Adapun pepatah orang tuo-tuo, “orang memegang adat dalam negori atau lopak masing-masing, engkau janganlah mengubah janji atau mengicuh orang atau menganiaya orang. Janji ditepati dan utang dibayar, piutang diterima, menyelang memulangkan, lopak orang jangan dikocak.
Juga, sebagai ketua adat dia juga perlu mempunyai akal budi yang siuman dan timbangan yang ADIL kepada anak buah. Wajib baginya menimbang buruk dengan baik, melarat dan manfaat tinggi dan rendah, menimbang rugi dengan laba. Selalu berniat dalam hati supaya bumi senang padi menjadi, anak buah kembang biak, hukum ADIL adat berdiri.
Apa bila Dato’-dato’ adat ini merapu, buat kerja yang tidak sepatutnya beliau lakukan, atau menunjuk kuasa yang dia orang bergolar, tetapi tak kena dengan gayanya, nanti akan jadilah dia Dato' yang bernama PENGALAH (suka kacau orang).
Khabarnya dalam suatu Ceramah PAS pada 29hb yang lalu, beliau
Suka kita peringatkan kepada Dato’ adat ini supaya jangan jadi bebal tanda orang tidak berakal atau punya akal sejengkal kerana menghalang orang membuat kebaikan.
Jika begini perangainya Dato’-dato’ Adat ini, akan lenyapkah ADAT PERPATIH ? ?
Tahniah dan Syabas Bro. Hazman... Penjelasan dlm bahasa adat yg cukup jelas bak durian beruang-ruang bak sawah sawah belopak-lopak.
BalasPadamGua dan teman2 sempat melihat surat rasmi dato'ini dan letter head surat kerajaan negeri.
Berita yg tidak rasmi bahawa dato' tersebut dan PDRM KP di arahkan oleh YB Samad untuk membatalkan program tersebut.
Kiranya benar, Umno Kp seperti juga Umno Pusat, telah dgn rakusnya meletakan kuasa dan memiliki power yg cukup hebat hingga dapat mengubah etika dan peradapan badan-badan yang sepatutnya tergaris didalam peruntukan organisasi masing-masing.
Sila dapatkan salinan surat tersebut daripada Ketua Penerangan PAS Kaw. KP untuk tindakan selanjutnya.
@Gua64@