Sabtu, 10 November 2018

PEMILIHAN KEADILAN KUALA PILAH

keADILan Kuala Pilah yang memilih pada 20hb Oktober 2018 yang lalu, memberi laluan penuh kepada Tuan Haji Rosli Bin Omar untuk terus memimpin Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Pilah bagi sessi 2018-2021 meninggalkan kebelakang lawannya Mohamed Bin Shahman dan Shamsul Anuar Hashim jauh ke belakang. Kepercayaan ahli-ahli Cabang Kuala Pilah berdasarkan kemampuan memelihara Parti semenjak ditubuhkan, dan beliau sendiri merupakan kepercayaan pimpinan awal iaitu En. Nordin Ismail untuk terus menyambung kelangsungan Parti yang tertubuh di Kuala Pilah ini semenjak 1998 lalu.

Barisan kepimpinan pilihan yang diterima ahli-ahli adalah merupakan barisan hasil muafakat ahli-ahli yang merangkumi 5 Dun dalam Parlimen Kuala Pilah. Diatas keupayaan rangkuman kelima-lima DUN tersebut termasuk AMK dan Wanita yang saling melengkapi, kepercayaan telah diberikan kepada mereka untuk memimpin Parti Keadilan Rakyat untuk sessi mendatang.

Bagi Pemilihan Pimpinan Pusat, Cabang Kuala Pilah turut memberikan sokongan kepada Dato' Seri Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden.

Selain itu, bagi mengangkat martabat PARTI ditengah masyarakat, satu TEAM PEMIKIR telah diujudkan oleh En. Hazman Hashim, dan telah dipraktikkan waktu kempen Pemilihan dengan menganjurkan FORUM KEPIMPINAN, dimana kesemua yang bertanding diberi peluang untuk menyatakan hasrat serta halatuju jika diberikan kepercayaan oleh ahli-ahli. Atas keupayaan melontarkan pandangan masing-masing, ahli-ahli boleh memilih dengan bijak diatas kemampuan mereka tersebut.


MENGAPA GAGAL ?

Jumaat, 9 November 2018

DUN PILAH BERCELARU AKIBAT YANG BERHORMAT TIDAK ADA KEUPAYAAN

DUN PILAH BERCELARU


Kemenangan Calun keADILan N18 DUN Pilah dalam PRU ke14 yang lalu adalah kenyataan impian yang telah ditanam dikalangan Jentera dan Ahli-ahli keADILan Kuala Pilah sejak puluhan tahun dahulu dengan misi TAWAN DUN PILAH. Usaha ini bukanlah suatu yang sambil lewa, tetapi adalah hasil usaha perancangan yang berterusan dari seluruh gerakan yang inginkan suatu perubahan iklim Politik di Kuala Pilah ini.

Nah! Kali ini kejayaan adalah milik Parti Keadilan Kuala Pilah, Sudah pasti apabila kejayaan dimiliki, pelaksanaan untuk memelihara perlu disusun oleh pemimpin. Penjagaan kebajikan rakyat wajiblah menjadi keutamaan. Janji yang sudah ditabur perlulah ditunaikan secara berperingkat. Susunan gerak kerja dan membentuk jentera tambahan perlu diadakan segera, apatah sekarang ini ramai yang ingin menyumbang tenaga dan buah fikiran untuk melihat perubahan terlaksana di DUN Pilah.

Apabila tersiar berita di Utusan online bertarikh 224 Oktober 2018

http://www.utusan.com.my/berita/politik/adun-pilah-nafi-letak-jawatan-1.774114

Berita ini sudah tentu mengejutkan semua terutama pengundi di N18 DUN Pilah yang sebelum ini tertanya-tanya dimana Yang Berhormat kerana terlalu sukar untuk mendapatkan perkhidmatan beliau.

Malaysiakini juga turut melaporkan :-

https://www.malaysiakini.com/news/448878

Maka berita ketidak upayaan beliau untuk mengurus rakyat Kuala Pilah mula dipersoalkan oleh semua, ini termasuk penglibatan ahli keluarga  dalam urusan Pentadbiran.

https://www.malaysiakini.com/news/449907

Sebagai bukti penglibatan pihak keluarga dalam urusan pentadbiran serta memberi arahan dan kata-kata ingatan kepada Pengerusi MPKK menjejaskan kredibiliti YB ADUN Pilah dan dipersoalkan banyak pihak.

Kelemahan mentadbir dan mengurus kemenangan ini turut diambil kesempatan oleh pihak UMNO dan mendesak YB tersebut meletakkan jawatan dan diadakan suatu Pilighanraya kecil.

https://www.projekmm.com/s/1689613/sakit-teruk-pemuda-umno-desak-adun-pilah-letak-jawatan

Sabtu, 26 Ogos 2017

BACAAN BERSAMA ...

(Untuk Pengerak Perubahan Kuala Pilah sebagai Panduan)

Nama Kolum: CERNA MINDA (SOLUSI bil:12)
Oleh Ir. Ahmad Jais Alias

Perubahan adalah sunnatullah. Allah menjadikan alam ini, dan segala makhluknya dengan satu sifat, iaitu sentiasa berubah. Justeru, di dalam perbidalan kata melayu, kita punyai rangkap peribahasa seperti “sekali air bah, sekali pantai berubah”. Di dalam ilmu pengurusan barat pun, kita pernah bertemu dengan ungkapan ‘the only permanent thing that happens in the universe is CHANGE’, maksudnya, ‘satu-satunya perkara yang tetap berlaku pada alam ini adalah PERUBAHAN’.
Justeru, kita perlu mendidik diri kita agar menerima perubahan, bahkan bersedia untuk menerima perubahan di dalam kehidupan kita. Adakalanya perubahan berlaku hasil daripada pilihan dan usaha kita, namun tidak kurang juga perubahan yang di’paksa’kan ke atas kita. Dalam semua hal, perubahan akan terus berlangsung. Kegagalan untuk menerima perubahan, atau bersedia untuk menghadapi perubahan, akan mendatangkan kesan kepada seseorang. Jika perubahan yang berlaku adalah terlalu besar dan mendadak sifatnya, maka kesannya juga akan menjadi lebih besar. Oleh kerana itulah, pengurusan perubahan perlu dilakukan, agar perubahan yang berlaku dapat diuruskan secara baik dan teratur.

Begitu juga mereka yang ingin melakukan perubahan, perlu memahami dan melaksanakan pengurusan perubahan, Perubahan yang ingin dilaksanakan pada diri sendiri, keluarga, organisasi, tempat kerja bahkan masyarakat dan negara, perlulah diuruskan dengan baik. Ini adalah kerana, hakikatnya perubahan perlulah ke arah kebaikan dan peningkatan, bukannya berubah kepada suatu yang lebih buruk dan merosakkan.

Untuk menguruskan perubahan, kita perlu memahami 2 rukun perubahan, iaitu: Qabil lit Taghyir (Bersedia untuk Berubah atau Menerima Perubahan)Anasir at-Taghyir (Agen Perubahan) Perubahan akan dapat dijana dan dilaksanakan jika ada kedua-dua rukun ini. Pertamanya, perubahan yang hendak dilaksanakan perlu diterima terlebih dahulu. Jika kita ingin membuat perubahan pada diri dan organisasi kita, maka penerimaan kita dan anggota organisasi terhadap perubahan itu perlu dipersiapkan terlebih dahulu. Adalah sukar melakukan perubahan jika dari awal-awal lagi perubahan itu ditolak atau tidak dapat diterima oleh organisasi.

Justeru, proses mendidik dan memahamkan anggota organisasi dan masyarakat mengenai perubahan yang ingin dilaksanakan perlu dilakukan terlebih dahulu. Perubahan yang ingin dilakukan perlu diperjelaskan dengan sungguh-sungguh sehingga timbul kesedaran menyeluruh kepada perlunya berubah. Apabila kesedaran ini telah timbul, maka mudahlah perubahan yang ingin dilakukan.
Rukun kedua, iaitu Anasir Perubahan juga adalah penting, kerana tidak akan berlaku perubahan, jika tiada agen atau anasir yang akan melaksanakannya. Maka, proses melahirkan dan membentuk satu pasukan agen perubahan adalah perlu, sebagai pra-syarat untuk melaksanakan perubahan.
Inilah dua komponen penting di dalam menguruskan perubahan. Perubahan perlu dilakukan, atau akan terus berlaku, dan untuk menguruskannya, kita perlu membina persediaan untuk berubah, dan menjadi agen kepada perubahan tersebut. Dalam konteks peribadi, perubahan akan berlaku dalam kehidupan kita, mungkin kerana fackor luaran, mahupun atas pilihan kita sendiri. Yang penting, kesediaan kita untuk berubah, dan kita sendiri yang menjadi agen dan pelaksana perubahan tersebut. Ini akan mengelakkan kita sentiasa menjadi buih-buih yang hanyut dibawa arus perubahan.

