Jumaat, 11 Jun 2010
YB SENATOR EZAM MOHD NOOR HILANG PENYOKONG
S emalam 11hb. Jun 2010, YB Senator Ezam Mohd Noor kembali lagi ke Kuala Pilah di Kg. Gachong, tetapi kali dengan pegangan Politik yang berbeda daripada dahulu ketika beliau kerap ke Kuala Pilah selaku Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional. Waktu pertama kali memberikan Ceramah di Kuala Pilah, di Kampong Parit, ribuan hadir memberikan sokongan kepada beliau. Tetapi kali ini, dengan sosok badan yang sama dan bergelar Senator pula beliau hadir atas anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Pilah, tetapi malangnya hanya kira-kira 150 orang hadir mendengar ucapannya. Beliau masih memiliki pengucapan yang sangat baik, malah suatu ketika dahulu ramai yang tertanya-tanya, siapakah anak muda itu, sedangkan Anwar Ibrahim masih terpenjara? Beliau memiliki pesonaliti dan gaya pengucapan mirip Anwar Ibrahim. Perjuangannya menuntut keadilan amat dikagumi dan disanjung oleh seluruh lapisan masyarakat. Oleh kerana kelantangan dan keberanian beliau maka lahirlah SUMPAH KERAMAT sebagai aku janji persetiaan kepada perjuangan menuntut keadilan dan kebenaran dan membebaskan Anwar Ibrahim dari penjara oleh penguasa yang zalim. Dalam siri jelajah keseluruh negara, bermula dengan SUMPAH KERAMAT 1, 2, 3, 4 dan seterusnya hinggalah tidak terkira lagi beberapa banyak SUMPAH yang sudah dilafazkan. Dalam kaedah tilikan yang amat mudah difahami, orang yang kerap melakukan atau melafazkan SUMPAH adalah terdiri daripada mereka yang diragui kejujurannya. Umpama penjual ubat ditepi jalan, untuk meyakinkan pembeli, penjual bersumpah jika ubatnya tidak mujarab, beliau rela jarinya dipotong dan seumpamanya. Bila ubat sudah terjual, keesokkan hari penjual ubat sudah tiada Lagi disitu. Saya boleh umpamakan YB Senator Ezam seperti itu, kerana saya tidak meyakini orang yang terlalu banyak bersumpah.
Dalam hal menyakinkan pendengar ini, YB Senator Ezam masih seperti dulu, dalam ucapannya di Kg. Gachong itu beliau menyebut "jika saya membuat fitnah, amalan (agama:Pen) yang saya buat dari dulu hingga sekarang akan luput dan padam". Ini suatu bentuk keyakinan yang diakujanjikan oleh YB Senator Ezam kepada pendengarnya, tetapi kali ini pendengarnya adalah ahli-ahli UMNO, dalam bilangan yang sangat kecil dan mendapat tepukan dari mereka.
Keseluruhan Program anjuran Pergerakan Pemuda UMNO tersebut, nampaknya khusus untuk mencerca Anwar Ibrahim, kemarahan yang sangat meluap-luap daripada penceramah iaitu Anuar Shaari (bekas setiausaha politik Anwar Ibrahim) dan Ezam Mohd Noor dengan modal "saya penglima kanannya", "saya Setiausaha Sulit beliau", "saya orang kepenjara selepas Anwar Ibrahim" dan saya tahu siapa Anwar Ibrahim. Dengan hujjah "saya yang paling rapat dengan Anwar Ibrahim lebih daripada orang kuat KEADILAN di Kuala Pilah ini, maka beliau menyeru kepada ahli-ahli UMNO jangan mempercayai langsung menusia yang bernama Anwar Ibrahim itu.
Mereka mengingatkan lagi bahawa manusia yang bernama Anwar Ibrahim sangat bijak, jika beliau seorang penjual ais-cream, mereka yang tidak berminat untuk membeli akan bertukar fikiran bila mendengar celoteh penjual. Begitu Ezam berjenaka untuk meyakinkan pendengar.
YB Senator Ezam dan rakannya tidak mampu mengawal kemarahanya kepada DSAI, lalu menuduh DSAI menjadi agen asing untuk menghancurkan Islam, dan bangsa Melayu dan memuja pula UMNO sebagai hanya satu-satu wadah bagi orang-orang melayu dan Islam untuk memiliki dan mempertahan hak dinegara ini. Beliau juga turut mengakui bahawa beliaulah yang menubuhkan Parti Keadilan Nasional yang merangkumi keahlian dari pedlbagai kaum, tetapi ia telah lari dari tujuan asal penubuhannya.
Kehadiran kecil pendengar pada malam tersebut mengambarkan bahawa YB Senator Ezam Mohd. Nor sudah hilang penyokong semenjak beliau kembali rujuk kepada UMNO, kerana beliau adalah seorang pembohong besar, melanggar SUMPAH atas Nama Allah SWT, malah ketika Ibu beliau memberikan ceramahnya di Kg. Purun, Talang suatu ketika dahulu beliau memberi jaminan bahawa anaknya adalah seorang pejuang tulen, namun YB Senator Ezam menghampakan harapan itu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan