Rabu, 30 September 2009

CORETAN PRK BAGAN PINANG

Kehangatan PRK Bagan Pinang semakin terasa dan perbualan dikalangan rakan-rakan jika tidak menyentuh PRK Bagan Pinang maka perbualan itu terasa tiada yang istemewanya. Seorang sahabat di Pusat Perbadanan Kraftangan Cawangan N. Sembilan bercerita sambil bersungut bahawa beliau dan semua staff di Kraftangan telah diarahkan untuk wajib hadir sewaktu Hari Penamaan Calun BN hari Sabtu ini. Seorang sahabat yang lain pula menyampuk, kalau tak nak kena kutuk jangan pakai baju ada logo BN sambil bergurau, staff Kraftangan tersebut nampak kebingungan dan bersungut lagi "ahli-ahli UMNO dan BN dah tak ada lagikah sampai arah orang yang tiada kena mengenakan dengan Parti itu untuk hadir?". Disuatu lokasi yang lain pula seorang remaja yang aktif belia di Kampongnya bertanya kepada bapa saudara beliau, bahawa beliau diminta untuk hadir pada hari tersebut malah diberi wang saku sekali, maka kata bapa saudaranya yang aktif dengan Pakatan Rakyat kalau tak tahan dengan suasana hari Penamaan tersebut jangan ikut serta, maka remaja tersebut berfikir dan bertanya apa kena mengena Belia dan Parti tersebut, bapa saudaranya berkata kalau dah tersepit Parti tersebut main songlap semua dan hulur wang, pokoknya ramai orang mengiringi Calon Partinya. Yang ketiga seorang peniaga yang terpaksa berpura-pura menyokong UMNO kerana nakkan pinjaman TEKUN menceritakan salah seorang YB di Kuala Pilah datang kepada beliau dan bersungut dengan karenah pemuda UMNO Kuala Pilah, masing-masing bila diarah ke Bagan Pinang mulalah minta wang, tayar kereta botaklah, road-tax matilah dan pelbagai lagi alasan untuk dapatkan wang. Yang dah ke Bagan Pinang pula, melepak kat Hotel. bangun pagi pula jam 11.00, kerja apa nak buat bantu Parti kalau bangun dah lewat? YB tersebut terus kebingungan dengan kerenah anak-anak buahnya. Manakala dalam dialog keempat ketika sarapan pagi disebuah restoran Jalan Melang, seorang bekas pemimpin UMNO yang waktu mudanya sebagai meter reader kini dah kaya raya kerana bertaukehkan Isa Samad, naik berang dengan berkata "nak bergaduh SATU MALAYSIA, kalau iSA kalah!!", bila soalan diajukan jika Isa Samad kalah dalam PRK Bagan Pinang. Begitulah fanatiknya pemimpinan UMNO Kuala Pilah kepada Isa Samad itu, yang sewaktu menjadi Menteri Besar beliau pernah mendapat habuan lumayan kerana taat setianya. Beginilah kerenah mereka yang yang bergelar pemimpin UMNO, mereka yang digelar sebagai pemimpin seolah dikalung dengan pakaian dan kehormatan Melayu, dan barangsiapa yang menentang pemimpin itu akan dicop sebagai penentang Melayu dengan istilah pengkhianat dan pendurhaka. Suatu lagi yang hangat diperkatakan sekarang Isa Samad terlalu kerap di Kuala Pilah, kenapa? Dan kerap pula bersama bekas YB dan Bekas Pemimpin Puteri UMNO Kuala Pilah itu. Ramai yang bertanya dan saya tidak dapat memberikan jawapan tepat, dan saya pula sudah lama terputus hubungan dengan suaminya. Bagi menghilangkan khabar angin atau mungkin ia akan bersifat fitnah ISA SAMAD tentunya tidak menjadi kesusahan kepada beliau menjelaskannya kepada orang ramai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan