Isnin, 31 Ogos 2009

GERBANG KEADILAN K. PILAH GENAP SETAHUN

Hari ini 1hb. September 2009 genap setahun blog Gerbang Keadilan Kuala Pilah dialam maya. Kelahiran Gerbang Keadilan Kuala Pilah diharapkan akan menyampaikan permakluman aktiviti, pandangan serta pendapat dan seruan dari Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Pilah. Kami juga menyatakan rasa syukur atas sambutan daripada ahli-ahli, penyokong maupun penentang dan dengan itu melahirkan sedikit kematangan dalam pemberitaan dan laporan dalam situs ini. Begitu juga kami dapat melontarkan pandangan serta pandapat dalam usaha yang kecil ini dalam pembangunan negara. Kita juga berasa bertanggungjawab melahirkan pelbagai citarasa masyarakat Kuala Pilah dalam penghidupan mereka agar ia dapat diatasi dan diperbaiki oleh mereka yang berkaitan. Oleh itu, sebarang siaran yang kurang enak didengar, jangan disalah anggap, kerana ia untuk kebaikan rakyat jua. Kepada para penentang yang tidak bersetuju langsung dengan pandangan yang dilontarkan, kami mengharapkan komen yang diberikan wajiblah lebih kukuh dari apa yang kami bentangkan. Adalah menjadi harapan, nafas Gerbang ini akan terus berdenyut untuk jangka masa yang lama dengan bantuan dan sokongan tuan/puan dan menjadi suara dan perutusan seluruh ahli Keadilan Cabang Kuala Pilah dan penyokong. Wassalam.

Ahad, 30 Ogos 2009

MERDEKA

Parti Kebangsaan MELAYU Malaya (PKMM) dengan semboyan “MERDEKA” menghidupkan semangat memerdekakan tanah air daripada Penjajah British apabila ia ditubuhkan di Ipoh Perak pada tahun 1945. Manakala UMNO yang dilahirkan pada 11 Mei 1946 oleh golongan bangsawan dan golongan atasan dan Pegawai Tinggi Kerajaan pula memakai semboyan “Hidup Melayu” dan mengambil pendirian menentang semboyan “MERDEKA” yang digunakan oleh PKMM. Sejarah perjuangan membuktikan tiada seorangpun ahli UMNO yang ditangkap atau dipenjarakan oleh Kerajaan Penjajah British sewaktu menuntut kemerdekaan, kerana mereka mengambil sikap berbaik-baik dengan British. UMNO ketika itu juga dilihat sebagai antigerakan nasionalis dan juga anti semboyan “MERDEKA”. Orang-orang yang dianggap berhaluan kiri seperti PKMM sentiasa difitnah oleh orang-orang dari parti UMNO. Manakala Kerajaan Penjajah British sentiasa mengawasi pergerakan mereka dan menakut-nakutkan anggota daripada pertubuhan kiri malah ada yang dipenjara dan dihukum gantung. (Demikian secebis coretan sejarah perjuangan Shamsiah Fakeh untuk tatapan anak bangsa.) SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN.

Selasa, 25 Ogos 2009

Ramai pemimpin Umno terlibat jika skandal PKFZ didedah - Chua Jui Meng

KUALA LUMPUR, 25 Ogos: Bekas Naib Presiden MCA yang kini menyertai PKR, Datuk Chua Jui Meng mendakwa ramai pemimpin Umno yang terlibat jika didedahkan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). Umno, dakwanya lagi, tidak puas hati dengan dengan cara Menteri Pengangkutan, Ong Tee Keat mendedahkan skandal tersebut. Bekas Menteri Kesihatan itu juga membayangkan apa yang dihadapi oleh Ong kini sebagai konspirasi Umno untuk menjatuhkannya.

Dakwaan Chua itu tampil selepas dakwaan Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Tee Lian Ker baru-baru ini bahawa ramai tokoh Umno dan MCA berada dalam "payroll" Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), Datuk Seri Tiong King Sing.
KDSB ialah pemaju PKFZ.

Sejak Ong bergelut dengan pendedahan Tiong yang mendakwa memberikan RM10 juta kepada Presiden MCA itu, tidak ada pemimpin Umno yang kelihatan bersimpati kepadanya. "Pernahkah anda melihat Perdana Menteri tampil mempertahankan Ong? Pernahkah anda dengar Timbalan Perdana Menteri mempertahankan Ong berkaitan skandal PKFZ? "Atau di mana para pemimpin Umno lain untuk mempertahankan Ong mengenai isu itu? Tidak ada". Sila baca lagi....

BN/UMNO TERSUNGKUR TERUS

PAS mengekalkan kemenangan di DUN Permatang Pasir dalam Pilihanraya Kecil sebentar tadi. Kemenangan ini melepasi sasaran menang satu undi oleh Mustafa Ali yang melihat kelebihan berpihak kepada UMNO/BN, kerana menggunakan keseluruhan jentera kerajaan dalam PRK kali ini.

PAS: 9618
BN : 5067
UNDI ROSAK: 83
MAJORITI: 4551

Sebelum itu, UMNO/BN terus memperalat Angkatan Tentera Malaysia dengan menempatkan Kor Perubatan di Bangsal UMNO di depan Masjid Permatang Pasir. Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri yang juga Menteri Pertahanan, Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi tanpa segan dan silu menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan Parti beliau.



Walaupun Pimpinan UMNO menggunakan seluruh kekuatannya termasuklah menyalahgunakan kuasa bagi menjamin kemenangan mereka, namun rakyat menolak BN dan memberikan kemenangan kepada calun PAS. Syabas kepada pengundi di DUN Permatang Pasir.

Isnin, 24 Ogos 2009

BANYAK SANGAT KENDURI

Sebelum Ramadhan ini, banyak undangan diterima ke kenduri "Menyambut Kedatangan Bulan Ramadhan" dan "Doa Selamat". Di Taman yang saya duduki tuan rumah yang berkemampuan dilihat semacam berlumba-lumba mengadakan kenduri tersebut, dalam minggu lepas ada 4 buah rumah buat kenduri yang sama. Bulan sebelum ini juga pernah juga buat kenduri, kenduri apa dah lupa pulak, sebab banyak kenduri. Nak masuk bulan Ramadhan buat lagi kenduri. Sayapun naik pelik kenapa banyak sangat kenduri. Apa tujuan mereka, kalau bukan nak cari pahala apa lagi? Jika nak cari pahala kenapa tak cari orang yang tidak berkemampuan dan yang layak untuk dijamu dan disedekahkan, seperti yang dituntut. Ini pulak yang dijemput orang yang sama, masing-masing nampak berkemampuan belaka, ada rumah sempurna, ada kereta, tidak ada yang kurang. Maka bergilir-gilirlah para undangan ini kerumah yang menjemput. Ianya berlegar disitu sahaja.

Dalam Al-Qur'an 9:10 menyebutkan : Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin dan amil-amil yang mengurusnya dan orang-orang mualaf yang dijinakkan hatinya dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Saya bimbang, apabila jiran yang diundang tidak hadir, maka akan timbul satu masaalah lain pula. Maka kenduri itu akan jadi suatu beban pula kepada orang ramai. Wallahua'lam.

Ahad, 23 Ogos 2009

RADZHI HARUS DIGUGUR EXCO DAN ADUN KEDAH

Parti Keadilan Rakyat Kedah menerima maklum bahawa ADUN Lunas yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah, Mohammad Radzhi Salleh ADUN daripada PKR telah mengumumkan pendiriannya itu pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini mengisytiharkan dirinya keluar parti dan menjadi ADUN Bebas.

Bagi pihak Parti Keadilan Rakyat Kedah kita amat kesal dengan sikap yang tidak bertanggungjawab ini. Telah menjadi satu kebiasaan apabila ada pilihanraya kecil, akan ada isu-isu lompat parti. Kita menjangkakan ini adalah sebahagian daripada tindakan yang dirancang oleh Barisan Nasional untuk memanipulasi isu menjelang pilihanraya kecil Permatang Pasir pada 25 Ogos nanti

Prestasi lemah beliau dalam kerajaan negeri juga amat mengecewakan pimpinan parti, ini termasuklah tuntutan perbelanjaan beliau yang tidak munasabah, dan masalah perkahwinannya di Thailand yang kini sedang dalam proses di Mahkamah. Kami juga telah memberi amaran keras kepada beliau untuk membuat perubahan prestasi kerja beliau dan khidmatnya di kawasan, namum beliau tidak bersedia untuk melakukan perubahan yang membuatkan ia mengistiharkan keluar dari parti hari ini. Ekoran daripada itu juga Cabang Padang Serai telah digantung oleh MPP dan diambil aleh pengurusan dan pentadbirannya oleh Majlis Pimpinan Negeri sehingga mesyuarat agung cabang yang akan diadakan nanti. Keputusan ini dibuat pada mesyuarat MPP 26 Julai 2009 yang lalu.

Sehubungan dengan itu kepimpinan PKR Kedah berdiri teguh mendokong dan menyokong kepimpinan YAB Datuk Seri Ust. Azizan bin Abd. Razak sebagai Menteri Besar dan selanjutnya mencadangkan kepada YAB Menteri Besar untuk memohon pekenan KDYMM Tuanku Sultan Kedah mengugurkan jawatan beliau sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Pimpinan Parti Keadilan Kedah juga dengan ini mendesak YB Radzi juga untuk meletak jawatan sebagai ADUN Lunas.

Sekian,


AHMAD BIN KASIM
Pengerusi,
Majlis Pimpinan Negeri
Parti Keadilan Rakyat Negeri Kedah Darul Aman.

Jumaat, 21 Ogos 2009

RAMADHAN TIBA LAGI

Bulan Ramadhan tiba lagi, sebagai umat Islam pada siang hari akan menahan diri dari makan dan minum, mendekati isteri, menjaga penglihatan mata, pendengaran telinga serta menjaga lidah. Mudah-mudahan bulan mulia ini menjadi praktis bagi kita mengamalkan tuntutan berpuasa. Ia adalah juga merupakan latihan bagi individu bagi menjadi manusia yang baik dan beriman. Individu yang baik adalah juga anggota masyarakat, yang akan melahirkan masyarakat yang baik dan beriman. Dengan masyarakat yang baik akan melahirkan kemakmuran, kesejahteraan dan keadilan. Kami mengucapkan Selamat Berpuasa dan mendapat manfaatnya bersama. Wassalam.

UMNO/BN TIDAK HARUS DIHORMATI-PAK SAMAD

"Kerajaan sepatutnya meluhuri undang-undang. (Teruskan PPSMI) ini dia (BN) langgar sendiri. Parti seperti ini (Umno-BN) tidak harus dihormati langsung," dan lagi "bahasa Melayu itu diperhina terus" kata Sastrawan Negara Datuk A Samad Said. Beliau menyifatkan keputusan kerajaan menangguhkan pemansuhan dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di semua peringkat sehingga tahun 2017 sebagai "penghinaan berterusan" terhadap bahasa kebangsaan.
Berita lanjut di Malaysiakini.

Khamis, 20 Ogos 2009

BERTATA TERTIB

Dalam menempuh arus perjuangan, tata tertib wajib diambil kira. Jangan main songsong semua, kerana memandang matalamat didepan. Etika berpasukan harus diambil kira supaya rakan-rakan tidak merasa dipinggir, disisih atau ditolak seperti permainan politik lama dulu. Ya benar, kita melaungkan REFORMASI, tapi bagaimana tatacara kita masih ditakuk lama? Kita masih memijak, tidak menghormati orang, memandang rendah kemampuan orang, dan memikirkan hanya kita yang berkemampuan melakukan reform itu, dengan tidak memberikan keyakinan itu kepada orang lain untuk melaksanakannya. Pengalaman semalam (20 Ogos) cukup memberi erti kepada saya dalam melalui liku perjuangan. Memang benar perpatah mengatakan "rambut sama hitam, tapi hati berlainan". Tetapi kadang-kadang hal yang terjadi amat mudah untuk ditimbang dengan akal yang waras, umpama kita memasuki rumah rakan, apakah boleh kita dengan sesuka hati merayau sehingga keruang bilik tidur tuan rumah, seolah-olah kita lebih berkuasa dari tuan rumah? Perkara-perkara remah seperti itu yang tidak terfikirkan oleh pimpinan dalam memelihara etika tata tertib berpasukan hanya akan menimbulkan rasa loya dan meluat dikalangan ahli. Tidak susah untuk membedakan sempadan itu jika jika pimpinan memiliki ketenangan dan tidak golojoh mengejar kejayaan.

Isnin, 17 Ogos 2009

Kejohanan Bola Sepak Bulan Kemerdekaan Kg Jemapoh

Ahad 16hb Ogos 2009

Bulan kemerdekaan telah mula di isi dengan mengadakan Kejohanan Bola Sepak Tertutup peringkat Kampong Jemapoh hari ini yg telah di adakan Padang Rakyat Desa Jemapoh.

Bermula awal pagi 10am kesemua peserta bediri di tengah padang sambil menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh penghayatan erti sebuah kemerdekaan.

Pasukan-pasukan yg terdiri dari Gugusan Jemapoh ini, telah menamakan pasukan masing-masing dgn nama jenama kereta-kereta keluaran Malaysia.

Lapan pasukan yg menyertai dan bermain format 7 sebelah. Penganjur kejohananan yg terdiri daripada anak2 muda Gugusan Jemapoh sendiri di bawah seliaan Bro. Helmi, menjadikan sukan bola sepak sebagai simbul simbolik erti perjuangan dan kemerdekaan. (PR Juasseh)

SPRM SUDAH BOSAN

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd. Shukri Abdull telah menyatakan bahawa semua siasatan bersabit dengan ahli politik akan dihentikan buat sementara waktu ekoran daripada tuduhan negatif beberapa pihak tertentu terutama parti pembangkang yang telah menjejaskan imej suruhanjaya itu, menimbulkan berita yang sensasi didada-dada akhbar dan sekali gus memberikan gambaran buruk kepada pembangkang. Memang diakui bahawa imej dan reputasi SPRM merudum seperti merudumnya pasaran saham, keyakinan orang ramai sudah hilang. Apatah lagi kematian Teo Beng Hock di SPRM mengundang pelbagai persoalan dan inkues kematian beliau menjurus kearah kematian membunuh diri. Sebagai sebuah suruhanjaya yang berada dibawah kawalan Kerajaan BN, adalah amat pelik kenyataan tersebut, kerana lazimnya pekerja akan merasa tertekan dengan majikan, bukan orang luar. yang berkemungkinan juga dengan arahan pelik dari majikan, maka pekerja akan bosan. Ini dikuatkan lagi dengan akuan Presiden UMNO bahawa Selangor akan ditawan kerana ia adalah nadi ekonomi negara, kerana itu kempen memburukkan Pakatan Rakyat sedang hebat dijalankan dengan memburu wakil-wakil rakyat PR dengan cubaan mengaitkan dengan isu rasuah khususnya di Selangor.

Ahad, 16 Ogos 2009

H1N1: PANDIRNYA MENTERI KESIHATAN

Penyakit Selesema Babi atau yang diistilahkan sebagai Influenza A (H1N1) nampaknya tiada tanda akan reda.

Semakin hari semakin meningkat jumlah kematian, terbaru jumlah kematian telah meningkat lebih 40 orang.

Kalau penyakit demam denggi, akan ada susut dan naik jumlah yang terlibat tetapi dalam kes ini ia semakin konsisten. Ini mungkin disebabkan masih tiada ubat? Atau punca-punca lain?

Kenyataan Menteri Kesihatan semalam, Dato' Seri Liow Tiong Lai amat menarik perhatian saya. Sebagai seorang bekas guru, pensyarah agak menarik kenyataannya bahawa tindakan penutupan sekolah dan institusi pendidikan seperti universiti akibat penularan wabak ini hanya akan diambil sebagai langkah terakhir.

Tambahnya, "tindakan penutupan sekolah atau universiti hanya akan dilakukan oleh pihak pentadbiran sekiranya kehadiran pelajar atau pengajar sangat rendah dan pembelajaran tidak dapat dibuat dengan baik.

"Pengetua sekolah bertanggungjawab untuk mencadangkan penutupan sekolah setelah mendapat nasihat daripada Pegawai Kesihatan Daerah dan dipersetujui oleh Pengarah Pendidikan Negeri," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Jawapan mudah yang boleh disimpulkan adalah kerajaan ingin menunggu sehingga sekolah kosong baru hendak bertindak? Atau lebih mudah nak kata, kalau ramai tak pergi sekolah (mungkin sebab takut atau lebih buruk lagi ramai yang dah dijangkiti dan mati) baru nak ambil langkah sedemikian?

Apakah Menteri Kesihatan mahu atau melihat rakyat menderita dengan serangan wabak ini dan baru ingin ambil tindakan pencegahan? Dan kalau ingin mengambil tindakan, maka perlu rujuk dahhulu Pegawai Kesihatan Daerah dan selepas itu Pengarah Pendidikan Negeri pula perlu sutuju barulah sekolah akan ditutup.

Agak-agak wahai Dato' Seri, berapa ramai atau jumlah kehadiran yang perlu dinantikan oleh kerajaan?

Inikah langkah-langkah yang efisen dalam menangani penularan wabak ini? Begitu pandir nampaknya Dato' Seri.

Bekas guru, Klang.

(petikan dari: surat pembaca harakahdaily)

(Hari ini negara mencatatkan kematian seramai 3 orang akibat penyakit tersebut menjadikan jumlah seramai 62 orang. Menurut Menteri Kesihatan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan 5 juta atau 20 peratus rakyat negara ini berisiko tinggi dijangkiti H1N1 jika pencegahan tidak diambil secara serius. WHO juga menjangkakan penularan wabak itu mungkin berlanjutan antara 6 bulan hingga 1 tahun. Peringatan WHO itu harus diambil perhatian serius oleh Kerajaan bagi melindungi rakyat dinegara ini. Perbuatan melengah-lengahkan tindakan seperti kebimbangan tulisan Guru Besar diatas ada asasnya. Juga kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin untuk tidak mengklasifikasikan lokasi panas adalah tidak praktikal menimbulkan kecurigaan. Apakah agenda promosi "SATU MALAYSIA" lebih penting dari menjaga nyawa rakyat? Di Kuala Pilah, kita dapat lihat promosi besar-besaran promosi SATU MALAYSIA-RAKYAT DIDAHULUKAN-PENCAPAIAN DIUTAMAKAN lebih utama dari Peringatan kepada rakyat melalui papan-papan iklan) - GK

Sabtu, 15 Ogos 2009

COCONUT WATER CAN PREVENT H1N1

...pls take coconut water daily.....

Former associate professor of ecology at Universiti Malaya has authored several books on complementary therapy called, 'Ecological Healing System'.

Dr Palaniappan said his 33 years of research had shown that high acidity in the body resulted in loss of immunity, thus making people more susceptible to viral diseases like Influenza A (H1N1).

Hence, to prevent acidity, it was essential to consume alkaline food and drinks that could neutralise excess acid in the body.

Dr Palaniappan recommends coconut water, which is alkaline, and therefore could be used as a herbal medicine for the prevention of H1N1.

For example, he said, those who felt feverish and developed a burning sensation while attending to a call of nature because of extreme acidity, could neutralise it by drinking coconut water, twice a day, for three days.

He also recommended orange, lemon and pomelo which, despite containing citric acid, were very rich in potassium and therefore, would not disturb the body's immunity.

According to Dr Palaniappan, excessive physical activity like running a marathon should be avoided as it produced acid due to excessive metabolic activity.

Similarly, he said, keeping late nights without adequate sleep and working without proper rest could also increase the body's acidity which in turn, lowered immunity and made the body vulnerable to viral attacks.

Dr Palaniappan's blog: http://ecohealingsystem.blogspot.com/ discusses the therapy in more detail.

MASIH RAMAI TIDAK KIBAR JALUR GEMILANG

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu negeri, Datuk Mohammad Razi Kail berkata masih ramai kalangan rakyat di negeri ini yang mempunyai tahap kesedaran yang rendah selain tidak mempunyai semangat patriotisme yang tinggi untuk sama-sama mengibarkan Jalur Gemilang. Ini berikutan sambutan dingin daripada pemilik kenderaan dan pemilik premis meskipun kerajaan telah pun melancarkan kempen mengibarkan bendera kebangsaan negara, Jalur Gemilang baru-baru ini. Cuma yang dapat dilihat adalah bendera-bendera yang telah dipasang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Hakikatnya, ia menunjukkan kempen itu nampak suram dan tidak mendapat sambutan daripada kalangan rakyat memandangkan ia hanya disahut oleh Kerajaan Negeri dan bukannya warganegara sendiri.

Kami sangat memahami disebalik tabir mengapa rakyat lesu untuk mengibarkan Jalur Gemilang tahun ini dan sebelumnya. Apakah tidak cukup peranan kerajaan untuk membentuk jatidiri rakyat supaya cintakan tanah air selama puluhan tahun, sehingga Datuk Mohammad Razi Kail menganggap rakyat negeri ini mempunyai tahap patriotisme dan kesedaran yang rendah. Kegagalan ini bererti kegagalan pemerintah memenangi hati rakyat.

JANGAN BIJAK TERPIJAK, BIAR BODOH BERSULUH

Peribahasa menyebut Jangan Bijak Terpijak, Biar Bodoh Bersuluh amat tepat bagi yang terlibat dalam isu Dato' Adat mencampuri urusan politik di Kuala Pilah. Akhbar Harakah menyiarkan laporan campurtangan tersebut dan Ketua Pemuda PAS Kuala Pilah Ust. Mohd. Fuad Osman mempersoalkan campurtangan itu dan sekaligus seolah-olah cuba mengheret Institusi itu bersama Yam Tuan Besar Negeri Sembilan dan Undang Yang Empat kekancah politik.

Kita melihat tindakan Dato' tersebut suatu kesilapan yang tidak harus berlaku, mudah-mudahan beliau menyedari kesilapan itu, supaya Institusi tersebut terus dihormati dan diyakini oleh pengamal Adat di Kuala Pilah. Atau jika Dato' tersebut sangat berminat berpolitik, maka beliau harus melepaskan gelaran Dato' Perdana itu dan bersilat digelanggang sebenar.

Khamis, 13 Ogos 2009

DHARMALA NS MENINGGAL DUNIA

Sasterawan dan budayawan Dharmala NS atau nama sebenar beliau Abdul Muluk Daud meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor kira-kira 8.45 pagi ini (12 Ogos 2009 - GK) akibat sakit jantung.Abdul Muluk, 62, yang turut mesra dengan panggilan Pak Dharma meninggalkan seorang balu dan enam orang anak - empat lelaki dan dua perempuan, antara 16 hingga 31 tahun.

Balunya Adiah Matlana, 54, berkata Dharmala diserang sakit jantung selepas bersahur bersama ahli keluarganya di Taman Seri Gombak, Selangor pada 4 Ogos lepas, lapor Bernama."Pak Dharma terus dikejarkan ke Hospital Selayang oleh ahli keluarga dan dimasukkan di Unit Rawatan Jantung (CCU) sehingga menghembuskan nafas terakhir pagi ini," katanya kepada agensi berita itu.Abdul Muluk juga pengendali laman blog Warga Prihatin Malaysia (Prima).Adiah berkata jenazah allahyarham dikebumikan di kampung asalnya di Kampung Bachang Mantin, Jelebu selepas solat Asar.Allahyarham semasa hayatnya merupakan penulis novel, cerpen, sajak, drama televisyen dan penulis skrip filem Raja Melewar.Novel hasil buah tangannya termasuklah Hanya Tinggal Kenangan, Lembah Tercinta dan Tinggal Kasih Tinggallah Sayang, sementara cerpennya pula Rumah Baru (antologi bersama), Sayembara II (antologi bersama), Sayembara III.Drama TV karyanya antaranya Terbang Kenyalang dan Satu Anugerah.

(Hasil pemikiran beliau boleh dilihat di http://abdulmulukdaud.blogspot.com/ -GK)

HASRAT BN/UMNO TAK KESAMPAIAN

Dua exco kerajaan Selangor yang berbeza pendapat berhubung isu penjualan arak hari ini berdamai secara terbuka di depan wartawan di sidang media khas Pakatan Rakyat. Datuk Dr Hasan Ali dan Ronnie Liu berjabat tangan di depan media, dan mengadakan sidang akhbar bersama. Turut hadir, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menyifatkan perbedaan pendapat antara kedua-dua "sudah selesai". Perbedaan pendapat dikalangan Pakatan Rakyat tidak harus dilihat sebagai tanda perpecahan, dan itulah yang diidamkan oleh UMNO/BN dan dimainkan secara besar-besaran oleh media utama negara dengan tujuan meleburkan ikatan itu. Tautan semula itu tentu menghampakan UMNO/BN dan mereka terus berputih mata. Kebijaksanaan pimpinan Pakatan Rakyat menyelesaikan isu tersebut tentu terus membingungkan UMNO/BN, dan mereka akan berkerja keras lagi bagi mencapai cita-cita jahat mereka itu.

Selasa, 11 Ogos 2009

SIRI MENGOMBAK KEMENANGAN KUALA PILAH

PIDATO UMUM
Tarikh : 20hb. Ogos, 2009 (Khamis)
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Kawasan Perindustrian Dioh, Kuala Pilah

PEMIDATO:-
1. Ybhg. Datuk Zaid Ibrahim
2. YB Dato' Kamarul Baharin Abas (Pengerusi MPN, N. Sembilan)
3. YB Loke Siew Fook (MP Rasah - Ketua Pemuda DAP)
4. Ybhg Sdr. Shamsul Iskandar Akin (Ketua AMK)

(Pastikan anda hadir bersama keluarga dan rakan-rakan dan sila hebahkan. Terima kasih)

KENYATAAN MEDIA DSAI

—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—
Petaling Jaya, 11 Ogos 2009

Pimpinan UMNO dan konco-konco mereka memintal propaganda yang memanipulasi simbol-simbol tentang bangsa, agama dan raja dengan hasrat agar pemikiran rakyat kembali sempit dan mundur. Ini bukanlah kali pertama saya menjadi sasaran di dalam isu pengkhianatan ini. Mereka telah mencuba puluhan kali sebelumnya. Usaha terbaru dengan menghebahkan isu pengkhianatan ini jelas menjadi petanda mereka kian terdesak.

Saya tidak berhasrat untuk terjebak di dalam pertikaian peribadi dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Saya akan hanya berhujah dari sudut dasar. Perlu saya tekankan pandangan saya dan Pakatan Rakyat jelas walaupun tidak disiarkan oleh media milik UMNO. Kenyataan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang ditandatangani oleh YB Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, YB Lim Kit Siang dan saya sendiri pada mesyuarat 8 September 2008, menegaskan komitmen kami menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan. Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan.

Kita menyakini mempunyai hujah-hujah yang cerah dan jitu untuk menangani politik kebencian pimpinan UMNO yang memperolok simbol-simbol bangsa, agama dan raja, semata-mata untuk mengekalkan kekuasaan dan menutup pekong rasuah, jenayah dan penyalahgunaan kuasa.

Pengkhianatan amanah rakyat oleh pimpinan UMNO berterusan dengan skandal penyelewengan dana awam berbillion ringgit di atas nama komisen pembelian senjata, mengaut saham, kontrak dan lesen yang diperuntukkan untuk bumiputera tetapi dikaut oleh keluarga serta kroni mereka.

Kita juga tidak lupa bahawa pimpinan UMNO-lah yang menghina institusi Raja-Raja Melayu pada tahun 1983 dan 1993. Malahan mereka menghina Islam dengan memperbanyakkan lesen perjudian serta menggadai gunung dan bukit kepada tauke-tauke judi terbabit. Hatta pentadbiran UMNO sanggup menggadai kepentingan petani dan peraih kecil Melayu dengan menjual saham Bernas kepada syarikat asing.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Dewan Rakyat

Isnin, 10 Ogos 2009

POLIMIK PENGKHIANATAN MELAYU

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
9 Ogos 2009

Polemik 'Pengkhianat Melayu': Petanda Pilihanraya Umum Bakal Menjelang.
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) memandang serius akan trend media-media arus perdana yang begitu serius memainkan isu 'Pengkhianat Melayu' mutakhir ini. Pandangan dan komentar pimpinan-pimpinan Umno khususnya disebar luas melalui media-media cetak dan elektronik yang jelas bertujuan untuk memberikan impak negatif ke atas imej Ketua Umum KEADILAN, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat secara umumnya. Berdasarkan kepada analisis trend, AMK yakin dan percaya bahawa strategi ini bertujuan sebagai persediaan Pilihanraya Umum yang dijangka akan diadakan dalam tempoh terdekat. Dan ini juga sebagai persediaan awal bagi kempen Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir yang dijadualkan akan diumum oleh SPR esok, 10 Ogos 2009.Polemik pengkhianat Melayu ini berterusan dimainkan dengan restu Perdana Menteri Najib yang jelas menggambarkan ketandusan idea kepimpinan beliau untuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat secara gentleman dan terbuka. AMK percaya ini berlaku rentetan beberapa isu mutakhir yang gagal didepani dengan baik oleh kepimpinan Najib termasuklah pendedahan isu skandal penyelewengan PKFZ, isu kematian Teoh Beng Hock dalam siasatan SPRM dan ditambah dengan sambutan luar biasa ke atas Perhimpunan Aman GMI-MANSUH ISA yang diadakan pada 1 Ogos 2009 lepas di mana berjaya mengumpulkan seramai puluhan ribu rakyat. Label pengkhianat berterusan dicop ke atas batang tubuh Datuk Seri Anwar bertujuan sebagai satu kaedah pembunuhan karakter ke atas imej Datuk Seri Anwar, sebagaimana yang dilakukan ke atas imej Tuan Guru Nik Abdul Aziz sempena Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai yang lepas. Tetapi kaedah serangan karakter yang begitu agresif ini pastinya memberikan modal politik yang positif kepada Pakatan Rakyat. Untuk rekod, serangan bertalu-talu terhadap YB Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah dimainkan beberapa hari sebelum pilihanraya umum yang lalu di mana ternyata strategi UMNO/BN telah memberikan kemenangan besar kepada Pakatan Rakyat !
Bukanlah sukar untuk mengenal siapa pengkhianat Melayu.
- Siapakah yang meminda Perlembagaan Persekutuan mengurangkan kuasa Raja-raja Melayu? - Siapakah yang melacur pendidikan negara dengan pelaksanaan PPSMI yang membunuh potensi Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan?
- Siapakah yang menyerahkan tanah seluas 51,170 hektar kepada Singapura dengan bayaran RM350 juta seperti didedahkan oleh hubaya tertentu?
- Siapakah yang menafikan hak masyarakat Melayu di negeri Kelantan dan Terengganu untuk memperolehi royalti petroleum sejak sekian lama?
- Siapakah yang memecat Almarhum Datuk Ishak Baharom yang menggazetkan fatwa pengharaman penyertaan orang Melayu di dalam Pertandingan Ratu Cantik Di Selangor satu ketika dahulu?
- Siapakah yang menyeleweng kuota masyarakat Melayu di dalam pengagihan kontrak-kontrak untuk kroni-kroni mereka semata?
- Siapakah yang meminda Perlembagaan Persekutuan untuk melaksanakan Persempadanan Semula kawasan Pilihanraya yang mengecilkan undi Melayu untuk tujuan kepentingan politik mereka?
- Siapa pula yang satu ketika dahulu bermati-matian mahu menggugurkan nama Islam di dalam semua pertubuhan politik dan NGO satu ketika dahulu?
Soalan-soalan ini jika dijawab hanya akan disimpulkan dengan satu jawapan, iaitu Umno. AMK percaya apa yang berlaku kini bukanlah masyarakat Melayu yang berada di persimpangan, sebaliknya Umnolah yang berada di persimpangan: samada berubah ataupun rebah di tangan rakyat. Tidak timbul soal Melayu berpecah, sebaliknya yang berlaku ialah peralihan sokongan masyarakat Melayu daripada Umno kepada Pakatan Rakyat. AMK menyarankan agar Umno bertaubat daripada memainkan sentimen perkauman yang dahsyat ini. Hakikat menunjukkan bahawa Rakyat Malaysia, khususnya masyarakat Melayu tidak mudah lupa dan tidak akan lupa dengan segala penyelewengan dan politik adu-domba tajaan Umno yang kini semakin nazak dan gusar untuk berhadapan dengan rakyat.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
KetuaAngkatan Muda Keadilan Malaysia

AJARAN TANPA TAULIAH ?

Wah! Ada satu lagi istilah yang diciptakan Jabatan Agama iaitu Pengamal Ajaran Tanpa Tauliyah. Ini berikutan tangkapan seramai 20 pelajar lelaki dan perempuan yang berpendidikan tinggi di Taman Perindustrian Okland, Seremban semalam dan identiti ajaran mereka tidak diberitahu dan disiarkan, operasi tangkapan dibuat oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor.

Menurut Ketua Operasi MAINS, tangkapan dibuat kerana mengadakan pengajian tanpa mendapat kelulusan pihak berkuasa, dan bagi membantu siasatan bagi mengetahui tujuan sebenar pengajian diadakan.

Banyak yang boleh dipersoalkan atas tindakan MAINS dan JAIS disini, kerana ia memperlihatkan kelonggaran dalam tindak tanduk menjalankan penguatkuasaan itu dan menimbulkan pelbagai tafsiran yang boleh mengelirukan umat Islam.

Sudah tentu yang ditangkap itu melibatkan mereka yang beragama Islam yang mengikuti sebuah Pengajian Islam, kerana yang menangkap ialah yang menjaga hal ehwal Islam iaitu MAINS dan JAIS, tetapi mengapa istilahkan mereka sebagai Ajaran Tanpa Tauliyah bukan Ajaran Sesat, seperti yang pernah dilakukan terhadap sebarang serbuan sebelum ini. Apakah ajaran yang diajar oleh Pengajar Ajaran Tanpa Tauliyah? Ini sesuatu yang baru. MAINS dan JAIS sepatutnya tidak mengelirukan orang ramai dengan istilah tersebut, kerana ada ramai Tok-tok Imam, Ustaz-ustazah, guru-guru dan berbagai lagi kategori pengajar yang mengajar agama Islam kepada keluarga sendiri dan orang ramai baik dirumah persendirian, surau, mesjid, dewan orang ramai, balai raya dan dimana jua akan merasa bimbang kerana mereka tidak ditauliyahkan dan tidak mempunyai tauliah.

Atau kakitangan Jabatan Agama itu tidak mempunyai kekuatan untuk berhujjah dengan menggunakan dalil Agama, lantas menggunakan alasan tanpa tauliyah bagi menyekat perkembangan sesuatu pergerakan dan pengajian. Jika begitu tafsirannya, pengikut ajaran yang memang benar-benar sesat akan mendakwa Jabatan Agama tiada hujjah dengan mereka, dan mendakwa kesesatan yang mereka bawa itu adalah benar.

Sekian, untuk renungan.

S E G E R A

Oleh kerana sambutan yang amat menggalakkan dan tempat adalah terhad tuan/puan diminta segera mendapatkan KOPUN bagi Program JAMUAN MAKAN MALAM DAN FORUM (Mengapa saya serti PKR) bersama Datuk Seri Dr. Chua Jui Meng dan Datuk Zaid Ibrahim yang akan berlangsung pada 20hb. Ogos 2009 di Kuala Pilah. Untuk tempahan tuan/puan boleh menghubungi En. Yaacob 012-2857975 atau Sdr. Ruzailli 012-3503671

Laporan Polis Menafikan dakwaan palsu

Media Statement by DAP Socialist Youth (DAPSY) National Chairman and MP for Rasah Loke Siew Fook on Monday, 10 August 2009 in Kuala Lumpur.

POLICE REPORT TO DENY UNFOUNDED ALLEGATIONS AND LIES THAT I HAVE INSULTED ISLAM AND THE SULTAN OF PERAK

I’ve just lodged a police report at Dang Wangi Police Station to deny unfounded allegations and lies which was spread by certain blogs and SMS circulation claiming that I have made statements insulting Islam and the Sultan of Perak.

I wish to deny strongly that neither DAPSY nor I have ever issued any statements that insult Islam or the Royalty. Those are lies spread by certain irresponsible parties out to tarnish the image of the DAP and tried to paint DAP as anti-Islam and anti-Malays.

My police report as below:

LAMPIRAN LAPORAN POLIS

Saya datang ke Balai Polis IPD Dang Wangi pada hari ini 10 Ogos 2009 untuk membuat satu repot polis untuk MENAFIKAN dengan sekeras-kerasnya bahawa saya pernah menulis beberapa artikel yang dikatakan menghina agama Islam dan DYMM Sultan Perak serta Raja Nazrin Shah. Dalam 2 hari ini, beberapa blog dalam internet dan sebaran SMS telah menuduh saya menulis tulisan yang dikatakan menghina Islam dengan kata-kata lucah dan kesat dan yang terbaru menuduh saya menghina Sultan Perak.

Mereka mendakwa saya telah menulis artikel-artikel tersebut dalam sebuah laman blog http://sjsandteam.wordpress.com/. Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak tahu-menahu tentang kewujudan blog ini dan tidak tahu siapa pemunya blog tersebut. Saya hanya mengetahui bahawa ada orang yang tidak bertanggungjawab yang telah meletakkan satu kenyataan akhbar saya yang bertajuk “Ridhuan Tee must apologize to Teoh Bneg Hock’s family” ke dalam blog tersebut. Selepas itu, ada pemberi-pemberi komen yang saya tidak tahu siapa telah menulis beberapa ayat yang kesat terhadap Ridhuan Tee dan agamanya. Saya langsung tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen tersebut.

Dalam blog yang sama, terdapat satu lagi artikel yang dikatakan saya menghina Sultan Perak dan Raja Nazrin yang didakwa oleh dua blog iaitu marahku.blogspot.com dan kitaanakmelayu.blogspot.com. Saya menafikan sekerasnya-kerasnya dakwaan tersebut. Saya TIDAK pernah menulis apa-apa tulisan berkenaan dengan Sultan Perak. Ini adalah satu dakwaan yang palsu dan fitnah terhadap saya.

Saya membuat laporan ini untuk menafikan dakwaan-dakwaan tersebut dan mengharapkan tuduhan yang palsu itu dapat diberhentikan.

Sekian laporan saya.
.

Dari : LOKE SIEW FOOK

Ahad, 9 Ogos 2009

PENGUNJUNG KDN MAHU ISA DIHAPUSKAN

Dalam portal Berita KDN http://www.ikdn.gov.my undian yang dibuat oleh pengunjung majoritinya mahukan ISA dimansuhkan. Apakah KDN bersedia menunaikan kehendak rakyat? Seperti slogan RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN? Keputusan undian sehingga hari ini. Isnin 10 ogos 2009, undian tersebut:-

Apa yang anda mahu dari ISA?
Dimansuhkan = 90% =12,080
Diteruskan dengan semakan = 9% = 1,270
Saya keliru = 0% = 43
Total: 13,393 responses

INFLUENZA A (H1N1) MENULAR DI KUALA PILAH

Murid-murid sekolah, Kakitangan pejabat-pejabat Kerajaan dan Swasta disini mula menggunakan mask bagi mengelak dijangkiti penyakit berjangkit Influenza A (H1N1), dilaporkan juga beberapa pesakit telah disahkan positif dijangkiti penyakit tersebut. Sebagai panduan bersama, antara simptom penyakit ini ialah seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan, cirit-birit dan muntah. Mereka yang berisiko tinggi terhadap penyakit ini ialah:-


  1. Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun
  2. Individu berusia 65 tahun dan ke atas
  3. Kanak-kanak dan remaja (kurang 18 tahun) yang mengambil terapi aspirin bagi jangka waktu panjang
  4. Wanita mengandung
  5. Dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai penyakit asma, pulmonari kronik, kardiovaskular, hepatik, hematologikal, neurologik, neuromaskular atau penyakit metabolik seperti Diabetes
  6. Dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai sistem imuniti yang rendah (immunosuppression)
  7. Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain


Untuk maklumat lanjut:- http://h1n1.moh.gov.my/index.php

7 WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

7 Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:

1.Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).

2.Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

3.Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

4.Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.

5.Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.

6.Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.

7.Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

(Tuan.puan boleh bariskan pengkhianatan UMNO terhadap wasiat ini) - GK

Sabtu, 8 Ogos 2009

Hentikan penglipurlara tujuh wasiat raja Melayu

Hentikan penglipurlara mengenai tujuh wasiat raja-raja Melayu selagi tidak ada keberanian menuntut institusi-institusi Melayu dibebaskan dari kekuasaan Perdana Menteri, tegas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Membangkitkan perkara itu hanya menjadi bahan gelak ketawa sahaja jika tidak berani bersuara sepatah pun supaya institusi-institusi Melayu dibebaskan dari kekuasaan Perdana Menteri.

"Kalau benar mahu menghentikan rasa tidak puas hati orang-orang Melayu, tuntut supaya peneraju-peneraju institusi-institusi yang dilihat sebagai institusi orang-orang Melayu seperti Mara, Tabung Haji dan Amanah Saham Bumiputera dilantik sendiri oleh Yang di-Pertuan Agong dan bertanggungjawab secara langsung kepada Jawatankuasa Parlimen," katanya.

Pihak yang membangkitkan penglipurlara tersebut hakikatnya melakukan kerja sia-sia kerana setelah 52 tahun Umno menerajui pemerintahan negara ini, kata Mahfuz, ketujuh-tujuh wasiat tersebut telah dicabuli habis-habisan.

"Hanya Rejimen Askar Melayu sahaja yang boleh dianggap masih berbaki ciri-ciri asal," kata Ahli Parlimen Pokok Sena.

Menurut beliau, Islam yang diisytiharkan sebagai agama persekutuan pun diperlecehkan.

"Siapa boleh melupakan kenyataan (Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) terhadap Islam?" kata Mahfuz.

Menurut beliau, pada 20 April 1983, Najib memberitahu wartawan bahawa "negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan".

Selepas itu, katanya lagi, pada 20 April 1992, Najib sekali lagi memberitahu wartawan bahawa "kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.

"Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik.

"Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu".

Mahfuz mengingatkan, kalau ajaran Islam yang paling tinggi di hati orang-orang Melayu pun dihina, tidak perlu ada sebarang percubaan untuk membuai orang-orang Melayu dengan isu-isu tanah rezab Melayu, Bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu.

"Tidak sedarkah pihak berkenaan bahawa di bawah pemerintahan Umno selama 52 tahun hampir 44 peratus tanah rezab Melayu telah pupus di mana tiga juta hektar tanah rezab Melayu pada tahun 1957 mengecil menjadi 1.7 juta hektar pada tahun 1995?

"Itu belum lagi kita bangkitkan hartanah orang-orang Melayu yang pupus teruk terutama di kawasan bandar," katanya.

Kepada Mahfuz, tindakan membangkitkan perkara itu tidak lebih dari sekadar mengulang-ulang harapan palsu kepada orang-orang Melayu.

"Lebih baik bercakap tentang gerakan bersama untuk menuntut usaha intensif bagi mewujudkan pusat-pusat pengajian termasuk pusat-pusat tinggi kepada orang-orang Melayu," katanya.

Petikan dari HarakahDaily.Net

Jumaat, 7 Ogos 2009

UNDIAN SINARHARIAN

Berikut undian yang telah dibuat oleh Sinarharian.com terhadap demo Anti ISA

Sebanyak 95% yang berdemonstrasi semalam merupakan Melayu malahan 583 dari 589 (98%) yang ditahan juga dari bangsa yang sama menunjukkan bahawa.
Tiada perpaduan dalam PR
23%
Demo budaya Melayu
1%
Keberanian bersuara
55%
Mudah diprovokasi
20%
Jum. Undian : 21006

Khamis, 6 Ogos 2009

EMAIL SAHABAT DALAM PEMUDA UMNO K. PILAH

Seorang sahabat dalam Pergerakan Pemuda UMNO Kuala Pilah telah mengirim e-mail mengenai kemelut Pergerakan Pemuda UMNO kepada GK untuk disiarkan. Setelah difikirkan, tidak molek untuk saya siarkan keseluruhan intipati email tersebut, kerana ia lebih bersifat soal dalaman rumah tangga Pergerakan itu, walaupun beliau membenarkan untuk berbuat demikian. Saya melihatnya sebagai suatu luahan kecewa dari mereka yang prihatin dalam UMNO dan ingin melihat UMNO kembali kepada perjuangan asal yang mendekati akar umbi, namun apa yang terjadi amat mengecewakan. Kerakusan pimpinan untuk mempertahan kedudukan dapat dikesan pengirim e-mail, bukan setakat pimpinan sediaada, bahkan gerak kerja sudah mula diatur bagi yang bercita-cita bergelar pemimpin. Pengirim juga resah kerana tahun ini tiada perbahasan usul yang menarik dalam Persidangan, kerana dikatakan Persidangan kali ini kelihatan hambar sekali dan kelihatan seolah-olah ada pakatan yang tersembunyi. Kecelaruan dalam Pergerakan ini juga akan mengundang kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU-13 akan datang.

Kepada pengirim e-mail untuk diketahui, saya adalah bekas ahli UMNO, bekas Ketua Pemuda Cawangan dan bergerak cergas di Bahagian, status keahlian UMNO dipecat oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Sejarah perjalanan UMNO Bahagian Kuala Pilah amat saya ketahui dan banyak dalam simpanan saya, malah lokasi yang saya duduki sekarang pernah menjadi Pejabat Sementara UMNO Bahagian Kuala Pilah suatu ketika dahulu, ringkasnya serba sedikit saya tahu benar sepak terajang dalam UMNO, terutamanya di Kuala Pilah ini.

Persoalannya hanya satu, saya pernah bertanya kepada pemimpin UMNO Bahagian, mengapa? Jawapan yang paling mengecewakan, "kita ikut orang atas". Suatu jawapan yang sangat janggal. Lantas saya membawa diri mencari haluan yang sesuai dengan jiwa dan mencari sendiri kebenaran peristiwa hitam yang berlaku ketika itu.

Apa yang boleh dikatakan disini, saya menyeru pengirim e-mail tersebut berserta dengan rakan-rakan yang lain supaya mendekati kami, dan mengikuti perjuangan yang sedang kami tempuh. Usah harapkan UMNO akan berubah, kerana penyakit yang menghingapinya sudah amat parah. Tempuhilah jalan baru, dan kita sendiri sebagai pendukung yang akan menentukan hala tuju Parti baru ini, usah dengar cercaan, makian dan ugutan dari mereka, kerana semua itu hanya ingin melihat kita sentiasa berjauhan dan bermusuhan. Saya amat yakin kemenangan akan berpihak kepada kita.

Ko-Pilah ada menyiarkan tulisan tersebut.

SEMAKAN SENARAI NILAIAN HARTA OLEH MDKP

Seramai hampir 200 orang hadir di dewan MDKP pada 5hb. Ogos lalu bagi mendengar penjelasan mengenai semakan semula Nilaian Harta dalam kawasan Majlis Daerah Kuala Pilah bermula jam 10 pagi. Perjumpaan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Rakyat Prihatin Kuala Pilah bertujuan untuk menyatakan rasa gelisah dan bimbang Pemilik Harta mengenai kenaikan tersebut yang sekaligus kadar taksiran cukai turut akan naik. Menurut Sdr. Ruzaili Karim, para pemilik harta tidak keliru seperti yang didakwa, malah amat memahami bahawa notis yang dikeluarkan oleh MDKP adalah nilaian terbaru mengikut pasaran semasa, tetapi apa yang dibimbangkan ialah cukai taksiran bagi tahun 2010 akan turut meningkat, walaupun peratus cukai taksiran akan dikekalkan atau kemungkinan cukai tersebut akan dinaikkan tetap ada. Beliau turut menyatakan kehairanan, dalam majlis penerangan tersebut semua telah dimaklumkan bahawa pemilik harta boleh membuat bantahan jika tidak bersetuju dengan nilaian terbaru itu, namun dalam kenyataan Yang DiPertua Majlis Daerah Kuala Pilah dalam Akhbar Sinar hari ini menyatakan bahawa Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan telah meluluskan senarai nilaian baru tahun 2010 dan keputusan tersebut telah diwartakan dalam warta kerajaan Negeri. Dalam hal ini Sdr. Ruzaili mempersoalkan siapakah yang mengelirukan orang ramai. Pada akhir perjumpaan tersebut En. Lim Hong Guan yang mewakili semua yang hadir menyerahkan surat bantahan kepada MDKP.

Sabtu, 1 Ogos 2009

HIMPUNAN ANTI ISA

Ada yang menganggarkan Perhimpunan Anti ISA hari ini berjaya menghimpunkan seramai 80,000 orang dan yang paling kurang seramai 10,000 orang seperti yang dilaporkan media milik BN. Apa yang dapat dilihat pada gambar diatas ia suatu yang menakjubkan, dan itu hanya disatu lokasi. Group Pro ISA tenggelam entah kemana, kehadiran mereka pada hari yang sama, ialah dengan tujuan untuk mengujudkan kebimbangan akan berlaku kekacauan, dan diberi amaran pula oleh Menteri Dalam Negeri supaya orang ramai tidak menyertai perhimpunan tersebut, ini perancangan, dan perancangan itu gagal. Rakyat prihatin tidak lagi dalam ketakutan. Cif Komander Himpunan Mansuhkan ISA, Salahuddin Ayub menganggapnya sebagai berjaya. Walaupun Memorandum tidak berjaya diserahkan ke Istana, ia akan diserahkan dalam masa terdekat. RAKYAT AKAN TERUS MEMBANTAH SELAGI AKTA ZALIM ITU DILAKSANAKAN.

Sementara itu mStar Online melaporkan, disuatu sudut yang terpencil penyokong PRO-ISA yang mensasarkan kehadiran 70,000 orang, berkumpul di Pasar Seni dan hanya mampu menggerakkan sekitar 2,000 orang sahaja, dan dilaporkan juga mereka telah membatalkan perhimpunan itu.