli-ahli UMNO), kerana mereka berselindung atas nama KETUANAN MELAYU, mereka berselindung atas nama KEBENARAN DAN KEADILAN, dalam masa yang sama, tangan yang disebelah membolot kekayaan negara untuk kepentingan perut peribadi, isteri dan anak-anak mereka. Maka mereka yang menghalang-halang kehendak nafsu serakah yang menjadi hamba keduniaan dan wang ringgit sebagai matalamat hidup, akan ditekan dan dihimpit dengan pelbagai kesukaran malah difitnah dengan tuduhan palsu seperti meLIWAT, kaki perempuan dan sebagainya.
Maka tindakan puak munafikun ini akan terus disokong oleh penyokong-penyokongnya, kerana penyokongnya itu tidak sedikitpun menggunakan akal yang diberikan Allah untuk berfikir dan meneliti, kerana ia akan memakan apa sahaja yang diberikan oleh orang atasan tanpa menilai, halal haramnya, bersih dan kotornya.
Kejadian dan Fitnah yang telah berlaku dan akan berlaku seolah-olah tidak upaya diatasi dan diselesaikan oleh Pemerintah UMNO/BN, kerana ia ada kaitan dengan pihak yang membuat kenyataan terhadap Video Seks DSAI itu. Kerana itu pengurusan kerajaan UMNO/BN tidak ada tertibnya, kedaulatan hukum tidak dijalankan dengan sempurna, kerana ia berada dibawah telunjuk pemerintah. Sikap sebeginilah mendorong puak-puak munafik itu akan mengejar harta negara untuk dijadikan milik sendiri dan kroni sebanyak mungkin, seperti mana terbukti diktator yang sudah jatuh di Timur Tengah, yang sewaktu pemerintahannya amat disanjungi dan dikatakan membela nasib rakyat.
Apakah mereka akan sedar dari perbuatan terkutuk itu? Tidak ada harapan nampaknya, kerana semenjak dari tahun 1998 perencanaan mereka berjalan terus, dan tidak menjadikan peristiwa yang menimpa konspirator terdahulu sebagai peringatan dan pengajaran, hanya disebabkan mereka terus dilanda penyakit, seperti Firman Allah swt “Dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah SWT tambah penyakitnya” (Q 2:10)
Oleh itu sahabat-sahabat sekelian, tidak ada lagi penghormatan untuk mereka, kerana mereka telah bertuhankan THAGUT, dan PERANGILAH mereka, kerana berdasarkan “Perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi” (Q 2:193)
Rabu, 9 Mac 2011
HJ. OTHMAN ADAM MENINGGAL DUNIA
Selasa, 14 Disember 2010
Malam tadi satu pertemuan di antara ketua-ketua cabang Negeri Sembilan bersama dengan Naib Presiden KEADILAN yang baru YB Nurul Izzah. Tujuannya ialah untuk mendapat pandangan tentang siapakah yang patut dilantik Pengerusi MPN sessi 2010-20113 nanti. Alhamdulillah semua ketua cabang hadir kecuali Rembau diwakili oleh Timbalannya.
Tindakan KEADILAN pusat mendapat pandangan ketua-ketua cabang ini adalah pertama kali berlaku di Negeri Sembilan sepanjang parti ini ditubuhkan. Ini adalah langkah tepat, kerana sebagai parti yang berjiwa rakyat dan mendaulatkat rakyat adalah wajar pihak pimpinan mendapat pandangan dari jentera cabang. Inilah yang selalu dirungutkan oleh kepimpinan cabang sepanjang ini. Budaya muafakat ini harus dikembangkan dan menjadi asas dalam menggerakkan parti ini.
Perbincangan berjalan kira-kira satu jam setengah dengan suasana kordial dan mesra. Setiap ketua cabang diminta memberi padangan serta cadangan tentang siapakah yang patut dilantik sebagai pengerusi MPN. Masing-masing memberikan pandangan dan cadangan dengan bebas, tanpa ragu dan yang jelas dengan kematangan. Walaupun ada berbeza pandangan dan cadangan hubungan setiakawan tetap dihormati dan dipegang kuat.
YB Nurul Izzah sekadar merakam dan mengangkat semua pandangan untuk pertimbangan Presiden.
Tahniah teman-teman!
Selasa, 30 November 2010
Jampi Mentera Pengelola Sarkas
Ada pula yang ingin merendahkan maratabat raja dengan mengheret paduka Raja ke lembah politik, sedangkan kita semua menghormati raja sebagai ketua negeri/negara dan mereka adalah above politic.
Gelabah mereka terserlah apabila cuba mengangkat slogan umno "Ketuanan Melayu" setaraf dengan undang2 negara iaitu perlembagaan.
Wahai penyamun tarbus,dengarlah,segala jampi mentera dan sihir kamu tidak akan berkesan kepada rakyat yang jiwanya MERDEKA!
Sabtu, 30 Oktober 2010
KEPUTUSAN PENGUNDIAN MPP CABANG KUALA PILAH
TIMBALAN PRESIDEN:-
1. Mustafa Kamil Ayub (49)
2. YB Azmin Ali (38)
3. Zaid Ibrahim (11)
NAIB PRESIDEN:-
1. YB Nurul Izzah Anwar (79)
2. YB Tien Chua (66)
3. Fauziah Salleh (53)
4. Yahya Sahri (41)
Ahli Majlis Pimpinan Pusat:-
1. Nordin Ismail (77)
2. YB Aminuddin Harun (76)
3. Badrul Amin Bahron (65)
4. Elizabeth Wong (65)
5. Yusmadi Yusof (59)
6. M. Ravi (58)
7. Faris Musa (56)
8. Khalid Jaafar (55)
9. Siti Aishah (55)
10. Abd. Rahman Yusof (44)
11. Nik Mahmood B. Nik Hassan (43)
12. Kamel Yassin (42)
13. Latheefa Koya (41)
14. Haniza Talha (41)
15. Onn Abu Bakar (39)
16. Chai Tong Chai (38)
17. Rozaini Rosli (37)
18. Johari Abdul (35)
19. Hee Loy Sian (33)
20. Zulkifly Ibrahim (32)
Bagi pengundian Pimpinan AMK pula adalah seperti berikut:-
KETUA:-
1. Shamsul Iskandar Akin (12)
2. Badrul Hisham Shahrin (9)
Timbalan Ketua:-
1. Khairul Anuar (Jonah) (14)
2. Chang Lin Kang (6)
Naib Ketua:-
1. Azmizam Zaman Huri (12)
2. Yunus Jamhari (9)
3. Nazree Yunus (8)
Sementara pengundian Pimpinan Wanita Pusat, keputusannya adalah seperti berikut:-
Ketua:-
1. Animah Ferrar (17)
2. Zuraida Kamaruddin (8)
3. Suraya Sudin (3)
Timbalan Ketua:-
1. Rodiah Ismail (22)
2. Asmah Abd. Kadir (5)
Naib Ketua:-
1. Aishah Lamsah (28)
2. Haniza Taljha (21)
3. Salma Ismail (21)
Isnin, 11 Oktober 2010
SESUMPAH TAK DITERIMA DI PILAH
Khabarnya juga , kehadiran dikalangan pemuda umngok memang baik , berduyun-duyun mereka kesana dengan baju putih , koyok benar lah tu , maklumlah , gaya bakal permimpin tapi setakat koyok macam tu aje lah .
Orang Air Mawang tak keluar pun , kalau ada pun , adalah sekelompok dua , kerana cerita pemimpin sesumpah tu serupa aje setiap kali berucap macam cerita hindustan .
Pertama , sejarah dia , kedua perjuangannya , kehebatannya , kepandaiannya , kemudian cerita buruk bekas majikannya dan akhirnya minta orang percaya apa yang dikatakannya .
Macam lah mulut si sesumpah ini mulut nabi , segala yang keluar terus jadi hadis tapi nabi tidak pernah menghadiskan ucapannya , ada riwayatnya dikalangan sahabat-sahabat nabi tetapi ini tidak , sendiri masuk bakul , sendiri angkat , bayangkanlah .
Anan gembira sangat kerana ramai dikalangan ajk yang berbaju putih hadir tetapi menurut sebahagiannya , kehadiran ini sempena jamuan hari raya , macam nak makan kueh raya lah .
Sejauh mana ia berkesan , tidak tahu lah tetapi rata-rata pengundi di Pilah jikaa di sebut nama tu , terus aje tekak mereka loya , macam perempuan mengandung teringatkan sesuatu .
Kalau macam tu , apa perlu nya tokoh ini dibawa ke Pilah , takut bukan nak menyokong untuk menambahkan kekuatan tetapi sebaliknya sokong bawak rebah .
Kantoi Anan nanti sejak gelaran pemuda tak berteloi muncul di Pilah , sejak tu , pemuda macam wujud tak wujud aje .
Anan kena peratikan along anak brother dan iddin , yang semakin ghairah nak naik junjung , takut dengan pucuk-pucuk sekali disapunya .
Semuanya tu anak didik , ada mentornya dan anan hanya bermentor kan Mail , sedanagkan Mail pun tengah gayat sekarang ini bila ada yang berkata dia bercita-cita nak jadi MB .
Siapa yang ada hasrat macam tu , biasanya politik kepimpinan umngok negeri akan sembelih tak kira kawan atau lawan .
Jangan jadi macam ayam salai yang bersepah-sepah sepanjang jalan KP ke seremban , laku dan mahal harganya salepas di salai , sebelum tu macam ayam daging biasa aje .
PP - ayam yang disalai tu cuma di dibakar buang bulu aje , tertipu orang Pilah .
(Sumber: http://kopilah.blogspot.com/2010/09/sesumpah-tak-diterima-di-pilah.html )
Rabu, 22 September 2010
PIMPINAN CABANG SESSI 2010-2013
Ketua : En. Nordin Ismail
Timb. Ketua : En. Hazman Hashim
Naib: Hj. Roslan Alias
Ketua AMK : Sdr. Helmi Maarof
Ketua Wanita : Puan Rabiah Yusof
Pengerusi Tetap:
En. Udin Bin Mahmud
Timbalan Pengerusi Tetap:
Tuan Hj. Abdul Rahman ABdullah
Ahli Jawatankuasa :
Ali Arifin Bin Sanusi
Hj. Salleh Abdullah
Sdr. Shamsul ANuar Hashim
Sdr. Nizam Razak
YM Tunku Zamrah T. Sulaiman
En. Tay Lian Seng
En. Enbernathan Muthusamy
En. Mohd. Salehuddin Abdullah
En. Ruzaili Abd. Karim
En. Zakir Yusof
En. Abd. Hamid Kadir
En. Kamaruddin bin Ali
En M. Bakri Manaf
YM Raja Kamarozaman R. Mahmor
En. Azalani Osman
Pemeriksa kira-kira:
Puan Azura Aziz
En. Rahamizan Jaafar
Rabu, 8 September 2010
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA EIDUL FITR 1431H
Isnin, 6 September 2010
TV3 PEROSAK AKIDAH UMAT ISLAM MALAYSIA
Iklan Hari Raya tahun ini yang diterbitkan oleh TV3 yang mencetuskan kontroversi dikalangan Umat Islam negara ini, yang cuba merosakkan akidah Umat Islam secara terancang dengan memaparkan unsur-unsur Kristian dan Budha dalam iklan tersebut telah ditarik balik dan pihak TV3 dilaporkan telah meminta maaf atas penyiaran tersebut. Dikalangan rakan Facebook menafsirkan iklan tersebut sebagai :-
Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingk...ap yang terbuka.
1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
2.Buku - Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis
6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM
7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran
Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).
1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus
4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism
Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.
1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian
Scene 4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)
1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.
(taken from Yusrizan Usop)
Kita sesungguhnya amat terkilan dan tersinggung dengan iklan itu, walaupun TV3 telah menarik siarannya dan memohon maaf, apakah dikalangan petugas di TV3 yang beragama Islam tidak peka dengan unsur-unsur dakyah tersebut? TV3 yang selama ini membela UMNO dalam pemberitaannya, seolah-olah sengaja hendak menguris hati Umat Islam negara ini. Atau apakah dengan slogan 1