Rabu, 20 Januari 2010

ISU PERUNTUKAN

dipetik daripada telokkemang.blogspot.com

'Isu diskriminasi Kerajaan Persekutuan menyekat peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen (AP) Pakatan Rakyat jelas mengingkari amalan federalisme negara ini'.

'Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad menyifatkan pemimpin UMNO-BN berfikiran jumud dan kolot hingga sanggup mempolitikkan isu peruntukan yang akhirnya menindas kebajikan rakyat selaku pembayar cukai......'

'Wang yang disalurkan oleh Kerajaan itu bukan wang parti, tetapi wang rakyat, dan ini bertitik tolak daripada perkara yang lebih asas lagi iaitu tentang isu pembiayaan politik dan sebagainya di Malaysia masih lagi tidak ada peraturan yang jelas, dan sebab itu hari ini disalurkan dalam peringkat parti....'


Di atas adalah ungkapan sebahagian dari kenyataan YB Nik Nazmi dipetik dari TV Selangor.

Saya bersetuju sepenuhnya bahawa di atas prinsip keadilan, peruntukan harus diberi kepada semua wakil-wakil rakyat ADUN dan AP tidak kira dari parti mana sekali pun kerana mereka-mereka ini ,telah pun dipilih dan di amanahkan oleh rakyat untuk melaksanakan tugas-tugas mereka termasuk menggunakan dana yang diperuntukan kerajaan untuk kebajikan rakyat.

Beliau juga menekankan bahawa kerajaan PR Selangor bersedia akan serta merta ikut sama menyalurkan kepada semua wakil-wakil rakyat sekiranya Kerajaan Pusat terdahulu berbuat demikian.

Dalam perkara ini saya dulu lagi pernah menyuarakan kepada kepimpinan parti bahawa di atas prinsip keadilan yang ditekankan, kerajaan PR harus melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dengan mengamalkan sikap terbuka dan bersedia menyalurkan peruntukan terus kepada semua ADUN dan AP tidak kira dari parti mana, walau pun Kerajaan Pusat enggan melaksanakannya.

Ini akan mencerminkan keikhlasan dan kewibawaan kerajaan PR yang bersedia dan berkemampuan melaksanakan amalan kebertanggungjawaban dan keterbukaan pentadbirannya. Secara langsung, PR menghormati bahawa rakyat telah membuat pilihan siapa wakil-wakil mereka di kawasan masing-masing. Kita akur kepada amanah rakyat.

Kerajaan PR mempunyai kepakaran untuk memantau penggunaan peruntukan tersebut dan dapat mempastikannya sampai ke sasaran yang dimaksudkan. Justeru, tidak ada halangan bagi kerajaan PR untuk bertindak dan melaksanakan dasar tersebut.

Ayuh PR, kita tidak seperti mereka yang berfikiran jumud dan kolot.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan