P erdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak telah berkata, "kerajaan tidak berhasrat untuk menutup kes kehilangan engin pesawat milik TUDM". Katanya lagi, "kita telah pergi kepada polis ketika itu saya adalah menteri yang berkenaan, saya membuat keputusan bahawa kita perlu membuat laporan polis". Kehilangan engin F-5E berlaku pada tahun 2007, bermakna sudah dua tahun berlalu. Kita ucap syabas kepada PM kerana tidak akan menutup kes tersebut, dan kes ini dibongkar oleh golongan bawahan, jika tidak dibongkar, selama itu kes ini akan tertutup. Oleh Kerana kes ini sudah terbongkar, maka PMpun berkatalah ia sudah buat laporan kepada Polis, maka sudah dua tahun ia melapor, tetapi apa tindakan daripada pihak polis, tidak diketahui kerana tiada laporan kepada umum. Mungkin pihak Polis juga akan berkata "kita tidak akan menutup kes ini, dan mereka yang terbabit akan didakwa ke Mahkamah", mungkin juga untuk tempoh yang lebih lama lagi dari kejadiah kehilangan engin tersebut sehingga kes ini terbongkar. Dilaporkan juga bukan 1 buah engin yang hilang tetapi dua buah, yang setiap satunya bernilai RM50 juta. Jika difikir dengan akal yang waras, adalah amat mustahil dan sukar untuk mencuri dan menjual engin bernilai itu keluar negara, tetapi oleh kerana ada slogan MALAYSIA BOLEH, maka yang mustahil dan sukar boleh jadi BOLEH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan