Khamis, 5 Februari 2009

UMNO/BN MEMALUKAN (MENJIJIKKAN)

Tokoh lama Umno, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan perkembangan krisis peralihan kuasa kepada BN di Perak kini sebagai "babak-babak yang memalukan." Menulis di blog peribadinya awal malam ini, ahli parlimen Gua Musang berkata hanya ada dua cara untuk menguji sokongan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat itu - pillihanraya negeri atau usul tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN). "Menjatuhkan dan menaikkan sesuatu kerajaan dengan cara-cara lain adalah bertentangan dengan Perlembagaan, menghakis kedaulatan undang-undang dan membawa risiko membentuk sebuah kerajaan yang tidak sah," katanya.

PERLUMBAAN KATAK-KATAK

Segerombolan katak-katak telah mengadakan suatu pesta dan salah satu acaranya ialah perlumbaan merentas bukit yang tinggi. Maka ramailah manusia-manusia menyaksikan perlumbaan itu. Pengadil perlumbaan telah meniupkan wisil permulaan dan melompatlah sikatak-katak dengan semangatnya dengan gaya lompatan masing-masing, belum sampai setengah bukit, setengah dari katak-katak sudah kepenatan, dan bersuara kwokkkk - kwokkkkk (mana mungkin bukit ini boleh didaki), maka manusia-manusiapun menjerit-jerit "woi katak-katak sudahlah" dan berbagai kata-kata yang merendahkan. Maka sekor demi sekor katak-katak menyerah diri, dengan pelbagai alasan yang sangat molek. Kini hanya tinggal seekor katak terjenjut-henjut dan akhirnya sampai kepuncak. Maka tercenganglah manusia-manusia itu dan terpacul seorang pemberita menanyakan apa petua sikatak gunakan? Katak itu termanggu-manggu dan terus berlalu. Rupanya sikatak kitu PEKAK.

(Moralnya janganlah kita ambil pusing cemuhan orang sekeliling untuk mencapai kejayaan dan tafsiran untuk masa kini orang yang suka melompat-lompat parti ada lebih baik dipekakkan dulu telinga mereka seperti ADUN2 di Perak itu. Lain kali jangan tangkap muat)

SAMPAIKAN SUARA HATI RAKYAT

Seluruhnya menjadi kelam, bagai tidak percaya apa yang dititahkan Sultan Perak, namun sebagai Rakyat yang setia, titah dijunjung. Sungguhpun begitu suara hati tetap merintih dan moga dibaca Baginda di http://books.dreambook.com/duli/duli.html, Angkara BN merampas Kerajaan Perak dengan cara CULIK, UGUT dan TAWARAN LUMAYAN (CUT) membangkitkan semangat yang semakin membesar dan membuak-buak untuk melihat ia tumbang terus dalam PRU ke-13 nanti. Insiden ini juga meyakinkan firasat saya bahawa nyawa UMNO semakin hampir kepenghujungnya. (Hz)

Rabu, 4 Februari 2009

PULANGKAN KEPADA RAKYAT

"Kamu (BN) bercakap tentang demokrasi, tetapi kamu tidak berani untuk berhadapan dengan rakyat."Kamu kalah di Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan kamu takut untuk kalah lagi," Serahkan kepada rakyat, biar rakyat tentukan, sekiranya BN berhak memerintah, maka biarkanlah. "Tapi saya yakin, kita akan mendapat majoriti yang lebih besar," DS Anwar Ibrahim.

PENERANGAN ISU SEMASA

Ahli dan penyokong diminta hadir ke rumah Tuan Hj. Rahman Abdullah Kg. Tengkek, Batu Kikir Sabtu 7hb. Feb. ini jam 2.30 petang bagi mendengar taklimat isu terkini khusus di Negeri Perak. Harap dapat disampaikan kepada rakan-rakan yang lain.

Berhubung dengan keadaan tidak menentu di Perak, memperlihatkan beberapa insiden yang amat mengejutkan, seperti kes kehilangan 2 ADUN, lompat melompat parti dalam masa 10 hari, SPR melangkaui kuasa Speaker DUN Perak dan bermacam lagi isu yang timbul. Semua itu sangat mustahil berlaku dengan sendiri. Ini mengambarkan suasana mengejut yang tidak menentu dalam usaha-usaha untuk mengganggu gugat Kerajaan yang sedia ada. Apatah lagi DS Najib Razak dalam keadaan sangat nazak menjelang dimartabatkan sebagai Perdana Menteri, maka tiada cara lain untuk mengembalikan kredibelitinya melainkan meruntuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak tanpa melalui pilihan rakyat. Mungkin, CULIK, UGUT dan TAWARAN LUMAYAN menjadi motto terbarunya.

Sultan Perak akan buat keputusan esok

PKR Gerik,

8.00 malamMenteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin memaklumkan, Sultan Perak dijangka akan membuat keputusan berhubung dengan permohonan beliau untuk membubarkan Dun Perak besok.Beliau berkata, Sultan Perak meminta tempoh untuk membuat keputusan permohoan itu untuk membolehkan baginda membuat rujukan terhadap beberapa perkara.Nizar memberitahu perkara ini kepada pemberita yang menyerbu beliau selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan pimpinan PAS, Exco dan Adun Pakatan Rakyat Perak di Pejabat Perhubungan PAS Perak dekat sini.Menurut Nizar, pertemuan itu berjalan dengan baik sekali dan beliau amat terharu dengan cara Sultan Perak mengendalikan hal ini.“Saya amat terharu apabila di hujung pertemuan itu apabila Baginda Sultan berkata kepada saya dengan membaca satu potong ayat Al Quran,” katanya.Ayat itu yang bermaksud “Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar.”

sumber : http://keadilangerik.blogspot.com/

Selasa, 3 Februari 2009

KEPULANGAN ADUN PERAK DIRAI?

Khabar dari Perak menyatakan bahawa mereka akan menyambut kepulangan ADUN Changkat Jering dan Taiping yang hilang itu dengan kasut. Agaknya bila mereka akan pulang dan tentu bawa banyak ole-ole untuk dihadiahkan kepada pengundi disana.
sila ke http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=19180&Itemid=1

PARLIMEN YAMAN DESAK TOLAK MAHMOUD ABBAS

Bekas Presiden Palestin Ini Adalah Talibarut Zionis Israel
Isnin, 02/02/2009 - Seramai 58 ahli parlimen Yaman yang telah bersetuju dan mendesak kerajaan Yaman agar tidak lagi menerima kunjungan Mahmoud Abbas yang kini telah tamat tempoh sebagai Presiden Palestin. Abbas dikecam kerana telah mengkhianati aspirasi rakyat Palestin dan terbabit dan bersekongkol dengan Zionis-Israel dalam menentang para pejuang kemerdekaan Palestin.

Dalam memorendum yang diserahkan itu, kerajaan Yaman didesak agar tidak mengiktiraf Abbas sebagai presiden Palestin disebabkan tempohnya telah tamat. Tindakan Zionis-Israel juga jelas melanggar syariat Allah dan undang-undang antarabangsa. Sikap memusuhi para pejuang Palestin juga bertentangan dengan undang-undang Yaman.
Segala jenis bantuan juga perlu diserahkan kepada kerajaan Ismael Haniya di Gaza, bukan kepada Abbas yang bukan lagi presiden Palestin. Selain itu, Abbas juga telah menjual maruah rakyat Palestin keran terlibat dalam konspirasi menentang para pejuang seperti Hamas dan lain-lain.
sumber : http://palestinkini.info/
(Khulasah: Atas nama demokrasi, banyak negara bersedia menjadi talibarut Amerika dengan menafikan hak rakyat, bukan sahaja di Palestin, malah didepan mata sendiri ia berlaku. Penyelewengan hak-hak rakyat menerusi Perlambagaan Negara juga dilacurkan kerana ingin terus berkuasa, terbaru SPR juga dilacurkan kerana kepentingan pemerintah. Bentuk penyamaran seperti ini mudah dikesan dan tidak ada lagi kemaluan untuk melakukannya. )

HUKUM RIMBA SUDAH MENJADI

Kerajaan BN semakin hari semakin menjadi haru biru, akibat kongkongan rakus pimpinan UMNO bagi memastikan kelangsungan hidup parti usang itu menghadapi sisa-sisa nyawa yang masih ada. Apa tidaknya, dengan memperalat SPR, kuasa Speaker DUN Perak menerima perletakan jawatan 2 ADUN PKR telah diputuskan tidak boleh diterima pakai. Bila masa SPR boleh mencampuri urusan DUN Perak? Emmm Undang-undang Rimba masih diguna pakai. Nampaknya semakin dekat BN dan UMNO ke kubur.

Isnin, 2 Februari 2009

KENYATAAN AKHBAR ADUN BUKIT SELAMBU

2hb Februari, 2009
Sidang media ini dipanggil untuk menerangkan beberapa perkembangan terbaru yang serius yang melibatkan isu-isu politik yang berunsurkan jenayah yang sedang berlaku di negeri Kedah, yang melibatkan saya selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah dan ahli EXCO Kerajaan Negeri Kedah.

Satu repot polis telah dibuat hari ini merangkumi semua kes-kes ugutan jenayah terhadap saya selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah dan ahli EXCO Kerajaan Negeri Kedah, dan juga terhadap keselamatan keluarga saya sejak dari 8hb Mac, 2008. Ianya juga melibatkan semua ugutan terhadap pegawai-pegawai dan bekas-bekas pegawai saya. Ke semua ini adalah bertujuan bagi mengugut saya untuk bersetuju berpindah parti dari Parti Keadilan Rakyat ke Barisan Nasional.

Antara insiden-insiden yang melibatkan ugutan jenayah adalah cubaan menculik saya pada 17/10/2008, mengugut saya melalui pegawai saya melalui beberapa panggilan telefon yang antaranya pada 31/3/2008, mengugut keselamatan keluarga saya, insiden memecahkan cermin kereta rasmi exco kerajaan negeri model Proton Perdana no BKL 4000 dengan meninggalkan nota ugutan yang diikat pada seketul bata pada 17/12/2008, dan juga menghantar beberapa beberapa individu untuk memujuk saya keluar dari Parti Keadilan Rakyat, yang terbaru sekali beberapa hari yang lalu, dengan beberapa tawaran lumayan.
Perkembangan peristiwa yang menimpa 2 orang teman exco PKR di Perak telah menyebabkan saya tampil untuk membuat kenyataan akhbar ini. Saya khuatir, sekiranya saya tidak tampil ke hadapan untuk membuat pernyataan secara terbuka ini, keselamatan dan ketenteraman saya dan keluarga saya akan terus diganggu, diugut secara jenayah serta dipujuk untuk memastikan saya berpindah parti.

Saya juga mendesak agar pihak polis akan segera membuat siasatan terhadap ke semua laporan-laporan polis yang telah saya buat sejak Mac, 2008 dan mengambil tindakan segera dan tegas bagi menjamin keselamatan saya dan keluarga saya. Ini semua akan membolehkan saya mampu berkhidmat dengan lebih baik dan berkesan selaku ahli exco kerajaan negeri Kedah dan ahli dewan undangan negeri Bukit Selambau, tanpa sebarang gangguan terhadap saya dan keluarga saya.

Sekian, terimakasih,

Arumugam a/l Vengatarakoo,
Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau,
merangkap EXCO Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman

Sumber Blog DSAI

Sabtu, 31 Januari 2009

ADA TANGGA HENDAK MEMANJAT TIANG

Sikap suka mengempar-gempar dan menarik perhatian orang terhadap apa yang diperkatakan ibarat tukang jual ubat dikaki lima dan salah salah seorang penjual itu menarik ramai penuntun kerana kuatnya tempikan dan fasehnya berkata-kata. Ada tangga untuk naik kerumah, namun kerana angkuh dan keterlaluan memuja diri mempersetan bijaksana orang lain, tiang dipanjat untuk sampai kepuncak tanpa menggunakan laluan sebenar dan meminta nasihat kepada yang lebih dulu makan garam. Natijah buruk itu, akhirnya memakan diri, ada banyak contoh kalau mau diambil tauladan, tetapi kerana darah masih muda dan merasa sudah cukup gagah, semuanya mau dilanggar kerana beranggapan perjuangan harus dengan kekerasan, maki hamun, gegak gempita, publisiti hebat, sergah sana-sini dan pelbagai yang hebat-hebat belaka. Kebiasaan manusia yang tidak berprinsip suka akan mengkhabarkan keburukan dan kelemahan musuh kepada awam, ia bagai peluang keemasan yang perlu dipergunakan sepenuhnya bagi mencari publisiti, maka medialah jadi gelanggang terbaik agar diketahui semua. Maka bocorlah apa yang dirancang oleh rakan-rakan yang lain yang dianggap remeh bagi memikat hati-hati musuh itu, kerana musuh itu tidak selamanya manjadi musuh kepada kita. Jangan dihairankan kerana sikap TIDAK ADIL ini ini datang dari pimpinan tertinggi, agamawan, teknokrat malah orang awam sekalipun, ini kerana mereka gagal berkongsi maklumat sesama rakan sealiran untuk melangkah sederap sebagai suatu jamaah. Maka itu "Cukuplah untuk seseorang itu dianggap berdusta dengan dia menceritakan setiap yang dia dengar" (Riwayat Muslim)

KEMUNCAK PROGRAM BERSAMA PERJUANGANMU PALESTIN

Kemuncak kepada Program Bersama Perjuanganmu Palestin anjuran Jawatankuasa Kemanusiaan Palestin Kuala Pilah dilangsungkan semalam 31hb. Januari 2009 bertempat di Mini Stadium Kuala Pilah bermula jam 9.00 malam. Sebelum itu beberapa siri penerangan, syarahan, tayangan multi media dan kutipan derma telah diadakan dibeberapa tempat strategik di Kuala Pilah bagi memberi kefahaman kepada masyarakat disini tentang apa yang berlaku di Palestin dan apa sumbangan yang perlu diberikan kepada saudara seagama mereka di Palestin yang sedang sengsara angkara kelakuan buas Regim Zionis Israel. Majlis berjalan seperti yang dirancang, permulaan Majlis bacaan doa untuk kemenangan dan kesejahteraan Umat Islam Palestin disampaikan oleh En. Mohamed Shahmen. Beberapa Pimpinan NGO peringkat Negeri turut hadir memberikan syarahan seperti ABIM JIM, TERAS, JERIT, aktivis masyarakat terkenal Hisyamuddin Rais, artis ITO Blues Gang dan Pelawak Ebby Yus. Pembelaan kepada yang tertindas tidak mengenal kaum turut menarik minat Puan Mithya (JERIT) untuk naik kepentas dan menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin dan menyuarakan supaya dihapuskan kezaliman. Bacaan sajak dideklamasikan oleh Hisyamuddin Rais dengan dua perbandingan yang memukau penuntun. Adik Sabith Zaharudin dengan puisi yang meruntun jiwa. ITO dan Ebby Yus turut sama menyatakan kebencian terhadap Regim Zionis dengan cara tersediri. Mesjid-mesjid di seluruh Kuala Pilah turut tidak ketinggalan untuk menyumbang dan beberapa Imam dan Nadzir naik kepentas untuk menyerahkan sumbangan ahli-ahli karyah. Pengerusi Bersama Sdr. Zaharudin Othman, En. Nordin Ismail dan En. Halim mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dan pada malam itu telah membuktikan kebersamaan dalam menyelami penderitaan rakyat Palestin, keseluruhan kutipan sumbangan pasti sampai terus kepada yang memerlukan.

Jumaat, 23 Januari 2009

GONG XI FA CHAI

Kita mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada rakan-rakan Tiong Hua yang akan menyambut perayaan mereka pada 7hb. Januari 2009 akan datang. Gong Xi Fa Chai.