Benarlah sabda Rasulullah SAW yang mafhumnya menyebut, ‘pada akhir zaman nanti, umat Islam laksana buih-buih dibawa arus’, mungkin kerana gagalnya kita mengurskan perubahan.
Semoga Allah SWT memberikan kekuatan kepada kita untuk menguruskan perubahan

Isnin, 21 Ogos 2017

Satu lembaran baru tercipta dimana empat Parti yang terdiri dari Keadilan, Bersatu, DAP dan Amanah Kuala Pilah telah mengadakan satu pertemuan yang dihadiri oleh Pimpinan Utama Bahagian masing-masing pada 20hb. Ogos 2017 di Pejabat Pakatan Harapan Jemapoh, Juasseh. Perjumpaan julung kalinya itu tertumpu kepada suaikenal antara pimpinan Parti, melihat kekuatan dan kelemahan yang bertujuan untuk sama-sama membantu serta pembentukan Jentera Pilihanraya Pakatan Harapan Peringkat Parlimen  Kuala Pilah. Dalam perjumpaan yang sangat bermakna dan mempunyai maksud membawa iklim perubahan di Kuala Pilah terlihat kesungguhan semua yang hadir.


Jumaat, 4 Ogos 2017

Alhamdullilah, setelah sekian lama tiada sebarang posting, maka pertama kali untuk beberapa ketika saya berkesempatan untuk menyambung kembali siaran didalam Blog ini. Ini adalah disebabkan sesibukan tugasan peribadi dan mengharapkan ada penyambung yang boleh meneruskan cita-cita yang masih belum kesampaian. Dengan sokongan dan dorongan rakan-rakan, InsyaAllah Blog ini akan terus memaparkan kegiatan keADILAN Cabang Kuala Pilah menjelang Pilihanraya yang akan datang. Sekian, Wassalam.

Jumaat, 20 Julai 2012

KEADILAN KUALA PILAH BHUAT LAPORAN POLIS

KEADILAN CABANG KUALA PILAH hari ini (20hb. Julai 2012) telah membuat Aduan Polis petang tadi jam 4.30 petang berikutan pencerobohan dan memusnahkan Kain Rentang di Jemapoh dalam kawasan persendirian pada 18hb. Julai yang lalu. Pencerobohan yang dilakukan antara jam 2 hingga 3 pagi disedari oleh rakan-rakan PAKATAN RAKYAT sebelah siangnya. Sebelum itu pihak MDKP telah mengarahkan Penguatkuasanya untuk meruntuhkan Kain Rentang tersebut dalam masa 24 jam daripada tarikh surat dikeluarkan walaupun ia dirikan atas kawasan persendirian.

Jumaat, 13 Julai 2012

GERBANG KEADILAN JAWAB PRINCE OF KUALA PILAH



Saya sebenarnya malas untuk melayan PRINCE OF KUALA PILAH bertarikh Friday, 18 May 2012 di http://princeofpilah.blogspot.com/2012/05/bongkar-penipuan-pkr-kpilah.html . Tetapi memandangkan ia bersifat mengusik dan menguji, saya ambil masa sedikit untuk melayan anak berkarenah ini, supaya beliau dan sekutunya boleh berfikir matang dan jangan cuba bermain-main dengan saya untuk menegakkan benang basah bagi kepenting Politik yang beliau sokong.

Saya nampak Prince Of Kuala Pilah cuba mengintai-intai atau boleh saya istilahkan benci tapi rindu kepada kegiatan Pakatan Rakyat Kuala Pilah, dan membuat ulasan seperti beliau lebih tahu dan arif daripada DAP Kuala Pilah tentang program yang dijalankan pada 17hb. Mei 2012 itu.

Apabila Prince Of Kuala Pilah dalam blognya memberikan tajuk “MEMBONGKAR PENIPUAN PKR KUALA PILAH”... saya menjangkakan, beliau akan membongkarkan sesuatu yang amat besar dan sensasi, tetapi apabila membaca tulisannya, ia ibarat HAMPAS yang tidak membawa sebarang erti. Dalam ertikata lain, beliau cuba mencari publisiti murah dengan memain isu yang amat remeh. Mungkin, Blog Prince Of Kuala Pilah tidak mendapat sambutan, dan cara mudah untuk menarik mata orang ramai, beliau canangkan sesuatu agar orang ramai memandang kepada beliau. Mainan sebagi amat murahnya.

Mungkin Prince Of Kuala Pilah baru berjinak-jinak dengan dunia penulisan, maka itu tulisannya tersasar jauh dan analisanya mengenai Program DAP pada hari tersebut yang hanya bersandar kepada 2 keping gambar yang saya Post dalam Gerbang Keadilan amat cetek dan dangkal dan saya tidak mahu mengulasnya.

Prince Of Kuala Pilah juga menegaskan bahawa beliau amat mengenali anak-anak tempatan Kuala Pilah dan mengenali teman-teman dari DAP dan tidak ada seorangpun yang menghadiri program tersebut. Katanya lagi: Kebanyakkannya ketika dihubungi turut mengatakan akan menolak penubuhan tersebut kerana tidak menghormati mereka sebagai ahli senoir DAP di Kuala Pilah.

Telah saya nyatakan diatas, mungkin Prince Of Kuala Pilah ada sikap “benci tapi rindu” kepada PAKATAN Rakyat Kuala Pilah dan menyibuk-nyibuk mencampuri urusan DAP dan memberi ulasan seperti beliau yang lebih arif dari anggota DAP sendiri. Umumpun sudah mengetahi bertapa UMNO dan pimpinannya amat fobia dengan kemaraan DAP bersama dengan Pakatan Rakyat malah menuduh DAP sebagai agen Komunis dan ingin membuang Raja-raja Melayu, tetapi sejak bila pula Prince Of Kuala Pilah mengenali teman-teman DAP Kuala Pilah termasuk juga YB Anthony Loke dan membincangkan hal-ehwal dalaman DAP?

Prince Of Kuala Pilah seperti burung kakak Tua, menuturkan apa yang orang kata, tetapi tidak memahami apa yang dituturkan. Sebab itu apa yang telah dilakukan oleh DAP Kuala Pilah pada hari tersebut beliau tidak boleh menerima dan enggan memahaminya.

Amat pelik dan hairannya sikap Prince Of Kuala Pilah atau beliau memang rela untuk jadi sedemikian. Oleh yang demikian, lain kali bila menulis berhati-hati supaya ia tidak mencucuk mata sendiri.




Sabtu, 30 Jun 2012

PERMAKLUMAN

Dengan tegas dinyatakan bahawa Ceramah hari ini (Ahad) 1hb. Julai 2012 yang dikaitkan KEADILAN Kuala Pilah terutama DUN PILAH, (seperti banner dibawah) tiada sebarang perhubungan dan kaitan dengan PARTI KEADILAN RAKYAT CABANG KUALA PILAH. Sebarang kesan daripada tindakan itu, kami tidak akan bertanggungjawab dan tiada kena mengena dengan PKR Cabang Kuala Pilah. Juga dimaklumkan bahawa Pejabat Keadilan Kuala Pilah, dan bilik Gerakan Parlimen dan DUN Pilah adalah di No. 8, Tingkat 1, Taman Ampang Tinggi, Jalan Melang, Kuala Pilah (Bersebelahan ESSO). 



Ahad, 24 Jun 2012


CERAMAH PERDANA yang diadakan pada 23hb. Jun 2012 Sabtu lalu mendapat sambutan hangat daripada penduduk Kuala Pilah. Timbalan Presiden PKR, YB Sdr. Azmin menyampaikan ucapan pertamanya berikutan jadual Program yang ketat dan beliau terpaksa bergegas pula ke Linggi selepas beliau menyampaikan ucapan. Turut memberikan ucapan Sdr. Zaharudin Othman, YDP PAS Kuala Pilah, YB Puan Zuraidah Kamarudin, Ketua Wanita PKR dan terakhir YB Anthony Loke, MP Lobak. Hadirin juga turut diajak Pengerusi Majlis bagi menyampaikan pandangan dan pendapat.

Isnin, 18 Jun 2012

KEMPEN TAWAN KUALA PILAH


Keadilan Cabang Kuala Pilah meneruskan usaha-usaha "Tawan Kuala Pilah" dalam PRU-13 dan pada 18hb. Jun 2012 team DUN Pilah telah bergerak di Pekan Kuala Pilah mengedar Flyers berkaitan Parti kepada peniaga dan penduduk. Respon yang diterima amat menggalakkan dan ramai penduduk mengeluh dengan keadaan ekonomi yang amat mencengkam, dan suatu perubahan perlu dilakukan menurut mereka. Kehadiran Team DUN Pilah tersebut disambut dengan mesra dan gembira dan rata-rata memberikan galakan dan sokongan. Menurut Ketua Wanita DUN Pilah, Puan Kamariah dengan dibantu oleh Puan Ruzaina, mereka akan mengerakkan lagi jentera agar terus sampai kepada pengundi dengan penyebaran maklumat. Pasukan tersebut dipecahkan kepada 3 kumpulan dan sasaran ialah di Pekan Kuala Pilah dan taman-taman sekitarnya.



Jumaat, 15 Jun 2012

Kerajaan kecewa bukit diteroka

TANAH bukit di jajaran Gunung Angsi dekat Senawang diteroka oleh pemiliknya sebuah syarikat koperasi untuk ditanam kelapa sawit.

SEREMBAN 13 Jun 2012 - Kerajaan negeri kesal dan dukacita apabila melihat bukit di jajaran Gunung Angsi, dekat Senawang diteroka sebuah syarikat sejak beberapa bulan lalu sehingga mencacatkan keindahan alam sekitar.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tanah seluas 404.685 hektar itu bukan tanah milik kerajaan, tetapi adalah tanah milik syarikat atau koperasi dari Selangor yang dibeli daripada lelongan awam yang dibuat pihak Pengurusan Danaharta Nasional Berhad, beberapa tahun lalu.

''Kawasan itu sebenarnya yang telah diberi milik lama dulu sebelum saya menjadi Menteri Besar lagi dan telah bertukar milik banyak kali sehinggalah akhirnya dibuat lelongan awam oleh Danaharta dan diberikan kepada satu syarikat atau koperasi dari Selangor.

Sumber: utusan

Ulasan kami : 
MB dah ngoba kan ari ni, Kerajaan negeri x do kono mengono dengan kes ini, itu Syarikat punyo kojo.... (tanah milik persendirian) yang dapek 400 ekar lobih, dan bagi pihak MB, dio boleh ngeluarkan permit membalak. Lebih baik kita keluarkan permit untuk dapatkan hasil royalti kayu. Bagaimana MB memutar lagi? katanya "Saya mahu membetulkan perspektif ini kerana bukan kita yang sanggup membiarkan keadaan ini terus berlaku, tetapi itu adalah tanah persendirian" Lihat SINAR hari ini 14 Jun 2012. Lucukan !!!! 

 
Keadilan Cabang Kuala Pilah semalam telah menghantar seramai 12 orang wakil ke Program Taklimat tentang Peranan dan Strategi Media Sosial dalam membantu kemenangan dalam Pilihanraya Umum di Pejabat MPN, Seremban pada 15hb. Jun 2012. Kumpulan yang diketuai oleh Naib Ketua Cabang Haji Roslan Alias telah memberikan fokus kepada program ini, kerana ia salah satu medium untuk menyebarkan maklumat secara tepat kepada rakyat khususnya pengundi. Menurut Haji Roslan, pengundi baru mempunyai akses yang mudah kepada Internet, terutama Facebook, Twitter, Blog dan sebagainya. Maka itu kumpulan ini tidak melepaskan peluang untuk menyertai taklimat tersebut dan menunjukkan minat yang mendalam. Menurutnya lagi sebagai contoh Di Parlimen Kuala Pilah, gerakan ini telah bermula dan terdapat sebanyak 7 Facebook milik Pakatan Rakyat berupa Group  3 laman Blog samada yang digerakkan oleh Parti maupun persendirian, disamping berpuluh-puluh twitter.