Isnin, 21 Disember 2009

PENGIKTIRAFAN KEPADA PEJUANG DEMOKRASI

I nternational Association of Political Consultants merupakan sebuah organisasi yang dianggotai ramai tokoh politik serta penasihat hal ehwal pentadbiran. Ahlinya berjumlah lebih dari 100 orang, merupakan mereka yang gigih memperjuangkan demokrasi dan berasal baik dari benua Asia, Timur Tengah, Eropah, Afrika, Amerika Utara dan Amerika Selatan. Setiap tahun organisasi tersebut menganugerahkan Pingat Demokrasi kepada individu yang dirasakan layak kerana kegigihan memperjuangkan keadilan dan menentang kezaliman. Antara mereka yang diberi pengiktirafan sebelum ini ialah Nelson Mandela diikuti dengan Morgan Tsvangerai masing – masing dari Afrika Selatan ,Seterusnya Martin Lee dari Hong Kong dan paling akhir pada tahun 2007 untuk rakyat Indonesia diterima oleh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.

Makanya dengan rasa penuh syukur dan sadar, saya berbesar hati apabila IAPC menganugerahkan pingat tersebut kepada saya. Pengiktirafan tersebut merupakan satu penghargaan kepada seluruh pejuang demokrasi dan keadilan di Malaysia yang tidak pernah mengenal lelah. Ianya juga menjadi pendorong kepada saya untuk terus berusaha membawa Perubahan kepada yang lebih baik buat rakyat Malaysia.

Majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam itu dihadiri juga Tan Sri Khalid Ibrahim, Azizah, ahli majlis mesyuarat negeri, ahli parlimen, dan pegawai kerajaan negeri. Majlis pastinya lebih bermakna sekiranya rakan saya dari IAPC, sdr Robert Murdoch, turut sama meraikannya.

ANWAR IBRAHIM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan