Selasa, 12 Mei 2009

MESEJ JELAS DARI NIZAR

Cuaca cerah yang disangka berpanjangan mendung semula. Dengan sebegitu cekap dan pantas Hakim Mahkamah Rayuan menerima permohonan Zambri untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam setelah beliau mendaftarkan permohonan sebelah paginya.

Peguam Zambry berhujah bahawa penangguhan keputusan mahkamah semalam adalah penting untuk menghalang Nizar daripada mendapatkan perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Sejurus Ir Nizar mendapat keputusan Mahkamah Tinggi mengistiharkannya sebagai Menteri Besar Perak yang sah, beliau mengumumkan akan mengadap Sultan Perak untuk mendapat perkenan membubarkan DUN sebagai jalan penyelesaian krisis politik disana dan inilah jalan terbaik yang dipersetujui semua pihak dalam semua bentuk perbincangan dan perdebatan.

Berlainan pula sifatnya dengan UMNO dan BN, mereka berusaha untuk mengekalkan kuasa dengan apacara sekalipun tanpa perlu lagi merujuk kepada rakyat. Ini petanda jelas, bahawa mereka tahu bahawa RAKYAT kini menolak mereka, walauapapun PRU ke-13 pasti sampai !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan