Sabtu, 31 Januari 2009

ADA TANGGA HENDAK MEMANJAT TIANG

Sikap suka mengempar-gempar dan menarik perhatian orang terhadap apa yang diperkatakan ibarat tukang jual ubat dikaki lima dan salah salah seorang penjual itu menarik ramai penuntun kerana kuatnya tempikan dan fasehnya berkata-kata. Ada tangga untuk naik kerumah, namun kerana angkuh dan keterlaluan memuja diri mempersetan bijaksana orang lain, tiang dipanjat untuk sampai kepuncak tanpa menggunakan laluan sebenar dan meminta nasihat kepada yang lebih dulu makan garam. Natijah buruk itu, akhirnya memakan diri, ada banyak contoh kalau mau diambil tauladan, tetapi kerana darah masih muda dan merasa sudah cukup gagah, semuanya mau dilanggar kerana beranggapan perjuangan harus dengan kekerasan, maki hamun, gegak gempita, publisiti hebat, sergah sana-sini dan pelbagai yang hebat-hebat belaka. Kebiasaan manusia yang tidak berprinsip suka akan mengkhabarkan keburukan dan kelemahan musuh kepada awam, ia bagai peluang keemasan yang perlu dipergunakan sepenuhnya bagi mencari publisiti, maka medialah jadi gelanggang terbaik agar diketahui semua. Maka bocorlah apa yang dirancang oleh rakan-rakan yang lain yang dianggap remeh bagi memikat hati-hati musuh itu, kerana musuh itu tidak selamanya manjadi musuh kepada kita. Jangan dihairankan kerana sikap TIDAK ADIL ini ini datang dari pimpinan tertinggi, agamawan, teknokrat malah orang awam sekalipun, ini kerana mereka gagal berkongsi maklumat sesama rakan sealiran untuk melangkah sederap sebagai suatu jamaah. Maka itu "Cukuplah untuk seseorang itu dianggap berdusta dengan dia menceritakan setiap yang dia dengar" (Riwayat Muslim)

KEMUNCAK PROGRAM BERSAMA PERJUANGANMU PALESTIN

Kemuncak kepada Program Bersama Perjuanganmu Palestin anjuran Jawatankuasa Kemanusiaan Palestin Kuala Pilah dilangsungkan semalam 31hb. Januari 2009 bertempat di Mini Stadium Kuala Pilah bermula jam 9.00 malam. Sebelum itu beberapa siri penerangan, syarahan, tayangan multi media dan kutipan derma telah diadakan dibeberapa tempat strategik di Kuala Pilah bagi memberi kefahaman kepada masyarakat disini tentang apa yang berlaku di Palestin dan apa sumbangan yang perlu diberikan kepada saudara seagama mereka di Palestin yang sedang sengsara angkara kelakuan buas Regim Zionis Israel. Majlis berjalan seperti yang dirancang, permulaan Majlis bacaan doa untuk kemenangan dan kesejahteraan Umat Islam Palestin disampaikan oleh En. Mohamed Shahmen. Beberapa Pimpinan NGO peringkat Negeri turut hadir memberikan syarahan seperti ABIM JIM, TERAS, JERIT, aktivis masyarakat terkenal Hisyamuddin Rais, artis ITO Blues Gang dan Pelawak Ebby Yus. Pembelaan kepada yang tertindas tidak mengenal kaum turut menarik minat Puan Mithya (JERIT) untuk naik kepentas dan menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin dan menyuarakan supaya dihapuskan kezaliman. Bacaan sajak dideklamasikan oleh Hisyamuddin Rais dengan dua perbandingan yang memukau penuntun. Adik Sabith Zaharudin dengan puisi yang meruntun jiwa. ITO dan Ebby Yus turut sama menyatakan kebencian terhadap Regim Zionis dengan cara tersediri. Mesjid-mesjid di seluruh Kuala Pilah turut tidak ketinggalan untuk menyumbang dan beberapa Imam dan Nadzir naik kepentas untuk menyerahkan sumbangan ahli-ahli karyah. Pengerusi Bersama Sdr. Zaharudin Othman, En. Nordin Ismail dan En. Halim mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dan pada malam itu telah membuktikan kebersamaan dalam menyelami penderitaan rakyat Palestin, keseluruhan kutipan sumbangan pasti sampai terus kepada yang memerlukan.

Jumaat, 23 Januari 2009

GONG XI FA CHAI

Kita mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada rakan-rakan Tiong Hua yang akan menyambut perayaan mereka pada 7hb. Januari 2009 akan datang. Gong Xi Fa Chai.

PROGRAM "ZIARAH SAHABAT"

PKR Bahagian Kuala Pilah akan menganjurkan suatu Program bernama "ZIARAH SAHABAT" bermula pada 7hb. Februari 2009 akan datang di Kampung Tengkek, DUN Juasseh di Rumah Tuan Hj. Rahman Bin Abdullah bermula jam 3.00 petang. PKR Kuala Pilah mempunyai keahlian yang ramai khususnya di Kampung Tengkek dan diketuai sendiri oleh Tuan Hj. Rahman Abdullah semenjak sekian lama kerana ketokohan beliau dan diterima masyarakat disana dan sekitarnya. Sebagai ingatan Kampung Tengkek telah ramai melahirkan cendiakawan termasuklah seorang tokoh reformis Lebai Maadah Bin Layang yang pernah dipaparkan kesahnya disini.

HIMPUNAN BERSAMA PERJUANGANMU PALESTIN

Jawatankuasa Kemanusiaan Palestin peringkat Negeri Sembilan yang dianggotai oleh ABIM, JIM dan PACE akan mengadakan Program Himpunan Bersama Perjuanganmu Palestin seperti butiran berikut:
Tarikh : 31hb. januari 2009 (Sabtu)
Masa : 8.00 malam - 11.30 malam
Tempat : Mini Stadium Kuala Pilah
Antara acara yang akan diadakan ialah, Tayangan Multi Media Palestin, Ucapan wakil-wakil NGO, Pidato Palestin, Bacaan Sajak dan persembahan ITO Blues Gang.
Seperti yang dinyatakan oleh Badan tersebut sebelum ini, matlamat utama program diadakan ialah untuk menyatakan kebersamaan rakyat Malaysia di Kuala Pilah dalam menghadapi penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin. Disamping itu ia bertujuan untuk memberi sokongan dan kepedulian terhadap rakyat Palestin di Gaza. Ia jua menzahirkan kebencian dan penolakan kezaliman yang dilakukan oleh Rejim Zionis Yahudi ke atas rakyat Palestin di Gaza. Kutipan Tabung juga akan dilancarkan bagi tujuan tersebut. Sila hadir beramai-ramai tanda sokongan.

Sabtu, 17 Januari 2009

PAS MENANG DI KUALA TERENGGANU

Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut menang dengan majoriti 2,631 undi. Beliau mendapat 32,883 undi manakala Wan Ahmad Farid mendapat 30,252 undi. Calon bebas, Azharudin Mamat pula mendapat 193 undi. Ini bermakna Barisan Nasional (BN) kehilangan satu lagi kerusi Parlimen bila calunnya gagal mempertahankan kerusi Kuala Terengganu dalam pilihanraya kecil yang diadakan semalam menjadikan Pakatan Rakyat memiliki 83 kerusi. Parti Keadilan Rakyat Kuala Pilah mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada pengundi-pengundi Kuala Trengganu kerana kemenangan itu dan Tsunami Politik terus berlaku dan Pakatan Rakyat kini menghampiri Putrajaya untuk memerintah. Kepada petugas-petugas daripada Kuala Pilah diucapkan syabas dan tahniah kerana kesungguhan memastikan kemenangan calun PAS yang telah berkampung semenjak hari Penamaan. Seruan juga telah dikeluarkan kepada rakan-rakan dari UMNO di Kuala Pilah untuk tidak ketinggalan menyertai kita dalam arus perubahan ini. Kepada Allah kita bersyukur dan menambah kekuatan untuk menawan Kuala Pilah suatu hari nanti.

Khamis, 15 Januari 2009

EZAM MOHD NOR DENGAN SURATNYA

Timbalan Ketua AMK Kuala Pilah Sdr. Mohd. Nizam Razak telah memaklumkan kepada kami bahawa beliau akan meminta Dato' Seri Anwar Ibrahim memberikan laluan kepada beliau untuk mencabar Ezam. Beliau berkata hanya beliau yang layak untuk berhujah dengan Ezam dan bukannya Anwar Ibrahim. Daripada surat yang dipegang oleh Ezam dan terpampang didada-dada akhbar, beliau nampak jelas dan faham tulisan dalam surat tersebut. Ini yang cuba dipesongkan oleh Ezam Mohd. Nor. Menurutnya lagi beliau akan mengeluarkan kenyataan selepas daripada Pilihanraya Kecil Kuala Trengganu.

BANTU KEMPEN PRK KUALA TRENGGANU

Jam 11.00 pagi (15 Jan) tadi sukarelawan Keadilan dan PAS Kuala Pilah telah bertolak ke Kuala Trengganu bagi membantu jentera Pilihanraya disana. Rombongan telah berkumpul di Pejabat Pakatan Rakyat di Jemapoh. Sementara itu Timbalan Ketua AMK Kuala Pilah Sdr. Nizam Razak terus berkampung di Kuala Trengganu semenjak hari Penamaan. Semoga Pakatan Rakyat beroleh kejayaan.

BERSAMAMU PALESTIN

Majlis "Bersamamu Palestin" anjuran Jawatankuasa Kemanusiaan Palestin Kuala Pilah telah dilangsungkan di Mesjid Jame' Kuala Pilah semalam (15 January 2009) bermula Solat Maghrib. Solat hajat diimamkan oleh Imam Satu Mesjid tersebut. Selepas itu, tayangan Multi Media dipertontonkan bagi menyaksikan kekejaman Regim Zionis Israel dan kesengsaraan Umat Islam Palestin di Gaza. Profesor Madya Dr. Haji Hadfizi Mohd Nor (Pengarah PACE - Palestine Centre of Excellence) memberikan syarahan tentang pergolakan yang berlaku. Beliau mengingatkan agar Umat Islam tidak terperangkap dengan propaganda media, yang menyebabkan Umat Islam khususnya di Malaysia bosan dengan apa yang berlaku di Palestin dan membiarkan rakyat Palestin menyelesaikan masalah mereka sendiri. Dalam konteks itu, Umat Islam tidak harus meletakkan kebergantungan mereka kepada PBB, kerana PBBlah yang melahirkan Negara haram Yahudi. Beliau turut menerangkan keberanian anak-anak muda Palestin bagi membela Agama Islam dengan asas ketaqwaan kepada Allah SWT dan mereka berlumba-lumba untuk Syahid, dan kepercayaan rakyat Palestin kepada HAMAS setelah FATAH tidak mampu untuk berhadapan dengan kemelut yang berlaku. Namun atas sokongan sekutu kuat Israel, Fatah kembali berkuasa. Keadaan ini harus difahami oleh semua supaya Umat Islam tidak diperdaya oleh musuh-musuhnya. Membantu Umat Islam Palestin adalah suatu kewajipan yang perlu dilaksanakan oleh semua Umat Islam yang beriman kepada Allah SWT dan RasulNya.

Pengerusi Bersama Jawatankuasa Kemanusiaan Palestin Kuala Pilah, En. Zaharudin Othman turut memberikan ucapan ringkas dan memaklumkan sessi penerangan akan diperluaskan diseluruh Mesjid-mesjid di Kuala Pilah.
Professor Madya Dr. Haji Hafidzi Mohd Nor
Sebahagian peserta mendengar penerangan

Pengerusi J/Kuasa ditemuramah pemberita SINAR

Persiapan Multi Media

Gerai Pemeran

Selasa, 13 Januari 2009

DOA UNTUK PALESTINE

اللهم ﺇنانجعلك في نحور أعدائنا ونعوذبك من شرورهم اللهم بدد شملهم وفرق جمعهم وستت كلمتهم وزلزل أقدامهم وسلط عليهم كلبا من كلابك يا قهار يا جبار يا منتقم ياالله ياالله ياالله اللهم يا منزل الكتاب ويا مجري السحاب ويا هازم الاحزا ﺇهزمهم وانصرنا عليهم
Ya Allah, Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka. Ya Allah, leburkanlah kumpulan2 mereka, pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka, goncangkan pendirian mereka dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka. Wahai Tuhan yang Gagah Perkasa. Wahai Tuhan Yang Penuh Raksasa. Wahai Tuhan yang bersifat murka. Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Wahai Tuhan yang menurunkan Kitab, Wahai Tuhan yang mengarakkan awan, Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera Al-Ahzab, kalahkan mereka, kalahkan mereka, kalahkan mereka dan menangkan kami ke atas mereka.

PASTIKAN DERMA PALESTIN ANDA SELAMAT

Yang memerintah secara rasmi di Palestin ialah HAMAS. Hamas yang dipilih rakyat Palestin dalam pilihan raya.Yang berjuang secara total ialah HAMAS.HAMAS bukan boneka Amerika semacan FATAHPastikan derma anda selamat sampai ke HAMAS.
Kerajaan Malaysia mengiktiraf FATAH bukannya HAMAS walaupun rakyat Palestin memilih HAMAS.Apa punya bangang Malaysia!!!! Ingatan dari http://sokongpr.blogspot.com/

Isnin, 12 Januari 2009

JIHAD KECIL KITA

Pada 15hb. Januari (Khamis malam Jumaat) ini, bermula Solat Maghrib bertempat di Mesjid Jame' Kuala Pilah, Jawatankuasa Kemanusiaan Palestine Daerah Kuala Pilah meneruskan agendanya memberikan penerangan kepada masyarakat disini dalam isu keganasan Regim Zionis Israel menganyang umat Islam di Gaza, Palestine. Usaha kecil ini yang mampu dilakukan dalam membantu saudara seagama yang sedang dizalami, sedang pemimpin negara-negara yang mengaku bernegara Islam hanya mampu menyerahkan nasib mereka kepada PBB dan mereka juga tahu bahawa PBB adalah alat kepada Amerika bagi melampiaskan nafsu serakah Israel. Tentunya lagi mereka akan terus bersidang dan bersidang dan mengeluarkan pelbagai resolusi, desakan dan kutukan kepada Israel, tetapi itu semua diperlekehkan, dan sememangnya mereka adalah amat lekeh. Saya menyeru kepada semua sahabat agar menyertai rakan-rakan yang lain memboikot barangan keluaran Amerika sekutu utama Israel dalam usaha minima kita membantu saudara seagama kita di Palestine. Syeikh Yusof Qardawi menyatakan "satu riyal yang digunakan untuk membeli barangan Amerika bersamaan dengan sebutir peluru yang akan digunakan oleh tentera Zionis untuk membunuh anak-anak kecil di Palestin".

Sabtu, 10 Januari 2009

RASMI PELANCARAN AKADEMI BOLASEPAK

Wakil Pakatan Rakyat Kuala Pilah telah diundang untuk merasmikan Majlis Pelancaran Program Pembangunan Bolasepak Peringkat Akar Umbi bagi sesi Latihan Fasa Satu pagi tadi jam 8.30 bertempat di Mini Stadium Kuala Pilah anjuran Akademi Bolasepak TMS Old Boy. Sdr. Zaharuddin Osman dan Tuan Hj. Rosli Omar dijemput bagi merasmikan Program tersebut. Akademi Bolasepak ini adalah sebuah badan sukan yang aktif mengerakkan Program Pembangunan Bolasepak Akar Umbi sejak 2008 dan merupakan flatform kepada pemain-pemain berusia 7 hingga 11 tahun di daerah ini yang berminat dalam permainan bolasepak dan diberikan latihan asas dan teknikal oleh jurulatih bertauliah. Akademi Bolasepak TMS Old Boy dipimpin oleh Sdr. Mohd Nor Azam Abdullah.



Jumaat, 9 Januari 2009

BANTU PALESTIN

Jawatankuasa Kemanusiaan Palestin Rakyat Kuala Pilah akan menyebarkan Risalah berhubung dengan kekejaman Regim Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza dengan tujuan untuk menyatakan sokongan terhadap Rakyat Palestin dalam bentuk kutipan dana, sembahyang hajat dan sukarelawan.
Jadual Program:
10 Januari 2009 : 8.00 pagi: Mengedar Risalah di Pasar Tani Kuala Pilah
15 Januari 2009 : Solat Maghrib di Masjid Jame' Kuala Pilah. Majlis Penerangan dengan kerjasama Pusat Kecemerlangan Palestin (PACE).
Program lanjutan yang berkaitan akan dimaklumkan kemudian.
Pamiran dan edaran Risalah telah diadakan
pagi tadi di Tapak Pasar Tani Kuala Pilah

Ahad, 4 Januari 2009

KENYATAAN MEDIA AMK MALAYSIA

BN Mula Tabur "Rasuah Politik" Di Kuala Terengganu
4 Januari 2009. Angkatan Muda Keadilan Malaysia memandang serius tindakan Barisan Nasional (BN) yang mula menyogok rakyat dan pengundi di Kuala Terengganu dengan 'rasuah politik' yang terlampau.Tindakan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang meluluskan peruntukan berjumlah RM200,000 bagi pembinaan jalan baru di DUN Wakaf Mempelam, dan juga kenyataan Menteri Besar Terengganu yang berjanji untuk meneruskan projek pembangunan bernilai RM5.8 juta di Kuala Terengganu sekiranya Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat untuk menerajui kawasan itu ternyata adalah satu bentuk eksploitasi wang rakyat demi menjamin kemenangan BN yang semakin terdesak.AMK tegas berpendapat bahawa dana kerajaan negeri dan persekutuan yang datang daripada kutipan cukai rakyat tidak wajar diseleweng sewenang-wenangnya oleh BN hanya kerana mereka memegang tampuk kuasa ketika ini. Apa yang mengejutkan ialah kenyataan MB Terengganu bahawa sukar untuk kerajaan meneruskan agenda pembangunan jika sekiranya Parlimen Kuala Terengganu jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. AMK mempersoalkan tindakan MB Terengganu dan BN yang ternyata mengamalkan demokrasi selektif mengikut nafsu serakah mereka, hanya untuk memastikan mereka terus berkuasa. Apakah rakyat boleh dinafikan dengan pembangunan hanya kerana mereka tidak mengundi BN? Melihat kepada sogokan demi sogokan yang diberikan oleh BN ini, maka AMK menggesa agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat memainkan peranan yang aktif dan tegas dalam membanteras kegiatan 'rasuah politik' yang berleluasa berlaku di Kuala Terengganu pada ketika ini.AMK juga akan mengambil tindakan drastik untuk mengemukakan laporan kepada polis dan SPRM agar tindakan ini dapat dikekang daripada berlaku berterusan.BN perlu sentiasa akur, bahawa rakyat dan pengundi bukan semudah itu untuk digula-gula dan diperbodohkan dengan sogokan pembangunan, sebaliknya rakyat akan terus celik untuk menghenyak BN untuk mengembalikan hak rakyat yang telah dilapah sejak sekian lama.
Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Khamis, 1 Januari 2009

TIDAK ADA API/AIR LAGI?

Akhbar SINAR hari ini (1hb. Jan 2009) melaporkan sebuah perkampungan kecil di Kampong Ghachong Dingkir, Inas, Johol terpencil dari arus pembangunan semenjak perkampungan itu dibuka tahun 1965 yang lalu. Bererti sudah 43 tahun keluarga disana tidak menikmati kemudahan api, air, telefon dan sebagainya. Mereka juga menggunakan sungai dan bukit sebagai sumber air. Penduduk berkenaan telah mengajukan permohonan kepada ADUN (YB Roslan Md. Yusof) dan juga Ahli Parlimen (YB Dato' Hasan Malek). Jawapan daripada daripada Wakil Ahli Parlimen Kuala Pilah En. Ismail Barliar menyatakan bahawa menaiktaraf jalan ke rumah mereka tidak boleh dilakukan kerana ia tidak ada dalam peruntukan kerajaan. Manakala ADUN Johol memberi reaksi kerja-kerja pemasangan paip ke kawasan kampung tersebut tidak dapat dilakukan kerana ia memerlukan perbelanjaan yang besar dan mengambil masa yang lama.
Khusus kepada kedua wakil itu, kalau peruntukan kerajaan tidak ada , maka ia boleh diadakan. Setinggi mana pula peruntukan yang diperlukan, berbilionkah? Yang nyata kedua wakil itu tidak punya perasaan untuk membantu dan membela nasib rakyat, hanya kerana disana ada empat buah rumah sahaja dan tidak memberi apa-apa kesan kepada mereka.